Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS)

Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor atau ringkasannya PENULIS ditubuhkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 8 Februari 2013 dengan No. Pendaftaran: PPM-011-14-08022013. Memulakan gerakan secara bebas pada tahun 2010 di atas nama Gabungan Bebas Penulis Skrin Malaysia (GBPSM) dan kemudiannya 7 orang ahli mengambil tanggungjawab menjadi Ahli Jawatankuasa Penaja yang dibentuk pada 27 Januari 2013 dan menubuhkan persatuan ini secara rasmi. [1] [2]

Persatuan ini bertanggungjawab menjaga kebajikan ahli yang terdiri daripada kalangan Penulis Lakon Layar yang juga dikenali sebagai Penulis Skrin dan Penulis Skrip.

Ahli Jawatankuasa Penaja sunting

  • Pengerusi - Shahrulezad Mohameddin
  • Timbalan Pengerusi - Maizura Mohd Ederis
  • Setiausaha - Zaini Kosnin
  • Penolong Setiausaha - Nor Sharifah Syafinaz
  • Bendahari - Alfie Palermo
  • Ahli Jawatankuasa
    • Laqman Al Jefri
    • Shida Zali

Mesyuarat Agung Pertama sunting

Mesyuarat Agung Pertama telah dijalankan pada 25 Januari 2014.

Pautan Lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [[1]]
  2. ^ [[2]]