Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping

PERSATUAN PERKHIDMATAN KOMUNITI TAIPING (dikenali sebagai ESDA)

''Pengenalan

Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (PPKT), atau juga dikenali sebagai ESDA, telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 di Perak, Malaysia. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama, terutama sekali mereka yang terpinggir dan diabaikan. Fokus penerima manfaat ESDA tertumpu kepada golongan kurang upaya, ibu tunggal, golongan miskin, warga emas dan anak muda yang mempunyai masalah dan penagih dadah. Asas kepada kerja sosial ialah:

Untuk L.C.R =

Love - Cinta dan kasih kepada mereka seperti manusia biasa,

Commit - Melakukan gerak kerja kepada golongan miskin dan memerlukan

Respect - Hormati maruah dan hak mereka

Visi: Pemberdayaan Kearah Maruah dan Keadilan

Misi: Untuk mencapai, membentuk, dan memberi motivasi golongan miskin dan golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dan menyediakan penjagaan secara holistik dari segi kerohanian, mental, emosi dan keperluan sosial.

Sejarah

PPKT bermula pada 2 Januari 1999 sebagai ESDA. Pada akhir tahun 1998, Rev Ivan Chew, Pastor Gereja Christ City telah menjemput Stephen Chow dari Penang untuk datang ke Taiping bagi memulakan kerja-kerja sosial. Pada Januari 1999, Stephen telah mula bertugas di Gereja Christ City untuk memulakan gerak kerja sosial. Pada 1 Februari 2002, mereka telah bersepakat untuk menubuhkan satu persatuan yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia sebagai Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (PPKT). Bertitik tolak dari itu, PPKT sudah tidak bernaung dibawah Gereja Christ City tetapi sebuah persatuan yang didominasi penganut Kristian. Pada 19 Julai 2002, PPKT telah dirasmikan oleh YB En. Rafek Bin Reshidullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak. Sejak Mac 2003 sehingga sekarang, En. Sung Lai Su merupakan Penaung PPKT.

Tiga gerak kerja sosial yang telah dijalankan ialah Pusat Harian untuk Kesihatan Mental, Home of Mercy dan Disabled People’s Fellowship. Mercy Home ialah tempat penginapan untuk golongan wanita yang mengalami masalah mental. Cik Kuan Gek Kuan merupakan sukarelawan pertama. Dia memberi perkhidmatan sukarelawan secara sepenuh masa di Mercy Home. Akan tetapi, pada akhir tahun 1999, rumah berkenaan terpaksa ditutup atas bebanan kewangan.

Gerak kerja awal dalam PPKT amatlah sukar dan pembangunan yang ingin dijalankan amatlah perlahan disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan. Tetapi, bermula dari 1 Mei 2006, PPKT telah mula mengumpul dana melalui Charity Fair. Pada akhir 2000, Rev. Kanapathy telah menyertai PPKT sebagai sukarelawan sepenuh masa dalam memberi perkhidmatan kepada golongan miskin.

Dalam tahun 2001, kerja-kerja sukarelawan untuk golongan kelainan upaya telah berkembang kepada sebuah program - Handicamp. Kem ini diwujudkan khas untuk golongan kelainan upaya. Mereka yang terpilih telah dijemput ke program pertama Handicamp yang telah dianjurkan oleh Rumah Kesayangan, Bukit Mertajam. Program ini telah diperkenalkan oleh Malaysian Care, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 juga, PPKT telah memulakan satu bengkel tertutup untuk golongan tersebut. Sejak 2004, bengkel ini telah dinamakan sebagai “Work Centre for Disabled People”

Pada 26 November 2006, sumbangan kepada PPKT telah diluluskan untuk pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) selepas memohon selama 3 tahun.

Lembaga Pengurusan

PENAUNG: .Stephen Chow Chee Kheong

TIMB. PENAUNG: Mr. Poh Thiam Kiat

SETIAUSAHA KEHORMAT: Mrs. Lim Gin Ghoo

BENDAHARI KEHORMAT: Mrs.Goh Lye Ngoot

JAWATANKUASA: Dr. Lim Kean Ghee, Dr. T. Moses dan Mrs. Kim Gek Hwa

Pelan Strategik untuk Kerja Kesukarelawanan

1 Bantuan Perkhidmatan bantuan dilakukan dengan menyediakan keperluan segera seperti beras, minyak, pelbagai makanan atau sebarang keperluan fizikal.
2 Pembangunan Kendiri Pembangunan Kendiri ialah merupakan latihan untuk mereka belajar berdikari dan memperkenalkan pada mereka cara untuk menjana pendapatan (eg. Penternakan Ayam, pertanian). ESDA juga menyediakan maklumat pekerjaan.
3 Pembelaan Pembelaan ialah suatu tindakan menjadi suara bagi yang tertindas dan terpinggir (contohnya, orang yang kurang upaya, wanita didera, ibu tunggal)
4 Tindakan Lanjutan Kami meninjau perkembangan keaadan mereka, memberi motivasi secara berterusan dan kaunseling.

Perkhidmatan

  1. Program kemasyarakatan dan projek-projek di rumah-rumah terbiar.
  2. Kelas tuisyen di kawasan India (Aulong Lama)
  3. Perpustakaan Mini untuk golongan India (Aulong Lama)
  4. Menyediakan peruntukan kepada golongan miskin tegar
  5. Kumpulan Sokongan Wanita - menyediakan latihan Pengurusan Kewangan
  6. Rawatan kesihatan untuk masyarakat
  7. Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada golongan miskin tegar serta orang kelainan upaya untuk ke hospital dan Pusat PPKT
  8. Pusat pekerjaan kepada golongan kelainan upaya seperti mendobi, kraftangan dan pertanian
  9. Terapi untuk kanak-kanak yang kurang upaya
  10. Sukarelawan Remaja
  11. Kem Remaja
  12. Perjumpaan mingguan bersama warga emas
  13. Menganjurkan kem tahunan untuk golongan kelainan upaya
  14. Menganjurkan sesi ‘Outing’ untuk golongan yang mempunyai masalah mental dan fizikal
  15. Kerja-kerja Outreach - Estet dan Kampung (Orang Asli)
  16. Menganjurkan Program di sekolah

Link berkaitan

[1] Rujukan

http://www.esda-ppkt.org/