Persatuan Suara Anak-anak Malaysia

Persatuan Suara Anak-anak Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyuarakan pelbagai rasa tidak puas hati kebanyakan rakyat di Malaysia. Pengerusinya ialah Mohamed Ghani Abdul Jiman.

Bantahan terhadap Lim Guan Eng sunting

Pada 30 Julai 2011, beberapa ahli persatuan ini menyuarakan rasa tidak puas hati kalangan penduduk Melayu di Pulau Piang terhadap Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan bangunan KOMTAR, Georgetown,Pulau Pinang. Sentimen ini kerana Lim Guan Eng dari parti DAP. Mereka tidak puas hati kerana pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik didakwa menindas rakyat Pulau Pinang.

Tindakan mereka menghadiahkan dua coli dan seluar dalam wanita bercorak harimau belang mendapat bantahan daripada bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Mohd Razak Idris, pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Bantahan begini dianggap tidak selaras dengan ukhuwah Islamiah kerana cara berunding lebih menepati syariah Islam.[1]

Rujukan sunting