Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau ringkasnya PUSPANITA adalah satu pertubuhan yang mewakili para kakitangan wanita dan pasangan pegawai dan kakitangan Kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Mac 1983 dan penaung pertamanya adalah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.[1] Selepas 37 tahun dan pada tarikh yang sama, Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman pula dilantik sebagai penaung dan menggantikan tempat Tun Dr. Siti Hasmah.

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
KotaKinabalu Sabah WismaPuspanita-01.jpg
Wisma PUSPANITA di Sabah
KependekanPUSPANITA
Pembentukan1 Mac 1983
Status perundanganPersatuan
Ibu pejabatLot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana Presint 10 62000 Putrajaya
Lokasi
Kawasan berkhidmat
Malaysia
Bahasa rasmiBahasa Malaysia
Penaung
Noorainee Abdul Rahman
Penasihat
Mohd Zuki Ali
Yang di-Pertua
Puan Sri Norizam Che Mohd Nor
Laman sesawangPUSPANITA

Menurut perlembagaan persatuan, isteri Perdana Menteri Malaysia perlu dilantik sebagai Penaung PUSPANITA, Ketua Setiausaha Negara pula sebagai Penasihat PUSPANITA dan isteri kepada Ketua Setiausaha Negara pula sebagai Yang di-Pertua PUSPANITA.[2]

KemudahanSunting

Bagi menganjurkan acara dan aktiviti, PUSPANITA mempunyai bangunan sendiri, iaitu Bangunan Puspanitapuri di Putrajaya dan Rumah PUSPANITA di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, kemudahan dewan seperti Dewan De' Seri Endon di Presint 10, Putrajaya juga disediakan bagi kegunaan pelbagai majlis.

Gelanggang sukan dan kemudahan penginapan juga disediakan di Bangunan Puspanitapuri.

CawanganSunting

Setiap kementerian dan jabatan di Malaysia ada ditubuhkan cawangan kecil bagi mewakili setiap kakitangan wanita dan suri kakitangan kerajaan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting