Persekutuan Badminton Dunia

Persekutuan Badminton Dunia (Bahasa Inggeris: Badminton World Federation) atau BWF ialah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan sukan badminton. Ditubuhkan pada 1934 sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Badminton Federation) bersama 9 anggota (Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland Utara, Belanda, New Zealand, Scotland, dan Wales. Pada 24 September 2006, Perjumpaan Tahunan diadakan di Madrid, yang mana kata sepakat menerima penukaran nama baru kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[1]

Persekutuan Badminton Dunia
Badminton World Federation (BWF)
2012 BWF logo.svg
Logo BWF
KependekanBWF
Pembentukan1934
JenisPersekutuan sukan
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Ahli194 ahli persatuan
Presiden
Poul-Erik Høyer Larsen
Laman sesawangBWFBadminton.org

Pejabat utama pertubuhan ini terletak di Cheltenham, United Kingdom sejak ia ditubuhkan, tetapi pada 1 Oktober 2005, ia kini terletak di Kuala Lumpur.[2] Presiden terkini ialah Poul-Erik Høyer Larsen.[3]

Konfederasi BenuaSunting

BWF bekerjasama dengan badan kerajaan benua untuk sama-sama memprosomikan dan memperkenalkan badminton di seluruh dunia, seperti:[4]

 
Peta dunia dengan lima konfederasi
Benua Konfederasi Singkatan Ahli
     Asia Badminton Asia BA 39
     Eropah Badminton Europe BE 51
     Amerika Badminton Pan Am BPA 30
     Afrika Konfederasi Badminton Afrika BAC 31
     Oceania Badminton Oceania BO 8
Jumlah 159

PresidenSunting

No. Tahun Nama Negara
1 1934–1955 George Alan Thomas   United Kingdom
2 1955–1957 John Plunkett-Dillon   Republik Ireland
3 1957–1959 Brigadier Bruce Hay   United Kingdom
4 1959–1961 A. C. J. van Vossen   Belanda
5 1961–1963 John McCallum   Republik Ireland
6 1963–1965 Nils Peder Kristensen   Denmark
7 1965–1969 David Bloomer   United Kingdom
8 1969–1971 Humphrey Chilton   United Kingdom
9 1971–1974 Ferry Sonneville   Indonesia
10 1974–1976 Stuart Wyatt   United Kingdom
11 1976–1981 Stellan Mohlin   Sweden
12 1981–1984 Craig Reedie   United Kingdom
13 1984–1986 Poul-Erik Nielsen   Denmark
14 1986–1990 Ian PalmerIan Palmer   New Zealand
15 1990–1993 Arthur Jones   United Kingdom
16 1993–2001 Lu Shengrong   China
17 2001–2005 Korn Dabbaransi   Thailand
18 2005–2013 Kang Young-Joong   Korea Selatan
19 2013–kini Poul-Erik Høyer Larsen   Denmark

KejohananSunting

Seperti yang ditetapkan, BWF menganjurkan enam acara kejohanan badminton utama:

Dua acara kejohanan yang sudah tidak lagi dianjurkan:

  • Piala Badminton Dunia tidak dianjurkan sejak 1997. Walau bagaimanapun, pihak BWF menganjurkan acara itu kembali pada 2005 (yang mana China sebagai tuan rumah) tetapi ia hanyalah sebagai kejohanan jemputan. China menyapu bersih kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam 5 kategori.
  • Grand Prix Badminton Dunia dihentikan sejak 2000.

AnugerahSunting

Pihak BWF menyediakan anugerah istimewa kepada pemain, pengadil, penaja, dan individu lain atas pencapaian masing-masing dalam badminton atau sumbangan ke atas badminton.

  • Hall of Fame
  • Herbert Scheele Trophy
  • Distinguished Service
  • Meritorius Service
  • Certificate of Commendation
  • Eddy Choong Player of the Year

Sunting

Selama bertahun-tahun, pertubuhan ini mempunyai beberapa logo. Pada asalnya ia menggunakan logo IBF. Sebagai BWF, ia menggunakan logo baru pada 2007.[5] Pada 2012 ia menggunakan logo baru yang diperkemaskan.[6]

RujukanSunting

  1. ^ "Madrid Welcomes Badminton World Federation". BadmintonAsia.org (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2006. Diarkib daripada yang asal pada 28 Julai 2012. Dicapai pada 11 Mac 2012.
  2. ^ "BWF Council / Executive Board" (dalam bahasa Inggeris). BWF. Diarkib daripada yang asal pada 14 Ogos 2010. Dicapai pada 11 Mac 2012.
  3. ^ Leung, Edwin (18 Mei 2013). "Poul-Erik Hoyer Wins BWF Presidential Election". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 9 Jun 2013. Dicapai pada 18 Mei 2013.
  4. ^ Member Associations
  5. ^ Lacroix, Yves (15 Jun 2007). "EXCLUSIVE – BWF Unveils New Logo Today". Badzine (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 11 Mac 2012.
  6. ^ "BWF rebrand and launch new logo: Modern, Strong, Efficient". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). 26 Mei 2012. Diarkib daripada yang asal pada 28 Mei 2012. Dicapai pada 1 Jun 2012.

Pautan luarSunting