Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland

Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland
1953–1963
Bendera Rhodesia dan Nyasaland
Jata Rhodesia dan Nyasaland
Bendera Jata
Cogan kataMagni Esse Mereamur
(Latin: Mari Mencapai Keunggulan)
Lagu kebangsaanGod Save the Queen
Lokasi Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland di Selatan Afrika
Lokasi Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland
di Selatan Afrika
Ibu negaraSalisbury
Bahasa yang umum digunakan
KerajaanPersekutuan
Gabenor-Jeneral 
• 1953–1957
Baron Pertama Llewellin
• 1957–1963
Earl ke-16 Dalhousie
• 1963
Sir Humphrey Gibbs
Perdana Menteri 
• 1953–1956
Sir Godfrey Huggins
• 1956–1963
Sir Roy Welensky
Era SejarahPerang Dingin
• Didirikan
1 Ogos 1953
• Dibubarkan
31 Disember 1963
Mata wangPound Rhodesia dan Nyasaland
Didahului oleh
Diganti oleh
Rhodesia Utara
Rhodesia Selatan
Nyasaland
Rhodesia Utara
Rhodesia Selatan
Nyasaland
Sekarang sebahagian dari

Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland, juga dikenali sebagai Persekutuan Afrika Tengah (CAF) ialah persekutuan separa merdeka tiga kawasan selatan Afrikakoloni British berpemerintahan sendiri Rhodesia Selatan dan tanah naungan British, Rhodesia Utara dan Nyasaland – di antara 1953 dan 1963. Mengikut perlembagaan, ia adalah dibawah kawalan persekutuan Mahkota British, maksudnya ia bukannya koloni Mahkota ataupun dominion. Namun, oleh kerana tujuan pertubuhan ini adalah untuk, apabila tiba waktunya, menjadi sebuah dominion dalam Negara-negara Komanwel, daulat British ("Mahkota") diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral.

Pertubuhan ini diasaskan pada 1 Ogos 1953 dengan tujuan untuk membentuk jalan tengah antara negeri diperintah majoriti berkemerdekaan penuh, dengan wilayah-wilayah didominasi orang berkulit putih di Afrika Selatan, Angola dan Mozambique. Ia bertujuan untuk menjadi entiti kekal, tetapi akhirnya hancur kerana nasionalis Afrika kulit hitam mahukan bahagian kuasa yang lebih daripada yang sanggup diberikan oleh populasi kulit putih minoriti dominan.

Pemerintah negeri-negeri Afrika kulit hitam yang baru telah bersatu dalam menginginkan kolonialisme terhapus di Afrika. Kebanyakan kawasan lain di dunia telah beralih daripada kolonialisme sekitar lewat 1950-an dan awal 1960-an, maka United Kingdom ditekan untuk menyahkoloni oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesatuan Afrika (OAU). Kumpulan-kumpulan ini menyokong aspirasi nasionalis-nasionalis Afrika kulit hitam dan menerima dakwaan mereka mewakili rakyat kawasan mereka.

Pertubuhan ini secara rasminya runtuh pada 31 Disember 1963. Pada 1964, Rhodesia Utara memperoleh kemerdekaan daripada UK membentuk negara baru Zambia dan Nyasaland menerima kemerdekaan dan membentuk Malawi. Rhodesia Selatan dikenali sebagai Rhodesia sahaja dan, selepas berakhirnya Perang Belukar Rhodesia pada 1980, ia dikenali sebagai Zimbabwe.