Persiaran Mokhtar Dahari

Persiaran Mokhtar Dahari,[2] atau Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang atau Lebuhraya Puncak Alam dan Jalan Batu Arang (laluan negeri Selangor B49), ialah lebuh raya utama di Selangor, Malaysia.

Jalan Negeri Selangor B49
Persiaran Mokhtar Dahari
(Shah Alam–Batu Arang Highway)
(Puncak Alam Highway)
Maklumat laluan
Panjang17.2 km (10.7 mi)
Wujud1996[1]–kini
Simpang utama
Hujung utaraPuncak Alam
Persimpangan utamaB1 Jalan Meru
Jalan Paip
Hujung timur B9 Jalan Subang–Batu Tiga
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Selangor, Jeram, Batu Arang, Kota Puteri, Puncak Perdana, Subang, Shah Alam , Setia Alam, Puncak Alam , Meru
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Sejarah sunting

Lebuhraya Shah Alam-Batu Arang dibina oleh usaha sama antara Oxford Alliance Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Selangor untuk memenuhi keperluan akses yang lebih baik ke perbandaran baru Puncak Alam. Walau bagaimanapun, pembinaan fasa kedua jalan telah ditangguhkan selama dua tahun berikutan kesan krisis kewangan Asia 1997 sebelum disambung semula pada tahun 1999. Lebuh raya itu dibuka kepada pengguna jalan raya pada 28 Februari 2003.[1]

Pada 2014, lebuh raya itu dinamakan semula sebagai Persiaran Mokhtar Dahari sebagai penghormatan kepada pemain bola sepak negara, Mokhtar Dahari.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "300,000 nikmati kemudahan Jalan Shah Alam - Batu Arang". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). 2003-03-01. Dicapai pada 2014-06-10.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Timeline Photos - Blog Jalan Raya Malaysia". Facebook. Blog Jalan Raya Malaysia. 2014-06-09. Dicapai pada 2014-06-10.

Pautan luar sunting