Persidangan Annapolis

Persidangan Annapolis merupakan sidang damai Timur Tengah yang diadakan sehari suntuk pada 27 November 2007 di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat. Akhir persidangan ini akan membuat kenyataan bersama dari semua yang mengambil bahagian.

Sebahagian dari konflik Israel-Palestin
dan siri-siri konflik Arab-Israel
Proses Pendamaian dalam Konflik Israel–Palestin
   Israel
Pihak Rundingan
sempadan
Palestin
Israel
Sejarah Proses Keamanan

Perjanjian Kem David Madrid Conference Perjanjian Oslo Oslo II Perjanjian Hebron Memorandum Sungai Wye Sharm e-Sheikh memorandum Camp David 2000 Summit Taba Summit Road map Annapolis Conference

Primary negotiation concerns

Antisemitic incitements East Jerusalem Israeli settlements Israeli West Bank barrier Jewish state Palestinian political violence Palestinian refugees Palestinian state Places of worship

Negara Palestin     Current Leaders     Israel

Mahmud Abbas Salam Fayyad

Ehud Olmert Tzipi Livni

International brokers

Diplomatic Quartet  · Egypt
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kesatuan Eropah Rusia Amerika Syarikat Mesir

Other proposals

Persidangan Beirut Rancangan Damai Elon Rancangan Lieberman Persetujuan Geneva Hudna Israel's unilateral disengagement plan and Realignment plan Projects working for peace


1 The Golan Heights are not part of Israeli-Palestinian track


Kehadiran sunting

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice menjadi penganjur dan menjadi tuan rumah persidangan ini. Presiden Palestin Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert akan menghadiri mesyuarat sementara Presiden George W. Bush turut hadir sebahagian daripadanya. Lebih 40 orang tetamu jemputan akan hadir dan senarai kenamaan disiarkan pada 20 November 2007. Tokoh ternama ini termasuklah dari China, Russia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan Liga Arab. Negara Syria, Iran dan Arab Saudi masih skeptikal / meragui hasil persidangan ini. Mesir, Jordan dan Palestin telah mengadakan mesyuarat awal di Sharm el-Sheik, Mesir pada 22 November 2007 dan menjemput semua puak Arab hadir.

Arab Saudi mahu semua isu terpenting dibincangkan seperti sempadan, Tembok Apartheid dan penempatan Israel, status Jerusalem, hak kepulangan rakyat Palestin, sebagai syarat kehadiranya. Menteri Luar Arab Saudi, Saud al-Faisal akhirnya mengumumkan pada 23 November 2007 setuju hadir dalam Persidangan Annapolis tetapi tidak akan berjabat tangan dan bercakap dengan Ehud Olmert kerana Ehud olmert bersalam dengan penumbuk. Menteri Luar Syria Walid al-Moallem yang menyertai Liga Arab belum membuat keputusan untuk hadir kerana isu Bukit Golan tidak dimasukkan ke dalam agenda persidangan. Pada 25 November 2007, Timbalan Menteri Luar Syria Faisal Mekdad mengumumkan akan hadir.

Objektif dan latar belakang sunting

Matlamat persidangan ini akan mengeluarkan kenyataan dokumen bersama bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin berdasarkan Petajalan Damai yang dianjurkan oleh Presiden George W.Bush bagi mewujudkan negara Palestin. Deraf dokumen telah disiarkan oleh akhbar Israel, Haaretz pada 17 November 2007. Deklarasi Bersama Annapolis dirangka dan dijangka akan menjadi perbincangan keamanan terakhir.

Presiden Abbas dan Ehud Olmert sejak Jun 2007 mengesahkann akan hadir dan bersetuju dalam perkara-perkara dasar yang diputuskan dalam sidang puncak nanti.Mesyuarat akhir antara Olmert dan Abbas telah diadakan di Washington DC pada 26 November 2007, hari terakhir sebelum sidang damai itu.

Persidangan pada 27 November 2007 ini merupakan persidangan selepas 30 tahun Perjanjian Keamanan yang ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat ketika melawat Israel.

Pendirian Amerika sunting

Condoleezza Rice selaku Setiausaha Negara AS telah melawat Timur Tengah dalam lawatan diplomasi selama 4 hari pada bulan Oktober 2007 untuk mendapatkan sokongan terhadap sidang puncak ini.

Beliau telah berjumpa dan mendapatkan maklum balas dari Komuniti Yahudi Amerika Syarikat di Nashville, Tennessee pada 13 November 2007 dan seharuskan Israel bersiap sedia terhadap perubahan keamanan di Tebing Barat.

Pendirian Palestin sunting

Mahmud Abbas mahukan agenda yang jelas tentang keperluan persidangan dan pada Oktober 2007 setuju tentang rumusan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di mana sebelum 1967 penempatan tetap Israel akan dibincang secara serius. 6 isu utama akan didebatkan dalam persidangan iaitu:

  • Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palastin
  • Pelarian Palestin dan hak untuk pulang. Kini mereka menjadi pelarian puluhan tahun di Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Mesir, Amerika Syarikat dan lain-lain.
  • Sempadan
  • Petempatan
  • Bekalan air dan punca sungai
  • Keselamatan dan Tembok Keselamatan.

Mahmud Abbas sangat berharap perjanjian bersama dapat dicapai pada akhir Novemnber 2007. Sebelum itu Mahmud Abbas telah mendapatkan referendum dari rakyat Palestin. Ketua perunding Palestin ialah Ahmad Qorei.

Pendirian Israel sunting

Pada Oktober 2007, Perdana Menteri Ehud Olmert merasakan keperluan untuk menyerahkan sebahagian Timur Jerusalem kepada Palestin sebagai sebahagian dari jalan damai Annapolis. Tetapi dikritik oleh sayap kanan Israel dan pertubuhan Yahudi antarabangsa dan Kristian Zionis. Beberapa ahli Parlimen Knesset termasuk dari pihak Olmert cuba membatalkan Persidangan Annapolis ini.

Pembukaan sunting

Selepas rundingan, Presiden Bush akan membacakan kenyataan bersama yang telah ditandatangani kedua-dua pihak . Hasil rundingan itu ialah Palestin adalah tanahair untuk rakyat Palestin. Israel adalah tanahair untuk rakyat Yahudi.

Bantahan sunting

Hamas dan Ali Khamenei dari Iran mahu memboikot persidangan ini dan pada 23 November 2007 Hamas mengadakan demonstrasi di Semenanjung Gaza.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sangsi dengan persidangan ini dan menyatakannya sebagai untuk kepentingan Israel semata-mata. Beliau menggesa agar Arab Saudi memulaukannya. Beliau percaya persidangan ini akan gagal. Sebenarnya Amerika cuba merendah-rendahkan negara-negara Arab. Amerika hanya berbangga mengumpul banyak negara Arab dan Israel sahaja.

Aktivis dan pertubuhan Yahudi pula menentang sebarang cadangan untuk menyerahkan walau sekelumit tanah Baitulmaqdis untuk dijadikan ibu negara Palestin. Ini tentunya akan meningkatkan penentangan terbuka terhadap kerajaan Ehud Olmert. Mereka meancang mengadakan protes di hadapan kedutaan Israel di New York dan Washington D.C semasa persidangan ini berlangsung. Pada 27 November 2007, Rabbi Dor Lior dan Majlis Yesha Rabbis memanggil 'sidang tergempar' untuk membincangkan kesan Persidangan Annapolis. Kenyataan dikeluarkan iaitu 'Tidak ada sebarang pemimpin, dari mana-mana generasi, untuk menyerahkan bumi Eretz Israel.

Langkah susulan sunting

  • Rusia ditawarkan menjadi hos persidangan pada 2008 bagi mengkaji kemajuan rundingan.
  • Kesatuan Eropah menganjurkan satu mesyuarat negara penderma pada 17 Disember bagi membantu rakyat Palestin ke arah pembangunan ekonomi dan menambah peluang pekerjaan yang sesuai.
  • 12 Disember 2007 rundingan pertama akan diadakan bagi memperincikan hasil Persidangan Annapolis.

Kontroversi sunting

Persidangan Annapolis ini diharap dapat mengembalikan imej Goerge W. Bush yang semakin merosot berikutan kegagalan Perang Iraq dan Afghanistan. Imej Ehud Olmert pudar akibat Krisis Israel-Lebanon. Mahmud Abbas pula tidak dapat menguasai Semenanjung Gaza daripada Hamas sejak Jun 2007.