Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilangsungkan di Bella Center di Copenhagen, Denmark, mulai 7 hingga 18 Disember 2009. Persidangan ini merangkumi Persidangan Peserta-Peserta Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-15 (COP 15) dan Mesyuarat Peserta-Peserta Protokol Kyoto ke-5. Mengikut Peta Jalan Bali, rangka kerja pengurangan perubahan iklim selepas tahun 2012 mesti dipersetujui di sana.[1]

United Nations Climate Change Conference (COP15)
Maklumat
Tarikh: 7–18 Disember 2009
Tempat: Bella Center, Copenhagen, Denmark
Peserta: Negara-negara anggota UNFCCC
UN Chronicle: Special Climate Change Issue.
Connie Hedegaard, presiden Persidangan Perubahan Iklim PBB 2009 di Copenhagen

Persidangan ini menyusuli persidangan saintifik Climate Change: Global Risks, Challenges and Decisions yang juga dilangsungkan di Bella Center pada Mac 2009. Rundingan mula menunjukkan pembaharuan apabila pada Mei 2009, Setiausaha Agung PBB Ban-Ki Moon menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Dunia mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen, anjuran Majlis Iklim Copenhagen (COC), di mana beliau meminta agar para anggota majlis COC menghadiri Minggu Iklim New York di Sidang Kemuncak Perubahan Iklim pada 22 September serta berhubung dengan ketua-ketua kerajaan mengenai topik masalah iklim.[2]

Connie Hedegaard menyandang jawatan sebagai presiden persidangan sehingga 16 Disember 2009, kemudian menyerahkan jawatannya kepada Perdana Menteri Denmark Lars Løkke Rasmussen pada hari-hari terakhir persidangan, ketika berlangsungnya rundingan antara ketua-ketua negara dan kerajaan.[3] Pada 18 Disember iaitu hari terakhir persidangan, media antarabangsa melaporkan betapa "kucar-kacir" rundingan iklimnya.[4][5][6] Selain itu, dilaporkan juga selain kehancuran sidang kemuncak, hanya dapat diduganya "penyataan politik lemah" di akhir persidangan.[7][8]

Persetiaan Copenhagen dirangkakan oleh Amerika Syarikat, China, India, Brazil dan Afrika Selatan pada 18 Disember, dinilai sebagai "persetujuan yang bermakna" oleh kerajaan Amerika Syarikat. Persetiaan ini sekadar "diiktiraf", tetapi tidak "dipersetujui", dalam perbahasan di kalangan semua negara peserta pada hari keesokannya, maka tidak diluluskan sebulan suara. Dalam kandungan dokumennya diakui bahawa perubahan iklim adalah salah satu cabaran tergetir pada masa kini, oleh itu tindakan harus diambil untuk memastikan kenaikan suhu tidak melebihi 2 °C. Dokumen tersebut tidak sah di sisi undang-undang dan tidak mengandungi apa-apa komitmen yang sah di sisi undang-undang untuk mengekang pengeluaran karbon dioksida.[9] Para pemimpin negara berindustri, termasuk Barack Obama dan Gordon Brown, berpuas hati dengan persetujuan ini tetapi ramai pemimpin negara lain dan pertubuhan bukan kerajaan menentangnya.

Latar belakang sunting

Kedudukan rundingan dengan Kesatuan Eropah sunting

Pada 28 Januari 2009, Suruhanjaya Eropah menerbitkan akhbar "Kearah kerjasama komprihensif dalam cuaca di Copenhagen".[10] Demi menunjukkan teladan yang baik, Kesatuan Eropah telah berikrar untuk melaksanakan perjanian dalam satu undang-undang, walaupun tanpa perjanjian yang memuaskan di Copenhagen. Pada Disember yang lepas, Pertubuhan Eropah Bersatu telah mengkaji semula sistem kelonggaran Karbon yang dipanggil Skema Perdagangan Pelepasan Asap Pertubuhan Eropah Bersatu yang telah di reka untuk tempoh pengumuman-Kyoto (selepas 2013). Platform baru sistem ini menyasarkan lebih lagi untuk mengurangkan kesan rumah hijau yang dikeluarkan di Eropah dengan kaedah perjanjian dan untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap EU bahawa mereka telah melaksanakannya sebelum persidangan di Copenhagen ini. Untuk mengelakkan kebocoran karbon—pemindahan syarikat ke kawasan lain yang tidak mematuhi peraturan yang sama—Suruhanjaya EU menjangkakan bahawa sektor-sektor yang terdedah kepada persaingan antarabangsa wajar diberikan peruntukan pengeluaran CO2 percuma asalkan sekurang-kurangnya searas dengan suatu penanda aras. Sektor-sektor lain pula harus membeli kredit sebegini di pasaran antarabangsa. Industri-industri intensif tenaga di Eropah telah mendukung sistem penanda ara ini untuk memastikan dana dalam keupayaan pelaburan untuk keluaran karbon rendah dan bukannya semata-mata untuk spekulasi.[11] Industri kimia Eropah menghujahkan perlunya mendekati keperluan rakyat secara mapan. Demi mematuhi komitmen-komitmen sebegini untuk ekonomi karbon rendah, ini memerlukan daya saing dan inovasi.[12] Menteri Ekologi Perancis Jean-Louis Borloo mengajukan penubuhan Pertubuhan Alam Sekitar Global sebagai sumbangan institusi utama Perancis untuk menawarkan alternatif yang berwibawa kepada UNEP.

Mesyuarat rundingan rasmi pra-Copenhagen sunting

Serangkap rangka teks rundingan[13][14] untuk dimuktamadkan di Copenhagen telah dikeluarkan kepada orang awam, dan dibincangkan dalam serantaian mesyuarat sebelum Copenhagen.

Bonn – mesyuarat rundingan kedua sunting

Para wakil dari 183 negara bermesyuarat di Bonn dari 1 hingga 12 Jun 2009, dengan tujuan membincangkan teks-teks rundingan utama yang bakal dijadikan asas untuk persetujuan perubahan iklim antarabangsa di Copenhagen. Pada akhirnya, kumpulan rundingan Kumpulan Kerja Ad Hoc di bawah Protokol Kyoto (AWG-KP) masih jauh dari julat pengurangan keluaran bahan pencemar yang ditentukan oleh bidang sains untuk mengelakkan akibat perubahan iklim yang paling dahsyat, iaitu pengurangan 25%–40% dari takat 1990 menjelang tahun 2020. AWG-KP masih perlu memutuskan sasaran pengurangan keluaran negara-negara berindustri, di samping sasaran individu bagi setiap negara. Adanya peningkatan dalam mendapatkan penjelasan isu-isu yang berkenaan dengan semua pihak untuk sebagai kemaskini rangka teks rundingan.[15]

Sesi ketujuh sunting

Bangkok sunting

Bahagian pertama sesi ketujuh AWG-LCA diadakan mulai 28 September di Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCC) di Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP), Bangkok, Thailand.[16]

Barcelona sunting

Sesi bersambung di Barcelona, Sepanyol, dari 2 hingga 6 November 2009. Selepas itu, AWG-LCA bermesyuarat lagi untuk menghabiskan kerjanya di sesi kelapan yang serentak dengan sesi ke-15 Persidangan Peserta yang dibuka di Copenhagen pada 7 Disember 2009.

Senarai tindakan yang dicadangkan sunting

Cadangan perubahan keluaran mutlak
Kawasan 1990→2020 Rujukan
Jepun −25%
EU −20 to −30%
Rusia −20 to −25%
Afrika Selatan −18%
New Zealand −10 to −20%
Australia −4 to −24% CO2
Kanada −3%
Amerika Syarikat −1.3%
Brazil +5 to −1.8%

Ketika bersidang, sebilangan negara menyatakan tindakan-tindakan yang dicadangkan jika tercapainya persetujuan yang terikat. Malangnya, tiada persetujuan yang dicapai, sebaliknya cadangan tindakan tersebut terpaska dibahaskan lagi pada tahun 2010.

Tindakan awam yang berkenaan sunting

Kerajaan Denmark organisasi industri telah memasuki sebuah perniagaan perkongsian umum persendirian untuk mempromosikan penyelesaian kepada masalah ini iaitu teknologi bersih Denmark. Pekongsian ini iaitu Konsortium Iklim Denmark , ialah sebahagian dari aktiviti pertfolio sebelum, semasa dan selepas COP15[17]

Juga diadakannya Persidangan Eropah untuk Pemupukan Tindakan Setempat untuk Membasmi Perubahan Iklim.[18][19] Seluruh sesi paginya pada 25 September dikhaskan kepada Perjanjian Datuk-Datuk Bandar.[20]

Persidangan sunting

Aktivisme sunting

Sepanjang minggu pertama persidangan, berlakunya beberapa tunjuk perasaan kecil-kecilan.[21] Pada 12 Disember, berlangsungnya sebuah perarakan besar di Copenhagen untuk menyeru agar tercapainya persetujuan iklim global yang dihadiri seramai 40,000 hingga 100,000 orang.[22] 968 penunjuk perasaan ditahan, termasuk 19 orang yang ditahan kerana membawa pisau lipat dan bertopeng sepanjang tunjuk perasaan, tetapi kesemua mereka dibebaskan tanpa didakwa kecuali 13 orang. Seorang pegawai polis tercedera oleh batu manakala seorang penunjuk perasaan terkena mercun.[21] Sebilangan penunjuk perasaan dikandangkan oleh polis lalu ditahan selama berjam-jam tanpa makanan, air atau tandas,[23] sebelum digari lalu diangkut oleh bas ke pusat tahanan.[24] Para penunjuk perasaan dilaporkan berasa marah terhadap taktik-taktik "penindasan" oleh taktik polis.[22] Pihak polis pula berkata tindakan tersebut adalah perlu untuk menangani pertubuhan-pertubuhan seperti Never Trust A COP yang mengaku akan "menyerang struktur-struktur yang menyokong COP15 secara sedar-sedar" dalam tapak webnya. Per Larsen, ketua pegawai koordinasi angkatan polis Copenhagen memaklumkan akhbar New York Times bahawa kejadian ini "sememangnya tindakan polis terhebat yang pernah kami ambil dalam sejarah Denmark."[25]

Aktivisme antarabangsa sunting

Kira-kira 20,000 orang menyertai perarakan di London, seminggu sebelum bermulanya persidangan, untuk menyeru para pemimpin British agar memaksa negara-negara maju untuk mengurangkan keluaran bahan pencemarnya sebanyak 40% menjelang tahun 2020 serta memperuntukkan $150 bilion setahun sehingga 2020 untuk membantu negara-negara termiskin di dunia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.[26] Seramai 50,000 orang menyertai sebilangan acara tunjuk perasaan di Australia, ketika berlangsungnya persidangan, untuk menyeru para pemimpin dunia untuk membentuk satu persetujuan yang kukuh dan sah di sisi undang-undang.[27] Perarakan terbesarnya berlangsung di Melbourne.[28]

The Danish Text sunting

Sebuah dokumen kebocoran yang digelar "The Danish Text" telah mencetuskan perbalahan antara negara maju dan membangun. Dokumen yang berjudul kecil "The Copenhagen Agreement" ini mencadangkan langkah-langkah untuk memastikan kenaikan suhu global purata pada 2 darjah Celsius di atas takat pra-perindustrian. Negara-negara membangun membalas dokumen tersebut dengan menyatakan bahawa negara-negara maju bekerjasama dan bersepakat secara senyap-senyap tanpa kebenaran negara-negara membangun. Lumumba Stanislaus Di-Aping, pengerusi G77, berkata, "Isi kandungannya yang amat berat sebelah ini berniat untuk menjatuhkan hasil dua tahun rundingan dengan sepenuhnya, tanpa menghiraukan cadangan dan suara negara-negara membangun".[29] Timbulnya rasa tidak senang duduk mengenai isi kandungan dokumen tersebut setelah diberi analisa sulit oleh negara-negara membangun.[30]

Masalah rundingan sunting

Pada 16 Disember, timbulnya spekulasi bahawa sidang kemuncak di Copenhagen berada dalam bahaya. "Kami tidak mencapai apa-apa peningkatan" kata suatu sumber yang mengikuti rundingan tersebut. "Apa yang tidak disedari orang ramai adalah bahawa kita sekarang belum bersedia menerima persepakatan pemimpin kita. Rundingan kini sudah lewat 18 jam."[31]

The Guardian melaporkan bahawa para pemimpin sedang berbincang secara terbuka mengenai hasil terbaik yang boleh dicapai berupa "persetujuan politik lemah yang tidak mampu membuka laluan yang jelas untuk menangani pengeluaran gas rumah hijau". Ertinya, rundingan terpaksa dilanjutkan hingga tahun 2010, memburukkan lagi kesan kerosakan pengeluaran bahan-bahan tersebut.[31]

Pada 18 Disember, ketua UNEP memberitahu BBC bahawa "pada waktu pagi ini, adanya sidang kemuncak mengalami krisis" dan hanya ketibaan ketua-ketua negara yang dapat memastikan sidang kemuncak berakhir dengan jayanya. Ketua perubahan iklim WWF di Britain berkata, cadangan-cadangan yang diajukan setakat ini, khususnya dari negara-negara berindustri, "semuanya langsung tidak memenuhi keperluan dunia".[32]

Para pemimpin dan menteri dari lebih kurang 30 negara telah menggariskan persetiaan iklim pada awal pagi 18 Disember, iaitu beberapa jam sebelum kira-kira 130 pemimpin dunia bersidang.[33]

Peleraian sunting

Pada 18 Disember, setelah sehari ketua-ketua negara berunding dengan tergopoh-gapah, diumumkan bahawa tercapainya "persetujuan yang bermakna" antara Amerika Syarikat, China, India, Afrika Selatan dan Brazil.[34] Perkataan "bermakna" ini dipandang sebagai hasil putar belit politik oleh sebuah editorial dalam akhbar The Guardian.[35] Seorang pengawai kerajaan AS yang tidak dinyatakan namaya dilaporkan berkata bahawa persetujuan itu adalah "selangkah maju dalam sejarah" tetapi tidak memadai untuk mengelakkan perubahan iklim yang berbahaya di masa akan datang. Namun demikian, mengikut seorang wartawan alam sekitar BBC: "Ketika persetujuan diumumkan oleh Rumah Putih, ramai lagi perwakilan yang belum lagi meliahtnya. Komen dari seorang pegawai UK berpendapat bahawa teks tersebut belum dimuktamadkan padahal perwakilan Bolivia sudah merungut akan cara persepakatannya, iaitu 'anti-demokratik, anti-telus dan tidak boleh diterima'. Tanpa sasaran yang kukuh untuk mengehadkan kenaikan suhu global, tanpa komitmen kepada perjanjian sah dan tiada tahun sasaran untuk kemuncak pengeluaran gas rumah hijau, negara-negara yang paling teruk terdedah kepada akibat perubahan iklim masih belum mencapai persetujuan yang diharapkan."[36]

Pada awal pagi 19 Disember, para wakil meluluskan usul untuk "memberi perhatian kepada Persetiaan Copenhagen[37] pada 18 Disember 2009". Walaupun begitu, dilaporkannya tidak jelas lagi sama ada usul tersebut adalah sebulat suara, atau apa implikasinya dari segi undang-undang. Ban Ki-moon menyambut baik persetujuan iklim yang disokong oleh AS itu sebagai "permulaan asas". Adalah tidak jelas sama ada 192 negara yang hadir juga menerimanya. Persetiaan Copenhagen menerima hujah saintifik untuk memastikan kenaikan suhu di bawah 2 °C, tetapi tidak terkandung apa-apa komitmen untuk mengurangkan pengeluaran bahan pencemar yang perlu untuk mencapainya. Sebahagian persetujuan itu menjanjikan pembiayaan sebanyak AS$ 30 bilion kepada negara membangun selama tiga tahun seterusnya, kemudian meningkat kepada AS$ 100 bilion setahun menjelang tahun 2020, untuk membantu negara-negara miskin menyesuaikan diri kepada perubahan iklim. Cadangan-cadangan terdahulu untuk mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 °C serta memotong pengeluaran karbon dioksida sebanyak 80% menjelang tahun 2050 terpaksa digugurkan. Satu lagi persetujuan telah dicapai untuk mengurangkan pembasmian hutan dengan wang tunai pampasan dari negara-negara maju.[38] Persetujuan yang dicapai ini tidak sah di sisi undang-undang, tetapi Presiden AS, Barack Obama berharap agar negara-negara boleh menunjukkan pencapaian masing-masing kepada dunia. Tambahnya lagi, jika perlunya menunggu persetujuan sah lagi, silap-silap tiada peningkatan yang dilakukan.[39]

Reaksi sunting

Kerajaan sunting

Barack Obama menyatakan perlunya untuk mencapai persetujuan pada masa akan datang, tambahan lagi "Kita sudah berjalan jauh tetapi masih jauh lagi yang perlu kita berjalan."[40] Gordon Brown berkata "Kita sudah bermula" tetapi persetujuan itu harus dicepatkan lagi pengesahan di sisi undang-undang.[40] Presiden Suruhanjaya EU Jose Manuel Barroso berkata "Saya enggan menyorokkan rasa kecewa saya kerana ketaksahan persetujuan ini."[34] Presiden Perancis Nicholas Sarkozy mengulas "Teks yang kami ada tidak sempurna" tetapi "Jika tiada persetujuan, ertinya dua buah negara sepenting India dan China harus dibebaskan dari ikatan apa-apa jenis kontrak."[34] Ketua perwakilan China berkata "Perjumpaan kali ini berakhir dengan hasil positif, jadi semua pihak harus berpuas hati."[40] Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata bahawa persetujuan lemah ini disebabkan oleh sikap saling tidak mempercayai sesama bangsa: "Untuk meredah dugaan perubahan iklim, masyarakat antarabangsa mesti mengukuhkan kepercayaan, membina kata sekapat, melakukan usaha bersungguh-sungguh serta meningkatkan lagi kerjasama."[41] Duta perubahan iklim Brazil menyifatkan persetujuan ini sebagai "mengecewakan". Ketua negara-negara G77 mendakwa bahasa rangka persetujuannya meminta negara-negara Afrika agar menandatangani "pakatan membunuh diri" serta "memastikan penguasaan ekonomi sebilangan kecil negara". Wakil-wakil Maldives, Venezuela, dan Tuvalu pula kecewa sekali dengan hasil persidangan.[40] Presiden Bolivia, Evo Morales berkata, "Mesyuarat itu telah gagal. Malang sekali bagi planet ini. Harus disalahkan ialah tiadanya kesanggupan politik oleh sekelompok kecil negara pimpinan AS."[41]

Pertubuhan bukan kerajaan sunting

John Sauven, pengarah eksekutif Greenpeace UK berkata bahawa "Bandar raya Copenhagen bagaikan tempat kejadian jenayah pada malam ini ... Ternyata bahawa usaha pembasmian pemanasan global memerlukan model politik yang serba berlainan daripada yang disaksikan di Copenhagen." Tambahnya, "sedikit sekali bilangan ahli politik di dunia yang berupaya menjangkaui kepentingan diri". Nnimmo Bassey, dari pertubuhan Friends of the Earth mengecam persidangan itu sebagai "kegagalan yang hina".[40] Lydia Baker dari pertubuhan Save the Children mengeluh bahawa para pemimpin dunia telah "memastikan ramai kanak-kanak termiskin di dunia menemui ajalnya. Seramai 250,000 dari masyarakat miskin akan kehilangan nyawa mereka sebelum mesyuarat seterusnya di Mexico pada akhir tahun depan."[38] Tim Jones, pegawai dasar iklium dari [[World Development Movement]] mengutuk para pemimpin kerana "hendak merasuah dan menindas negara-negara membangun untuk menandatangani waran maut."[41]

Rujukan sunting

  1. ^ "IISD Reporting Services – Upcoming meetings". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-12. Dicapai pada 2009-12-10.
  2. ^ Tim Flannery (November 2009), Copenhagen and Beyond: Conference Bound, The Monthly
  3. ^ Climate conference president resigns, Rasmussen to take over. Mint. 16 Disember 2009.
  4. ^ Associated, The (2009-12-15). "UN Chief: Time To Stop Climate Finger-Pointing". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-19. Dicapai pada 2009-12-19.
  5. ^ "Obama In Copenhagen; Climate Talks In Disarray; Urges 'Action Over Inaction' – The Two-Way – Breaking News, Analysis Blog". NPR. Dicapai pada 2009-12-19.
  6. ^ "CBC News – World – Canada part of Copenhagen climate deal". Cbc.ca. 2009-11-27. Dicapai pada 2009-12-19.
  7. ^ "Last day of Copenhagen summit, hope fizzling out". Ibnlive.in.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-23. Dicapai pada 2009-12-19.
  8. ^ Lenore Taylor, National correspondent, in Copenhagen. "Climate talks set for failure as China dampens hopes". The Australian. Dicapai pada 2009-12-19.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ "Copenhagen deal: Key points". BBC News. Dicapai pada 2009-12-20.
  10. ^ Questions and Answers on the Communication Towards a comprehensive climate change agreement in Copenhagen
  11. ^ 1 Disember 2008. "Jumping the climate change hurdle". YouTube. Dicapai pada 2009-12-09.
  12. ^ 1 oktober 2008. ""Building Blocks for Climate Change Solutions"". YouTube. Dicapai pada 2009-12-09.
  13. ^ "Negotiating text" (PDF) (dalam bahasa English (others available)). United Nations Framework Convention on Climate Change. m/s. 53. Dicapai pada 2009-06-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Negotiating text" (PDF) (dalam bahasa English (others available)). United Nations Framework Convention on Climate Change. m/s. 181. Dicapai pada 2009-09-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Progress Made in Negotiations for Ambitious and Effective Copenhagen Deal at Bonn UNFCCC Meeting" (PDF). Press Release. UNFCCC/CCNUCC. 12 June 2009. m/s. 2. Dicapai pada 2009-06-15.
  16. ^ "Bangkok Climate Change Talks – 2009". United Nations Framework Convention on Climate Change. Dicapai pada 2009-12-07.
  17. ^ "Climate Consortium - COP15 United Nations Climate Change Conference Copenhagen 2009". En.cop15.dk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2009-12-09.
  18. ^ "I European Conference for the promotion of Local actions to combat Climate Change – Submitted events—EEA". Eea.europa.eu. Dicapai pada 2009-12-09.
  19. ^ "European Conference for the Promotion of Local Actions to Combat Climate Change, 23–25/9/09 (Huelva, Spanje) | vleva". Vleva.eu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-08. Dicapai pada 2009-12-09.
  20. ^ "Covenant of Mayors". Eumayors.eu. Dicapai pada 2009-12-09.
  21. ^ a b Heilprin, John (13 December 2009). "Huge rally at climate forum". The Philadelphia Enquirer. Dicapai pada 14 December 2009.
  22. ^ a b {{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/8410414.stm%7Ctitle=Climate activists condemn Copenhagen police tactics |date=13 December 2009|publisher=BBC News|accessdate=14 Disember 2009}}
  23. ^ McKie, Robin (13 Disember 2009). "Copenhagen police release hundreds of detained activists". The Guardian. Dicapai pada 14 December 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  24. ^ Apple, Emily (15 December 2009). "Why co-operate with Copenhagen cops?". The Guardian. Dicapai pada 16 Disember 2009.
  25. ^ Zeller, Tom (6 Disember 2009). "Copenhagen Talks Tough on Climate Protest Plans". New York Times. Dicapai pada 16 December 2009.
  26. ^ Lefort, Rebecca (5 Dec 2009). "Thousands march in 'wave' against climate change ahead of Copenhagen conference". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-08. Dicapai pada 19 Disember 2009. line feed character in |title= at position 11 (bantuan)
  27. ^ Australian marchers lead world climate protests (AFP) – Dec 11, 2009
  28. ^ Australians walk to pressure Copenhagen Reuters UK 12 Disember 2009 archived link
  29. ^ By Hilary Whiteman, CNN. "Poor nations' fury over leaked climate text". CNN.com. Dicapai pada 2009-12-10.
  30. ^ "Copenhagen climate summit in disarray after 'Danish text' leak". Guardian.co.uk. 2009-12-08. Dicapai pada 2009-12-10.
  31. ^ a b Vidal, John (16 Disember 2009). "Copenhagen summit veering towards farce, warns Ed Miliband". The Guardian. Dicapai pada 18 Disember 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  32. ^ "Copenhagen summit final day overshadowed by uncertainty". BBC News. 18 Disember 2009. Dicapai pada 18 Disember 2009.
  33. ^ "Climate draft accord agreed | Copenhagen Climate Summit |". Smh.com.au. Dicapai pada 2009-12-19.
  34. ^ a b c Key powers reach compromise at climate summit, BBC News
  35. ^ "Copenhagen climate conference: The grim meaning of 'meaningful'". The Guardian. 19 Disember 2009. Dicapai pada 19 Disember 2009.
  36. ^ BBC News: Climate change agreement reached in Copenhagen
  37. ^ UNFCCC: Text of Copenhagen Accord
  38. ^ a b Vidal, John (19 Disember 2009). "Low targets, goals dropped: Copenhagen ends in failure". The Guardian. Dicapai pada 19 Disember 2009. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  39. ^ Henry, Ed (18 Disember 2009). "Obama announces climate change deal with China, other nations". CNN. Dicapai pada 19 Disember 2009.
  40. ^ a b c d e "Copenhagen deal reaction in quotes". BBC News. 19 December 2009. Dicapai pada 19 December 2009.
  41. ^ a b c Vidal, John (19 December 2009). "Rich and poor countries blame each other for failure of Copenhagen deal". The Guardian. Dicapai pada 19 Disember 2009.

Pautan luar sunting