Pertandingan Lagu Eurovision 1957

Pertandingan Lagu Eurovision 1957 ialah edisi ke-2 Pertandingan Lagu Eurovision. Seperti pertandingan pertama, pertandingan ini masih disiarkan di radio, namun terdapat peningkatan jumlah penonton yang menyaksikan acara ini di televisyen.

Pertandingan Lagu Eurovision 1957
Tarikh
Akhir3 Mac 1957
Hos
TempatGroßer Sendesaal des hessischen Rundfunks
Frankfurt-am-Main, West Germany
PenyampaiAnaid Iplicjian
KonduktorWilly Berking
Penyelia eksekutifRolf Liebermann
Penyiar hosArbeitsgemeinschaft der öffentlich-rechtlichen Rundfunkanstalten der Bundesrepublik Deutschland (ARD)
Peserta
Jumlah penyertaan10
Negara yang membuat
penampilan sulung
Undian
Sistem undian10 ahli juri menilai 10 mata untuk lagu kegemaran mereka.
MataTiada
Lagu yang dimenangi Belanda
"Net als toen"

Dalam pertandingan tahun ini, lagu yang dinyanyikan oleh wakil Itali berdurasi 5:09 minit, sementara lagu dari United Kingdom hanya berdurasi 1:52 minit. Oleh itu, peraturan setiap lagu durasinya dihadkan telah diperkenalkan, dengan maksimum 3 minit; peraturan ini masih digunakan sehingga kini.

Birthe Wilke dan Gustav Winckler pada akhir lagu mereka membuat adegan berciuman paling lama yang pernah ada dalam pertandingan — walaupun, hanya orang yang menonton melalui televisyen sahaja yang mampu melihatnya. Ini terjadi kerana ahli dari kakitangan penerbitan terlupa untuk memberikan tanda adegan berciuman itu perlu diakhiri.

Pertandingan ini ialah pertama kalinya di mana juri dihubungi melalui telefon. Ini juga pertama kalinya Belanda memenangi pertandingan ini.

Keputusan sunting

Urutan Negara Bahasa Artis Tajuk Lagu Dalam Bahasa Melayu Kedudukan Mata
01   Belgium Belanda Bobbejaan Schoepen "Straatdeuntje" Lagu jalanan 8 5
02   Luxembourg Perancis Danièle Dupré "Amours mortes (tant de peine)" Cinta yang mati (terlalu banyak duka) 4 8
03   United Kingdom Inggeris Patricia Bredin "All" Semua 7 6
04   Itali Itali Nunzio Gallo "Corde della mia chitarra" Sinar gitarku 6 7
05   Austria Jerman Bob Martin "Wohin, kleines Pony?" Di mana, poni kecil? 10 3
06   Belanda Belanda Corry Brokken "Net als toen" Seperti dulu 1 31
07   Jerman Jerman Margot Hielscher "Telefon, Telefon" Telefon, telefon 4 8
08   Perancis Prancis Paule Desjardins "La belle amour" Cinta yang indah 2 17
09   Denmark Denmark Birthe Wilke & Gustav Winckler "Skibet skal sejle i nat" Kapal akan berlayar malam ini 3 10
10    Switzerland Perancis Lys Assia "L'enfant que j'étais" Anak yang aku pernah menjadi 8 5

Papan mata sunting

Keputusan undian
Jumlah mata
Belgium
Luxembourg
United Kingdom
Itali
Austria
Belanda
Jerman
Perancis
Denmark
Switzerland
Peserta Belgium 5 2 2 1
Luxembourg 8 1 4 3
United Kingdom 6 1 1 1 1 2
Itali 7 1 1 2 2 1
Austria 3 2 1
Belanda 31 5 3 1 1 6 1 4 3 7
Jerman 8 1 1 6
Perancis 17 2 4 2 1 6 2
Denmark 10 2 3 5
Switzerland 5 1 1 1 2

Artis yang muncul kembali sunting

Artis Negara Tahun sebelumnya
Corry Brokken   Belanda 1956
Lys Assia    Switzerland 1956 (juara)

Pengulas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Nederlandse televisiecommentatoren bij het Eurovisie Songfestival". Eurovision Artists (dalam bahasa Belanda).
  2. ^ Leif Thorsson. Melodifestivalen genom tiderna ["Melodifestivalen through time"] (2006), p. 10. Stockholm: Premium Publishing AB. ISBN 91-89136-29-2