Pertandingan Lagu Eurovision 1999

Pertandingan Lagu Eurovision 1999 ialah edisi ke-44 Peraduan Lagu Eurovision tahunan.[1] Ia diadakan di Baitulmuqaddis, Israel, setelah kemenangan Dana International pada pertandingan 1998 di Birmingham, United Kingdom dengan lagu "Diva". Ini merupakan kemenangan ketiga Israel dalam peraduan ini (selepas 1978 dan 1979), dan kali kedua menjadi tuan rumah acara tersebut (selepas 1979).

Pertandingan Lagu Eurovision 1999
Tarikh
Akhir29 Mei 1999 (1999-05-29)
Hos
TempatAuditorium Ussishkin di
Pusat Konvensyen Antarabangsa
Jerusalem, Israel
Penyampai
PengarahHagai Mautner
Penyelia eksekutifChristine Marchal-Ortiz
Penerbit eksekutifAmnon Barkai
Penyiar hosLembaga Penyiaran Israel (IBA)
Peserta
Jumlah penyertaan23
Negara yang membuat
penampilan sulung
Tiada
Negara yang
muncul kembali
Negara yang tidak kembali
Undian
Sistem undianSetiap negara menganugerahkan 12, 10, 8-1 mata untuk 10 lagu kegemaran mereka
MataNone
Lagu yang dimenangi

Ia diadakan pada 29 Mei 1999 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, tempat yang sama yang menganjurkannya 20 tahun sebelumnya. Penyampai berita televisyen Yigal Ravid, penyanyi dan peserta 1992 Dafna Dekel dan model/pelakon Sigal Shachmon ialah hos rancangan itu, dan ini ialah kali pertama tiga penyampai dipilih sebgaai hos Pertandingan ini. Dua pemenang Israel terdahulu, Izhar Cohen, yang menang pada tahun 1978 dengan "A-Ba-Ni-Bi" dan ahli kumpulan Milk and Honey, Gali Atari yang memenanginya pada tahun berikutnya dengan "Hallelujah" hadir sebagai penonton.

Pemenang Pertandingan ini adalah Charlotte Nilsson, mewakili Sweden dengan "Take Me to Your Heaven", yang memperoleh 163 mata. Ini merupakan kemenangan keempat Sweden dalam Pertandingan dan yang kedua pada tahun 1990-an (susulan kemenangan Carola untuk Sweden pada 1991).

RujukanSunting

  1. ^ "History – Eurovision Song Contest 1999". European Broadcasting Union. Dicapai pada 2009-08-12.

Pautan luarSunting