Pertanian di Filipina

Pertanian di Filipina menyumbang terhadap 27.7% dari tenaga buruh di negara tersebut, menurut Bank Dunia pada 2017.[1]

Kawasan sawah padi di Balagtas, Buracan.

BerasSunting

Filipina merupakan pengeluar beras kelapan terbesar dunia, dengan menyumbang sebanyak 2.8% pengeluaran beras dunia.[2] Filipina juga merupakan pengimport beras terbesar dunia pada 2010. Hampir 15.7 tan metrik beras telah dihasilkan pada 2010 dan menyumbang kepada 21.86% dalam nilai tambah kasar pertanian serta 2.37% dalam pendapatan negara kasar.[3][4]

Pengeluaran beras di Filipina mula meningkat sejak 50-an, dengan kemunculan variasi-variasi beras baharu serta penggunaan baja yang kian meluas. Produktiviti pengeluaran meningkat dari 1.23 tan metrik sehektar pada 1961 kepada 3.59 tan metrik sehektar pada 2009.[2]

TebuSunting

 
Pemprosesan gula tebu di sebuah kilang Filipina.

Kira-kira 360,000 hingga 390,000 hektar tanah di Filipina digunakan untuk penanaman tebu.[5] Menurut anggaran 2012, kira-kira 700,000 orang mendapat pekerjaan dalam sektor tersebut di wilayah-wilayah pengeluar tebu.[6]

Penanaman tebu di Filipina telah bermula sebelum zaman Sepanyol di negara tersebut dan dan menjadi eksport pertanian terbesar pada lewat abad ke-18 hingga pertengahan 1970-an. Pada 1950-an hingga 60-an, tebu meliputi lebih 20% eksport keseluruhan negara.[7]

KelapaSunting

Mengikut pada anggaran oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Filipina merupakan pengeluar kelapa terbesar dunia dengan pengeluaran sebanyak 19.5 juta tan pada 2015.[8] Penanaman kelapa biasanya tertumpu pada ladang bersaiz sederhana, dengan 3.5 juta hektar digunakan untuk penanaman kelapa, iaitu kira-kira suku dari jumlah tanah penanaman di Filipina.[9]

Serat abakaSunting

Filipina dikatakan menyumbang terhadap 87.5% pengeluaran serat abaka dunia, dengan pendapatan sebanyak AS$111.33 juta pada 2014. Kawasan Bicol merupakan pengeluar abaka terbesar Filipina, dengan pengeluaran sebanyak 27,85 tan metrik pada tahun tersebut.[10]

Buah-buahanSunting

Filipina merupakan pengeluar nanas ketiga terbesar dunia dengan pengeluaran lebih 2.4 juta tan metrik pada 2015.[11] Bersama China dan India, Filipina merupakan pengeluar-pengeluar pisang terbesar dunia, dengan kira-kira 9.165 juta tan metrik dihasilkan di Filipina, terutamanya di kawasan Mindanao dan Davao.[12] Mangga merupakan buah ketiga terbanyak dihasilkan di Filipina.[13]

JagungSunting

Pada 2012, kira-kira 2.594 juta hektar tanah Filipina digunakan untuk penanaman jagung dengan pengeluaran 7.408 juta tan metrik. Lebu kurang 600 ribu isi rumah terlibat dalam sektor penanaman jagung di Filipina.[14]

GetahSunting

Pengeluaran getah di Filipina ialah sebanyak 111,204 tan metrik pada 2013 dan memberi pekerjaan terhadap kira-kira 458 ribu buah keluarga.[15][16]

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ http://data.worldbank.org/indicator/SL.AGR.EMPL.ZS?locations=PH
  2. ^ a b "2009 Crop Production Statistics". FAO Stat. FAO Statistics. Dicapai pada 30 Mac 2011.
  3. ^ "Palay: Volume of Production by Cereal Type, Geolocation, Period and Year". CountrySTAT Database. Bureau of Agricultural Statistics. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2011. Dicapai pada 30 March 2011. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ "Philippine economy posts 7.1 percent GDP growth". National Accounts of the Philippines. National Statistical Coordination Board. Diarkib daripada yang asal pada 2011-04-15. Dicapai pada 30 Mac 2011. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ Master Plan For the Philippine Sugar Industry. Sugar Master Plan Foundation, Inc. 2010. m/s. 7.
  6. ^ Master Plan For the Philippine Sugar Industry. Sugar Master Plan Foundation, Inc. 2010. halaman 4–6.
  7. ^ "History". Dicapai pada 17 March 2015.
  8. ^ Food And Agriculture Organization of the United Nations:
    Economic And Social Department: The Statistical Division
    Diarkibkan 2015-09-06 di Wayback Machine
  9. ^ "Philippines to launch coconut cluster". Investvine.com. 2013-02-16. Dicapai pada 2013-02-22.
  10. ^ "PH biggest abaca exporter | Malaya Business Insight". Malaya Business Insight. 15 Jun 2015.
  11. ^ fao.org. "Food and Agricultural commodities production > Countries by commodity > Pineapples (2013)". Dicapai pada 12 July 2016.
  12. ^ "Banana". Diarkib daripada yang asal pada 1 Disember 2015. Dicapai pada 1 November 2018.
  13. ^ "Mango". Dicapai pada 17 Mac 2015.
  14. ^ ""Agri-Pinoy Corn Program", Republic of Philippines Department of Agriculture". da.gov.ph. Diarkib daripada yang asal pada 2014-01-22. Dicapai pada 2014-01-22. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  15. ^ "Rubber". Dicapai pada 17 March 2015.
  16. ^ "Food and Agricultural commodities production / Countries by commodity". Dicapai pada May 27, 2016.

Pautan luarSunting

Templat:Topik Filipina