Pertempuran Arginusae

Pertempuran Arginusae merupakan pertempuran laut dalam Perang Peloponnesos. Ia berlaku antara kepulauan Arginusae pada tahun 406 SM, dan komander Athens, Conon berjaya memusnahkan 70 dari 120 kapal Peloponnesos dan membunuh komander musuh, Callicratidas. Kemenangan Athen menjadi mahal apabila ribut yang melanda selepas pertempuran melemaskan ramai kelasi kapal Athen yang karam, lapan dari pegawai tinggi Athen dituduh lalai dalam tugas mereka dan dihukum bunuh atau dihalau, kehilangan yang memberi kesan dalam Pertempuran Aegospotami tahun berikutnya.