Pertempuran Breadfield

Pertempuran Breadfield (Hungary: Kenyérmezei csata, Romania: Bătălia de la Câmpul Pâinii, Turki: Ekmek Otlak Savaşı) merupakan konflik berdarah yang terjadi di Transylvania pada 13 Oktober 1479 di Breadfield Zsibód (Şibot) berhampiran Sungai Mureş.

Pertempuran Breadfield
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah–Hungary

Lukisan Pertempuran Breadfield.
Tarikh13 Oktober 1479
Lokasi
Breadfield (Kenyérmező), di Zsibód berhampiran Sungai Maros, Transylvania, Kerajaan Hungary
Keputusan Kemenangan muktamad Hungary[2]
Pihak yang terlibat

Kerajaan Hungary

Empayar Uthmaniyyah

Komandan dan pemimpin
Paul Kinizsi
Bartholomew Drágfi
Stephen V Báthory
Vuk Grgurević-Branković
Dmitar Jakšić
Basarab Laiotă cel Bătrân

Ali Koca Bey

Kekuatan
12-15,000 tentera (Hungary, Serbia, Saxon Transylvania, Wallachia, Székely dan Hungary Transylvania) Sekitar 30000 tentera terdiri daripada Akıncı, Spakh dan Asab serta Janissari
1000-2000 tentera dari Wallachia[1]
Kerugian dan korban
3,000 terkorban[perlu rujukan] 5,000-9,000 tentera Uthmaniyyah terkorban
1,000 tentera Wallachia terkorban[perlu rujukan]

Latar belakang sunting

Dengan kematian Skanderbeg, Venezia telah mengambi alih sebahagian besar kawasan perairan Balkan. Perkara ini merupakan rentetan daripada peristiwa Perang Uthmaniyyah-Venezia yang berlarutan dari tahun 1463 hingga 1479. Kesannya, Venezia menanggung kerugian yang tinggi dan dipaksa untuk memeterai Perjanjian Constantinople. Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menguasai kawasan Euboea, Lemnos dan sebahagian besar Albania. Konflik Uthmaniyyah dengan putera Moldavia, Stefan III telah mereda. Jadi, Uthmaniyah mula menumpukan sasarannya ke arah Kerajaan Hungary yang pada masa itu diperintah oleh Matthias I. Hungary boleh dikatakan sebagai salah satu kerajaan terkuat di Eropah sambil memiliki legenda Tentera Hitam yang mempertahankan kerajaan tersebut. Beberapa siri penyerbuan ke atas Transylvania dan Wallachia oleh Uthmaniyah telah dijalankan pada masa itu. Akhirnya, Matthias telah mengurniakan voivode Transylvania kepada Stefan V Báthory. Stefan memiliki jumlah tentera yang cukup menyamai tentera Uthmaniyah dalam Pertempuran Breadfield pada 13 Oktober 1479.

Pertempuran sunting

Tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Ali Koca Bey dan Putera Wallachia, Barasab IV mempunyai bilangan tentera antara 10,000 hingga 20,000 yang kebanyakannya terdiri daripada kavalri ringan atau digelar sebagai akinji. Sementara itu, Stefan V menjadi komander kepada 15,000 tentera yang terdiri daripada orang Hungary, Székely, Saxon Transylvania dan Serbia.

Kedua-dua pihak membahagikan pasukannya kepada tiga kumpulan. Pada awal pertempuran, pasukan sayap kanan dan pasukan tengah Uthmaniyah memberikan tentangan yang sengit terhadap pasukan musuh masing-masing. Situasi menjadi bertambah cemas bagi pasukan tentera Hungary apabila Stefan rebah daripada tunggangan kudanya dan hampir ditawan oleh musuh setelah salah seorang kesaterianya telah membantunya pada saat-saat genting.

Secara kebiasaannya, pemimpin Uthmaniyah akan berada di belakang pasukan tengah untuk memerhati keadaan medan pertempuran sepenuhnya. Namun dalam pertempuran ini, Ali Koca Bey menjadi komander untuk pasukan sayap kiri Uthmaniyah dan sedang bergelut menentang tentera musuh sekali gus menyukarkannya untuk merencanakan strategi dalam keadaan yang sukar. Jeneral Hungary yang terkenal iaitu Pál Kinizsi sedang memimpin pasukan sayap kanan Stefan. Beliau berjaya mengheret pasukan musuhnya dari tengah medan sebelum mengucar-ngacirkan saingannya dengan melancarkan serangan bertali arus. Pasukan kavalri beliau kemudian dikirim untuk menyerang pasukan tengah Uthmaniyah sebelum arahan berundur dibuat kepada seluruh pasukan Uthmaniyah.

Tentera Uthmaniyah telah kehilangan nyawa seramai 5,000 hingga 10,000 manakala tentera Hungary pula hanya kurang daripada 3,000 nyawa terkorban.

Catatan sunting

  1. ^ a b c Kármán & Kunčevic 2013, m/s. 266.
  2. ^ a b Battle of Breadfield (1479), 'Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia, Vol. 1, ed. Alexander Mikaberidze, (ABC-CLIO, 2011), 215.

Pautan luar sunting