Pertempuran Chaldiran

Koordinat: 39°05′19.87″N 44°19′37.19″E / 39.0888528°N 44.3269972°E / 39.0888528; 44.3269972

Pertempuran Chaldiran atau Chaldoran (Bahasa Parsi: چالدران‎, Bahasa Turki: Çaldıran) berlaku pada 23 Ogos 1514 dan berakhir dengan kemenangan untuk Empayar Uthmaniyyah ke atas Empayar Safavid dari Parsi. Akibatnya, Uthmaniyah mendapat penguasaan segera ke atas timur Anatolia dan utara Iraq. Pertempuran ini menandakan permulaan bagi 41 tahun peperangan yang menghancurkan kedua-dua empayar Islam yang hanya berakhir pada tahun 1555 dengan Perjanjian Amasya. Kesemua kehilangan Safavid bagi kawasan yang diduduki oleh penganut Syiah di Parsi, seperti Azerbaijan, Luristan dan Kirmanshah, adalah sementara yang kemudiannya dapat dirampas semula. Bagaimanapun, kehilangan Iraq, selain Kurdish dan Armenia di timur Anatolia, adalah kekal.

Pertempuran Chaldiran
Sebahagian daripada Perang Parsi-Uthmaniyyah
Chaldiran Battlefield Site in 2004.JPG
Tugu memperingati pertempuran di medan asal
Tarikh 23 Ogos, 1514
Lokasi Barat Laut Iran
Hasil Kemenangan muktamad Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
Fictitious Ottoman flag 2.svg Empayar Uthmaniyyah Flag of Persia (1502-1524).svg Empayar Safavid
Komander
Sultan Selim I Shah Ismail I
Kekuatan
60,000[1] 100,000[2] 212,000,[3] artillery and janissary musketeer[4]55,000 orang[5] 12,000 orang[3] 40,000 orang[4] 80,000[6]
Korban
Kurang dari 2,000 orang Kira-kira 5,000 orang[7]

Di Chaldiran, Uthmaniyah memiliki pasukan yang lebih besar dan lebih baik dengan jumlah antara 60,000 sehingga 200,000 orang, sementara pasukan Iran sekitar 40,000 orang. Shah Ismail I, yang cedera dan hampir ditawan dalam pertempuran ini, meninggalkan istana dan berundur daripada pentadbiran kerajaan[8] selepas isteri-isteri beliau ditawan oleh Selim I,[9] dengan sekurang-kurang seorang daripadanya mengahwini negarawan dari Uthmaniyah.[10] Pertempuran ini mempunyai kepentingan sejarah bukan hanya menolak idea bahawa Murshid daripada Syiah-Qizilbash tidak boleh runtuh,[11] tetapi juga memperincikan sempadan Uthmaniyah-Safavid dan menyebabkan para ketua Kurdi menukar persetiaan mereka daripada Safavid kepada Uthmaniyah.[12]

RujukanSunting

  1. ^ Keegan & Wheatcroft, Who's Who in Military History, Routledge, 1996. hlmn. 268 "In 1515 Selim marched east with some 60,000 men; a proportion of these were skilled Janissaries, certainly the best infantry in Asia, and the sipahis, equally well-trained and disciplined cavalry. [...] The Azerbaijanian army, under Shah Ismail, was almost entirely composed of Turcoman tribal levies, a courageous but ill-disciplined cavalry army. Slightly inferior in numbers to the Turks, their charges broke against the Janissaries, who had taken up fixed positions behind rudimentary field works."
  2. ^ Encyclopedia of the Ottoman Empire, Gábor Ágoston,Bruce Alan Masters, halaman 286, 2009
  3. ^ a b Ghulam Sarwar, "History of Shah Isma'il Safawi", AMS, New York, 1975, hlmn. 79
  4. ^ a b Roger M. Savory, Iran under the Safavids, Cambridge, 1980, hlmn. 41
  5. ^ Keegan & Wheatcroft, Who's Who in Military History, Routledge, 1996. hlmn. 268
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ottoman Empire halaman 286 tidak disediakan
  7. ^ Serefname II s. 158
  8. ^ An Introduction to Shiʻi Islam: The History and Doctrines of Twelver Shiʻism, oleh Moojan Momen, hlmn. 107
  9. ^ The Cambridge history of Iran, oleh William Bayne Fisher, Peter Jackson, Laurence Lockhart, hlmn.224
  10. ^ The imperial harem: women and sovereignty in the Ottoman Empire, oleh Leslie P. Peirce, hlmn. 37
  11. ^ The Cambridge history of Iran, oleh William Bayne Fisher, Peter Jackson, Laurence Lockhart, hlmn. 359
  12. ^ The Islamic world in ascendancy: from the Arab conquests to the siege of Vienna, oleh Martin Sicker, hlmn. 197