Pertempuran Englefield

Pertempuran Englefield merupakan sebuah pertempuran yang berlaku pada 31 Disember 870 di Englefield, berdekatan Reading yang kini berada dalam kaunti Berkshire, England. Ia merupakan salah satu dari siri-siri pertempuran yang terjadi berikutan dengan serbuan ke atas kerajaan beraja Wessex oleh sebuah pasukan tentera Danes, di mana pihak Danes telah membina sebuah kem di Reading. Kedua-dua pertempuran dan kempen telah diperincikan di dalam Kisah Anglo-Saxon.[1][2][3]

Pertempuran Englefield
Sebahagian daripada serangan Viking ke atas England
Tarikh31 Disember 870
Lokasi
Keputusan Kemenangan Saxon Barat
Pihak yang terlibat
Saxon Barat Danelaw Viking
Komandan dan pemimpin
Æthelwulf dari Berkshire Sidrac dan Earl lain
Satu muka surat dalam Kisah Anglo-Saxon menceritakan berkenaan pertempuran di Englefield.

Tiga hari selepas ketibaan mereka di Reading, sebuah pasukan Danes, yang dipimpin oleh dua orang earl, mara ke arah Englefield. Di sini Æthelwulf, seorang Ealdorman shire, telah mengumpulkan satu pasukan tentera dan menunggu pasukan Danes. Di dalam Pertempuran Englefield, ramai individu Danes – termasuk seorang dari earl mereka yang bernama Sidrac – telah terbunuh, manakala selebihnya telah diundurkan kembali ke Reading.[1][2]

Kemenangan pihak Saxon di Englefield tidak bertahan lama. Empat hari kemudian, pasukan utama tentera Saxon yang diketuai oleh Raja Ethelred dan saudara lelaki beliau, Alfred si Agung telah menyerang kem utara Danes di Reading dan dikalahkan dengan teruk. Ia dikenali sebagai Pertempuran Reading Pertama. Antara yang terbunuh adalah Æthelwulf. Pertempuran selanjutnya berlangsung, termasuk Pertempuran Ashdown, apabila Alfred memimpin pasukan tentera Saxon untuk mendapat kemenangan, dan Pertempuran Basing, apabila Danes berjaya menangkis serangan dan mendapat kemenangan. Pada bulan April 871, Ethelred meninggal dunia, dan digantikan oleh Alfred. Kebanyakan tempoh 28 tahun pemerintahan Raja Alfred dipenuhi konflik dengan Danes.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Phillips, Daphne (1980). The Story of Reading. Countryside Books. m/s. 14–15. ISBN 0-905392-07-8.
  2. ^ a b Ford, David Nash. "Viking invasion of Reading". Royal Berkshire History. Nash Ford Publishing. Dicapai pada 2009-05-26.
  3. ^ "Historical Events for Year 870". HistoryOrb.com. Dicapai pada 2009-05-26.

Pautan luar sunting

Koordinat: 51°26′38″N 1°06′00″W / 51.444°N 1.100°W / 51.444; -1.100