Pertempuran Kaherah

Pertempuran Kaherah
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah-Mamluk (1516–1517)
TarikhJanuari-Februari 1517
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Uthmaniyyah

Pihak yang terlibat
Empayar Uthmaniyyah Kesultanan Mamluk
Komandan dan pemimpin
Sultan Selim I Sultan Tuman Bay II
Kekuatan
Tidak diketahui 10,000
Kerugian dan korban
Tidak diketahui

Jumlah angka korban tidak diketahui

Pertempuran Kaherah merujuk kepada pertempuran antara Empayar Uthmaniyyah dan Kesultanan Mamluk di Mesir pada tahun 1517.

Pertempuran sunting

Pasukan hadapan Uthmaniyah memasuki kota Kaherah tanpa sebarang halangan namun ia sebenarnya ialah satu perangkap. Pada 26 Januari, pasukan Tuman Bay memasuki kota dan menghancurkan pasukan Uthmaniyah yang berada di dalam kota dengan kadar yang pantas. Sultan Selim yang tahu akan keadaan ini menghantar pasukan janissarinya untuk merebut kembali kota pada 27 Januari. Penduduk kota bergabung dengan Tuman Bay dan pertempuran berlangsung dan berlanjutan sehingga 3 Februari. Semasa Uthmaniyah mengambil alih kota Kaherah, dikatakan bahawa puluhan ribu penduduk Kaherah telah terbunuh dan kebanyakannya ialah terdiri daripada bangsawan Mamluk.

Kesan sunting

Tuman Bay terus melancarkan pemberontakannya ke atas pemerintahan Empayar Uthmaniyyah selama beberapa bulan. Beliau akhirnya telah ditangkap dan dihukum mati pada bulan Mac. Empayar Uthmaniyah telah berjaya menguasai Syam dan Mesir. Dalam jangka masa tiga tahun, Sultan Selim telah menggandakan wilayah kerajaan Uthmaniyah. Kemudian, Uthmaniyah mengalihkan perhatian dan tumpuan ke atas penaklukan Eropah pula.

Catatan sunting

  1. ^ Иванов Н. А. 1984.
  2. ^ Петросян 2013.