Pertempuran Karbala

Pertempuran Karbala
Battlefield.jpg
Tarikh10 Oktober 680
Lokasi
Keputusan Kemenangan Umayyah
Pihak yang terlibat
Umayyah Bani Hashim
Komandan dan pemimpin
Umar bin Saad Hussein bin Ali
Kekuatan
4,000 - 4,500 72
Kerugian dan korban
tidak diketahui 72


Pertempuran Karbala terjadi pada 10 Muharram, 61 H (10 Oktober, 680) di Karbala, di Iraq masa kini. Pertempuran ini berlaku antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Ketika itu ramai ahli keluarga Nabi Muhammad terbunuh kerana menjadi penyokong dan pengikut setia Husain bin Ali. Yazid bin Muawiyah atau Yazid I adalah dari Dinasti Umaiyah.

Seramai 72 orang, tua dan muda menyertai rombongan Hussein bin Ali ke Kufah dan kesemuanya terbunuh dalam satu pengepungan. Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap. Tentera Yazid pula seramai 30,000 orang di bawah pimpinan Umar bin Saad. Lebih 88 tentera Yazid terbunuh dalam pertempuran selama 3 hari itu.

Lokasi pertempuran ialah di sebuah gurun berhampiran Sungai Furat.

Husain bin Ali ialah cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w. Pertempuran ini dianggap oleh orang Syiah sebagai titik pemisah antara pengikut sebenar Allah dengan yang tidak. Pertempuran ini dianggap antara titik perpisahan antara Syiah dan Sunnah.

Pertempuran ini dikenang setiap tahun oleh orang Islam Syiah dan sebahagian oleh orang Islam Sunnah. Hari tersebut dikenali sebagai Hari Asyura, iaitu pada hari ke-10 setiap bulan Muharam. Di Malaysia dan banyak tempat di dunia, bubur asyura dimasak dan dijamu kepada orang ramai.

Latar belakangSunting

Selepas Khalifah Usman Affan dibunuh dalam satu pemberontakan, Ali bin Abu Talib dilantik sebagai Khalifah. Tetapi dasar-dasar Ali tidak disenangi ramai pihak terutamanya oleh Muawiyah bin Abu Suffian (Muawiyah 1). Ekoran itu terjadi 3 pertempuran yang dikenali sebagai Perang Unta, Perang Siffin dan Pertempuran Nahrawan.

Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah telah mengambil keputusan membunuh Khalifah Ali dan Muawiyah sebagai jalan penyelesaian. Tetapi Muawiyah sempat melarikan diri dan terselamat. Akhirnya Muawiyah menjadi khalifah. Khalifah Muawiyah menjadi khalifah pertama dalam Dinasti Umaiyah.

Selepas itu, Hasan bin Ali mula mengumpul penyokong dan ketenteraan bagi menentang Muawiyah. Hasan setuju berdamai selepas perjanjian dengan Muawiyah, bahawa Hasan akan dilantik sebagai khalifah selepas kematian Muawiyah.

Bagaimanapun Muawiyah cuba menaikkan anaknya Yazid sebagai khalifah seterusnya. Muawiyah mahu semua penyokongnya melantik Yazid selepas kematiannnya.

Sebaik sahaja Muawiyah meninggal dunia, sebahagian sahabat seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair termasuk Hussein bin Ali menolak Yazid sebagai khalifah yang baru.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Kennedy, Hugh -- The Armies of the Caliphs: Military and Society in the Early Islamic State, Routledge, 2001

Pautan luarSunting

Pautan Shi'aSunting