Pertempuran Lovcha

Pertempuran Lovcha, atau Loftcha (sekarang Lovech), merupakan sebuah pertempuran yang berlaku pada Perang Rusia-Turki (1877–1878) dan semasa Pengepungan Pleven. Tentera Rusia berjaya menduduki Lovcha, dan berjaya mempertahankan Pleven daripada Tentera Uthmaniyah.

Pertempuran Lovcha
Sebahagian daripada the Perang Rusia-Turki (1877–1878)
Alexander Imeretinsky.jpg
General Alexander Imerentinsky
Tarikh1 - 2 September 1877
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rusia
Pihak yang terlibat
 Empayar Rusia  Empayar Uthmaniyah
Komandan dan pemimpin
Alexander Imerentinsky
Mikhail Skobelev
Vladimir Dobrowolski
Osman Nuri Pasha
Rifat Pasha
Kekuatan
22,703 8,000
Kerugian dan korban
371 terbunuh, 1,145 cedera 2,200 terbunuh dan tercedera

Pada Julai 1877, semasa bermulanya Pengepungan Pleven, komander garrison, Osman Nuri Pasha, beliau bersama 15 pasukannya telah pulang dari Sofia, Bulgaria. Dan beliau ke Lovcha dan Pleven untuk menduduki bandar di sana.

Setelah mengetahui tentera Uthmaniyyyah berada di sana, Tentera Rusia yang mempunyai 10,000 tentera telah memberitahu hal itu kepada Jeneral Alexander Imerentisky telah menghantar 22,073 tentera ke Lovcha.

Pada 1 September, Jeneral Alexander Imerentisky, Mikhail Skobelev dan Vladimir Dobrowolski memasuki Lovcha dan menyerang bandar tersebut. Pertempuran berlaku lagi 2 hari selepas itu. Osman keluar dari bandar Plevna dan ke Lovcha, tetapi pada 3 September, sebelum Osman ke bandar tersebut, bandar tersebut telah diduduki oleh Tentera Rusia. Selepas kejatuhan Lovcha, Osman berundur balik ke Pleven dan melindungi dirinya di sana.

RujukanSunting