Pertempuran Lugdunum

Pertempuran Lugdunum, juga dikenali sebagai Pertempuran Lyon, terjadi pada 19 Februari 197 di Lugdunum (kini Lyon, Perancis), antara tentera Maharaja Rom Septimius Severus dan Perampas Roman Clodius Albinus. Severus akhirnya mencapai kemenangan yang menjadikan beliau sebagai maharaja tunggal Empayar Rom.

Pertempuran Lugdunum
Tarikh19 Februari 197
Lokasi
Lugdunum (kini Lyon)
Keputusan Kemenangan Severus
Pihak yang terlibat
Legion Rom dari Pannonia, Illyricum, Moesia dan Dacia Legion Rom dari Britannia dan Hispania
Komandan dan pemimpin
Septimius Severus Clodius Albinus
Kekuatan
55,000-75,000 orang 55,000-75,000 orang
Kerugian dan korban
Tidak diketahui tetapi parah Tidak diketahui tetapi parah

Pertempuran ini dikatakan ialah yang terbesar, paling sengit dan berdarah daripada kesemua pertelingkahan antara pasukan tentera Rom. Ahli sejarah Cassius Dio meletakkan jumlah yang terlibat seramai 300,000, atau 150,000 di kedua-dua belah pihak. Angka ini dipertikaikan, kerana jumlahnya ialah kira-kira tiga suku daripada jumlah keseluruhan askar di seluruh Empayar Rom pada waktu itu. Walau bagaimanapun, ia diterima ramai jumlah tentera dan anggota sokongan melebihi 100,000, orang dan mungkin menghampiri angka 150,000 sepertimana yang diberikan oleh Dio.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting