Pertempuran Midway


Pertempuran Midway merupakan salah satu pertempuran laut yang paling penting di kancah Perang Pasifik semasa Perang Dunia II. Pertempuran ini berlaku dari 4 Jun hingga 7 Jun 1942, kira-kira sebulan selepas Pertempuran Laut Karang, hampir lima bulan selepas penaklukan Jepun terhadap Kepulauan Wake, dan enam bulan selepas serangan Empayar Jepun terhadap Pearl Harbor yang memulakan peperangan rasmi antara Amerika Syarikat dengan Jepun. Semasa pertempuran ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengalahkan serangan Jepun terhadap Atol Midway (terletak di barat laut Kepulauan Hawaii) dan memusnahkan empat kapal induk Jepun dan penjajap berat berbanding sebuah kapal induk dan kapal pemusnah di pihaknya.

Pertempuran Midway
Sebahagian daripada Pentas Pasifik Perang Dunia II
Pengebom SBD menghampiri Mikuma (tengah)
Pengebom junam Douglas SBD Dauntless milik AS
Tarikh4 Jun7 Jun 1942
Lokasi
berhampiran Atol Midway
Keputusan Kemenangan muktamad Amerika
Pihak yang terlibat
Amerika Syarikat Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
Chester Nimitz
Frank J. Fletcher
Raymond A. Spruance
Isoroku Yamamoto
Chuichi Nagumo
Tamon Yamaguchi
Kekuatan
3 kapal induk,
~50 kapal sokongan,
233 pesawat kapal,
127 pesawat darat
4 kapal induk,
7 kapal tempur,
~150 kapal sokongan,
248 pesawat kapal,
16 pesawat apungan
Kerugian dan korban
1 kapal induk,
1 kapal pembinasa,
98 pesawat,
307 terkorban
4 kapal induk,
1 kapal kruiser,
228 pesawat,[1]
3,057 terkorban

Pertempuran ini merupakan kekalahan hebat bagi Jepun dan dianggap secara umum sebagai pertempuran laut paling penting dalam Perang Dunia II. Pertempuran ini melemahkan tentera laut Jepun secara kekal, terutamanya dengan kehilangan lebih 200 juruterbang tentera laut [2]. Kekuatan industri Amerika membolehkannya menggantikan kapal-kapalnya yang musnah dengan segera, namun Jepun tidak mampu berbuat demikian. Secara strategik, tentera laut A.S. berjaya merampas penguasaan di Pasifik dan membolehkannya mengambil tindakan menyerang.

Rancangan serangan Jepun adalah mengumpan kapal induk Amerika yang masih terselamat ke dalam perangkap dan menenggelamkannya [3]. Tentera Jepun turut berniat untuk menduduki Atol Midway bagi melanjutkan barisan pertahanan Jepun lebih jauh dari kepulauan tanah airnya. Operasi ini dianggap persediaan bagi serangan lanjut terhadap Fiji dan Samoa, serta penjajahan Hawaii [4] .

Sekiranya tentera Jepun menguasai Midway, ia akan kekal gah di Pasifik sehingga sekurang-kurangnya 1943, dan melemahkan A.S. Jepun berharap untuk memaksa A.S. berunding untuk penamatan Perang Pasifik dengan syarat yang menguntungkan terhadap Jepun [5]. Operasi ini, seperti serangan terhadap Pearl Harbor, bukan merupakan kempen untuk menakluk Amerika Syarikat, cuma untuk mendapat kuasa strategik Pasifik, dan memudahkannya menubuhkan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya (Greater East Asia Co-Prosperity Sphere)

Konteks strategik sunting

Jepun amat berjaya bagi mencapai matlamat awal perangnya, termasuk melumpuhkan Filipina, menawan Malaya dan Singapura, dan mengawal kawasan sumber penting di pulau Jawa, Borneo, dan pulau lain di Indonesia (ketika itu Indies Belanda Timur (Dutch East Indies). Dengan itu, perancangan awal bagi fasa kedua bermula sejak awal Januari 1942. Bagaimanapun, disebabkan kerana perbezaan strategi antara Tentera Imperial Jepun dan Tentera laut Imperial Jepun, dan juga pertelingkahan dalaman antara Ibu Pejabat Jeneral Imperial tentera laut dan Armada Gabungan Laksamana Yamamoto, pembentukan strategi efektif tergangu, dan strategi berikut tidak dilengkapkan sehingga April 1942.[6] Laksamana Yamamoto berjaya memenangi pergelutan birokrat bagi meletakkan konsep operasinya — operasi lanjut di Pasifik Tengah — terkehadapan dengan rancangan saingan yang lain. Ini termasuk operasi samaada secara langsung atau tidak langsung disasarkan kepada Australia, dan juga Lautan India. Pada akhirnya, ancaman hampir tidak tersembunyi Yamamoto untuk berhenti kecuali mengikut caranya berjaya mendapatkan agendanya kehadapan.[7]

Matlamat strategik utama Yamamoto adalah penyingkiran pasukan kapal induk Amerika Syarikat. Matlamat ini dipertingkatkan oleh Serangan Doolittle terhadap Tokyo (18 April 1942) oleh Tentera Udara Tentera Amerika Syarikat (United States Army Air Forces - USAAF) B-25s dilancarkan dari kapal induk Hornet. Serangan tersebut, secara ketenteraan tidak penting, merupakan operasi was a severe psychological shock kepada pihak Jepun, dan membuktikan kewujudan bukaan pada pertahanan mengelilingi kepulauan induk Jepun.[8] Menengelamkan kapal induk Amerika dan menawan Midway, satu-satunya pulau strategik selain Hawaii di Timur Pasifik, dilihat sebagai satu-satunya cara menghapuskan ancaman ini. Yamamoto memutuskan bahawa operasi terhadap pengkalan kapal induk di Pearl Harbor akan memaksa pasukan Amerika Syarikat untuk berjuang. Bagaimanapun, memandangkan kekuatan kuasa udara Amerika berpengkalan di darat di Hawaii, dia merasakan bahawa pengkalan Amerika yang kuat itu tidak dapat diserang secara langsung.[9] Sebaliknya, dia memilih kepulauan cecincin Midway, dihujung barat laut rantaian Kepulauan Hawaii, hampir 1300 batu (2100 km) dari Oahu. Midway itu sendiri tidak begitu penting dalam skim besar matlamat Jepun; bagaimanapun; pihak Jepun merasakan bahawa Amerika akan menganggap Midway sebagai pos luar penting bagi Pearl Harbor dan dengan itu akan mempertahankannya dengan kuat.[10] (Kepentingannya dalam pertempuran kapal selam tidak sepatutnya dilupakan.)

Rancangan sunting

 
Gambar Pulau Cecincin Midway, diambil beberapa bulan sebelum pertempuran.

Sudah menjadi kebiasaan bagi rancangan tentera laut Jepun semasa Perang Dunia II, terutama rancangan pertempuran Laksamana Isoroku Yamamoto, agak rumit.[11] Tambahan lagi, rancangannya diramalkan berasaskan maklumat risikan optimistik yang menjangka bahawa Enterprise dan Hornet, membentuk Pasukan Tugas 16, merupakan kapal induk yang tinggal bagi pasukan Pasifik Amerika Syarikat pada masa itu. Lexington telah ditenggelamkan dan Yorktown mengalami kerosakan teruk dan dipercayai ditenggelamkan dalam pertempuran Laut Karang (Battle of the Coral Sea) hanya sebulan lalu. Sama juga, pihak Jepun menyedari bahawa Saratoga sedang menjalani baik-pulih di Pantai Barat selepas mengalami kerosakan torpedo dari kapal selam. Dengan itu, pihak Jepun percaya bahawa mereka berhadapan dengan dua Armada kapal induk pada titik pertembungan.

Pertempuran penentu Yamamoto sunting

Lebih penting lagi adalah kepercayaan Yamamoto bahawa moral pihak Amerika telah menurun akibat sering kalah dalam enam bulan sebelumnya. Yamamoto merasakan penipuan diperlukan bagi menarik Armada U.S. pada keadaan yang membawa penentu.[12] Untuk mencapai ini, dia menyelerakkan pasukannya agar kekuatannya (terutama kapal tempurnya tidak mungkin disedari oleh pihak Amerika sebelum pertempuran. Malangnya bagi pihak Jepun, penekanan mereka terhadap halimunan dan penyelerakkan bererti tidak ada formasi mereka yang saling menyokong. Lebih kritikal lagi kumpulan utama kapal tempur dan kruiser sokongan Yamamoto akan mengekori pasukan penyerang kapal induk Laksamana-Muda Chuichi Nagumo sejauh beberapa ratus batu. Pasukan permukaan berat Jepun bertujuan bagi memusnahkan mana-mana bahagian Armada U.S. yang mungkin datang bagi membantu Midway, apabila kapal induk Nagumo telah cukup melemahkan mereka untuk membolehkan pertempuran meriam pada waktu siang.[13] Bagaimanapun, jarak mereka dari kapal induk Nagumo mempunyai implikasi malang semasa pertempuran, disebabkan kebanyakan kapal tempur mampu memberikan perlindungan anti-kapal terbang yang bernilai dan bukannya disimpan bagi pertempuran laut yang tidak berlaku. Tambahan lagi, kapal tempur ini diiringi oleh kruiser, yang memiliki kapal terbang peninjau yang amat bernilai bagi Nagumo.[14]

Pengumpanan Aleut sunting

Begitu juga, operasi Jepun mensasarkan Kepulauan Aleut (Operasi AL) mengalih lebih banyak kapal daripada pasukan yang akan menyerang Midway. Bagaimanapun, sebelum ini pakar sejarah pertempuran ini sering menganggap bahawa operasi Aleut sebagai satu pengumpanan bagi menarik pasukan Amerika kearah utara, penyelidikan pertempuran ini kini menunjukkan Operasi AL bukannya sebegitu. Malah, menurut pelan pertempuran asal Jepun, AL dirancang untuk dilancarkan serentak dengan MI itu sendiri.[15] Bagaimanapun, kelewatan 1-hari pelayaran pasukan petugas Nagumo memberi kesan memulakan Operasi AL sehari sebelum sejawatnya.[16] Walaubagaimanapun, Operasi AL merupakan salah pengiraan penggunaan aset penyerangan yang boleh digunakan dengan lebih baik di Pasifik tengah.

Pasukan tentera sunting

Sebelum pertempuran sunting

Pasukan Amerika Syarikat sunting

 
USS Yorktown di Pearl Harbor beberapa hari sebelum pertempuran.

Untuk bertempur dengan pasukan musuh yang dijangka terdiri daripada 4-5 kapal induk, Nimitz memerlukan kesemua dek penerbangan U.S.. Dia sudahpun memiliki dua pasukan petugas Timbalan Laksamana William Halsey ditangan — tetapi Halsey sendiri mengalami psoriasis, dan perlu digantikan dengan Laksamana Muda Raymond A. Spruance (komander pengiring Halsey).[17] Nimitz turut memanggil kembali pasukan petugas Laksamana Muda Frank Jack Fletcher dari Kawasan Pasifik Barat Daya. Mereka tiba di Pearl Harbor tepat pada masa bagi mengisi bekalan dan keluar berjuang. Saratoga masih sedang diperbaiki dan Yorktown sendiri telah rosak teruk semasa Pertempuran Laut Karangan (Battle of the Coral Sea), tetapi Limbungan Tentera laut Pearl Harbor bekerja penuh masa bagi memperbaiki kapal induk tersebut. Sungguhpun dijangkakan beberapa bulan kerja pembaikpulih di Limbungan Kapal Tentera laut Puget Sound diperlukan bagi Yorktown, 72 jam telah mencukupi bagi memulih Yorktown sebagi kapal induk boleh tempur (sungguhpun struktur masih lemah).[18] Dek penerbangannya ditampal, sekeluruhan tiang dalaman dipotong dan digantikan, dan beberapa skuarden baru (di ambil dari kapal induk Saratoga) diletakkan di atasnya. Laksamana Nimitz menunjukkan sifat tidak mengendahkan prosedur yang ditetapkan bagi menyiapkan kapal induk yang ketiga dan yang terakhir bagi pertempuran — kerja pebaikpulihan masih berterusan sungguhpun Yorktown keluar berjuang, dengan krew kerja dari kapal pembaik pulih Vestal, ia sendiri masih rosak akibat serangan terhadap Pearl Harbor enam bulan dahulu, masih di atas kapal. Hanya tiga hari selepas memasuki limbungan kering di Pearl Harbor, kapal itu kembali berlayar sendiri, dengan pancaragam kapal memainkan lagu "California, Here I Come"[19]

Pasukan Jepun sunting

 
Akagi pada April 1942, kapal pemerintah pasukan penyerang kapal induk Jepun bagi serangan Pearl Harbor, dan juga Darwin, Rabaul, dan Colombo sebelum Pertempuran Midway.

Sementara itu, akibat pembabitan mereka dalam pertempuran Laut Karang, kapal induk Jepun Zuikaku berada di pelabuhan di Kure (berhampiran Hiroshima), menunggu bagi kumpulan udara tiba bagi menggantikan kapal terbangnya yang musnah. Shōkaku yang rosak teruk sedang menunggu pembaikian lanjut; ia telah mengalami tiga hentaman bom di Laut Karang dan memerlukan pembaiki beberapa bulan di limbungan kering. Sungguhpun jumlah kapal terbang yang ada antara kedua kapal induk bagi melengkapi Zuikaku dengan kumpulan udara gabungan, pihak Jepun tidak membuat cubaan serius bagi menyiapkannya bagi pertempuran yang akan menjelang.[20] Akibatnya, Laksamana Nagumo kini hanya memiliki empat, dan bukannya lima kapal induk lengkap untuk bertempur: Kaga, dengan Akagi, membentuk Division 1; Hiryū dan Sōryū, sebagai Division ke 2. Sebahagian dari ini disebabkan oleh kelesuan; kapal induk Jepun telah beroperasi secara berterusan semenjak 7 Disember 1941, termasuk serangan kecil-kecilan (pinprick raids ) ke atas Darwin dan Colombo.

Aturan peninjauan strategik Jepun bagi pertempuran ini turut kucar-kacir. Baris peninjau (piket) kapal selam Jepun lambat sampai pada kedudukan masing-masing (sebahagiannya kerana Yamamoto terburu-buru), yang membenarkan kapal induk Amerika bergerak kepada kedudukan timur laut Midway (dikenali sebagai "Titik Nasib" (Point Luck") tanpa dikesan.[21] Cubaan kedua bagi menggunakan kapal terbang laut peninjau empat enjin untuk meninjau Pearl Harbor sebelum pertempuran (dan dengan itu mengesan ketiadaan atau kehadiran kapal induk Amerika), dikenali sebagai "Operasi K" , juga terhalang apabila kapal selam Jepun yang ditugaskan bagi mengisi minyak kapal terbang peninjau mendapati bahawa titik pengisian minyak - sebelum ini teluk terpencil di Beting Friget Perancis (French Frigate Shoals) — telah diduduki oleh kapal perang Amerika (kerana pihak Jepun telah melakukan misi yang sama pada bulan March).[22] Dengan itu, pihak Jepun tiada sebarang pengetahuan mengenai pergerakan kapal induk Amerika sejurus sebelum pertempuran. Pemintas radio Jepun turut menyedari peningkatan dalam aktiviti trafik perutusan kapal selam Amerika dan pasukan U.S.. Maklumat ini ada pada tangan Yamamoto sebelum pertempuran. Bagaimanapun, rancangan operasi Jepun tetap tidak ditukar.[23]

pemecahan kod oleh Amerika sunting

Laksamana Nimitz mempunyai satu aset beharga: U.S. cryptanalysts telah memecahkan kod tentera laut Tentera laut Jepun. Komander Joseph Rochefort dan pasukannya di HYPO bukan sahaja mampu mengesahkan Midway adalah sasaran serangan Jepun yang pasti, tetapi turut membekalkan Nimitz dengan kedudukan pertempuran lengkap IJN. (Usaha Jepun bagi memperkenalkan buku kod baru terlewat, membenarkan HYPO beberapa hari penting; mereka dibuta tidak lama sebelum serangan bermula.[24]) Akibatnya, pihak Amerika memasuki medan pertempuran dengan gambaran jelas mengenai di mana, bila dan apa kekuatan Jepun yang mereka hadapi. Nimitz menyedari, sebagai contoh, bahawa kelebihan jumlah yang lebih dipihak armada Jepun telah dibahagi kepada sekurang-kurangnya empat pasukan kerja, dan pengiring bagi Pasukan Serangan Kapal Induk utama terhad kepada hanya beberapa kapal pantas. Bagi sebab ini, mereka mengetahui bahawa senjata anti-pesawat melindungi kapal induk akan terhad. Selain mengetahui kekuatan yang dia hadapi, Nimitz menganggarkan tiga dek kapal induk, dicampur Midway, berbanding empat kapal induk Yamamoto memberikan anggaran keseimbangan. Pihak Jepun pula hampir tidak mengetahui mengenai lawan mereka walaupun selepas pertempuran bermula.[25]


Pertempuran sunting

Serangan awal udara sunting

Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo melancarkan gelombang serangan awalnya sebanyak 108 kapal terbang pada 04:30 4 Jun. Pada masa yang sama, dia melancarkan tujuh kapal terbang peninjau (satu darinya dilancarkan lewat 30 minit), termasuk pejuang peronda udara tempur (combat air patrol) (CAP). Disebabkan kedudukan Yamamoto, aturan peninjau Jepun agak lemah, dengan terlalu sedikit kapal terbang untuk mengawasi kawasan yang ditugaskan dengan mencukupi, dan terpaksa melawan cuaca buruk disebelah timur laut dan timur pasukan petugas.[26]

Pada 06:20, kapal terbang dari kapal induk Jepun mengebom dan merosakkan dengan teruk pegkalan U.S. di Midway. Juruterbang pejuang Marine berpengkalan di Midway, menerbangkan F4F Wildcat Grumman lusuh dan Brewster F2As lapuk, mempertahankan Midway dan mengalami kerugian teruk. Tembakan anti-pesawat Amerika amat tepat dan kuat, merosakkan kebanyakan pesawat Jepun.[27] Misi Jepun menyedari bahawa kapal terbang penyerang pulau tersebut sudahpun berlepas. Ketua penyerang Jepun memberi isyarat kepada Nagumo bahawa satu lagi misi diperlukan bagi meneuteralkan pertahanan pulau sebelum tentera dapat mendarat pada 7 haribulan.[28]

Setelah berlepas sebelum serangan Jepun, kapal terbang pengebom Amerika yang berpengkalan di Midway melakukan beberapa serangan terhadap armada kapal induk Jepun. Ini termasuk enam TBF Avenger dalam operasi tempur pertama mereka, dan empat B-26 Marauder (bersenjatakan torpedo). Pihak Jepun menangkis serangan ini dengan kerugian kecil, sementara memusnahkan keseluruhan kecuali tiga pengebom Amerika.[29]

 
Hiryu sedang diserang B-17.

Laksamana Nagumo, menurut doktrin kapal induk Jepun masa itu, mengekalkan separuh pesawatnya sebagai simpanan. Ini terdiri daripada dua skuarden pengebom junam dan pengebom torpedo. Yang kedua dilengkapi dengan torpedoes bagi serangan anti kapal, sekiranya sebarang kapal perang Amerika dijumpai. Pengebom junam pula, belum lagi, bersenjata.[30] Akibat serangan ke atas Midway, dan juga cadangan ketua penerbangan pagi berkenaan perlunya serangan kedua, Nagumo pada 07:15 memerintah kapal terbang simpanannya dilengkapi semula denga bom sentuh kegunaan umum bagi kegunaan sasaran darat. Ini sedang berlangsung selama 30 minit, apabila pada 07:40 kapal terbang peninjau dari penjajap Tone memberi isyarat menjumpai sejumlah besar pasukan tentera laut Amerika di timur. Nagumo dengan pantas menukar perintahnya, dan meminta kapal terbang peninjau untuk memastikan kandungan pasukan Amerika.[31]


Nagumo kini dalam dilema. Laksamana Muda Tamon Yamaguchi, mengetuai Division Kapal Induk 2 (Hiryū dan Sōryū), mencadangkan Nagumo menyerang serta merta dengan pasukan yang tersedia. Nagumo mempunyai peluang untuk melancarkan sebahagian atau kesemua pasukan simpanannya terhadap kapal-kapal Amerika,[32] tetapi terpaksa bertindak dengan pantas kerana pasukan penyerang Midway nya akan kembali sebentar lagi. Mereka akan kekurangan bahan api, dan membawa anggota yang tercedera, dan perlu mendarat dengan pantas. Menyediakan dek penerbangan dan melancarkan kapal terbang akan memerlukan sekurang-kurangnya 30–45 minit bagi cilakukan.[33] Tambahan lagi, dengan menyedia dan melancarkan serta merta, dia akan meletakkan sebahagian simpanan untuk bertempur tanpa persenjataan anti kapal yang sempurna. Doktrin kapal induk Jepun cenderung serangan dilengkapi sepenuhnya, dan tanpa pengesahan samaada pasukan Amerika mengandungi kapal induk, tindak balas Nagumo berhati-hati.[34] Tambahanlagi, ketibaan pasti satu lagi pasukan serangan udara Amerika pada 07:53 memberi kepentingan bagi perlunya menyerang Midway sekali lagi. Akhirnya, Nagumo memilih untuk menunggu pasukan penyerang pertamanya mendarat, dan kemudian melancarkan pasukan penyerang simpanan (yang ketika itu akan dilengkapi dengan sempurna).[35]

Serangan terhadap armada Jepun sunting

 
VT-6 TBDs on the USS Enterprise during the Battle of Midway.


Sementara itu, pihak Amerika sudahpun melancarkan kapal terbang dari kapal induk mereka terhadap pihak Jepun. Laksamana Fletcher, pemerintah keseluruhan di atas Yorktown, dan dilengkapi dengan lapuran risikan PBY dari awal pagi, memerintah Spruance untuk melancarkan serangan terhadap Jepun sebaik sahaja bersedia. Dengan dorongan Kapten Miles Browning Ketua Staff bagi Halsey, Spruance mula melancarkan pesawat dari kapal induknya Enterprise dan Hornet pada 07:00. Fletcher, setelah menyempurnakan penerbangan peninjauannya, turut sama pada pukul 08:00 dari Yorktown.[36] Bagaimanapun, operasi dek terbang Amerika tidak secekap musuh mereka pada masa ini dalam peperangan, dan skuarden Amerika dilancarkan secara berdikit, mara kepada sasaran dalam beberapa kumpulan berlainan. Ini mengurangkan kesan keseluruhan serangan Amerika, dan meningkat dengan banyaknya kerugian, sungguhpun ini mempunyai kesan memisahkan pertahanan Jepun kemudiannya.

Kapal terbang kapal induk Amerika mula menyerang kapal induk Jepun pada pukul 09:20, dengan Skuarden Torpedo 8 (VT-8), diikuti oleh VT-6 (pada pukul 09:40).[37] Semua TBD jenis VT-8 ditembak jatuh, dengan hanya salah seorang nak kapal terselamat. VT-6 hampir menemui nasib yang sama, dengan tiada yang mengenai musuh di sebalik usaha mereka. The Japanese CAP (Combat Air Patrol), menerbangi pejuang Mitsubishi Zero yang lebih pantas, dengan pantas memusnahkan kapal terbang Amerika yang bukan sahaja tiada sokongan pejuang mereka sendiri tetapi menggunakan kapal terbang torpedo TBD Devastator yang kurang senjata dan perlahan. Sungguhpun begitu, disebalik pengorbanan besar mereka, kapal terbang torpedo Amerika secara tidak langsung mencapai tiga keputusan penting. Pertama, mereka mengekalkan kapal induk Jepun tidak bersedia, tanpa keupayaan untuk menyediakan dan melancarkan serangan balas mereka. Kedua serangan mereka menarik peronda udara tempur Jepun keludar dari kedudukan mereka — bukan dari segi altitude sebagaimana sering digambarkan, tetapi dengan mengherotkan perlindungan menyeluruh CAP keatas armada Jepun. Ketiga, kebanyakan daripada Zero kini kekurangan peluru dan minyak.[38] Kemunculan serangan kapal terbang torpedo ketiga dari SE oleh VT-3 pada pukul 10:00 dengan cepat menarik kebanyakan CAP Jepun suku ketenggara armada.[39]

Berbekalkan nasib semata-mata, ketika masa yang sama VT-3 dilihat oleh pihak Jepun, dua formasi pengebom-junam SBD Dauntless Amerika menghampiri armada Jepun secara berasingan (terdiri daripada tiga skuardon keseluruhannya) dari arah timur laut dan baratdaya. Formasi ini pada mulanya mengalami kesulitan bagi menjumpai kapal induk Jepun, dan bahan api mereka semakin kehabisan. Bagainapun berbekalkan nasib yang baik, dan keputusan komander skuardon C. Wade McClusky, Jr. dan Max Leslie untuk meneruskan pencarian, mereka melihat bekas alur kapal pembinasa Jepun Arashi. Kapal pembinasa itu sedang bergerak pada kelajuan penuh kearah pasukan kapal induk Nagumo selepas gagal mengebom dalam (depth-charged) kapal selam US Nautilus (SS-168), yang sebelumnya melancarkan serangan yang gagal terhadap kapal tempur Kirishima. [1]. Pengebom-junam Amerika tiba pada kedudukan yang sempurna bagi menyerang pihak Jepun.[40] Kapal terbang penyerang Jepun bersenjata memenuhi dek hanger semasa serangan yang ditakdirkan itu, hos bahan api berlingkar merentasi dek ketika operasi pengisian minyak dilakukan terburu-buru, dan pertukaran bahan letupan bererti bom dan torpedo ditimbun sekitar hanger dan bukannya diselamat disimpan di stor simpanan.[41] Kapal induk Jepun dalam keadaan amat lemah.

Bagaimanapun, berbeza dengan sesetengah pendapat mengenai pertempuran itu, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pihak Jepun tidak bersedia untuk melancarkan serang balas terhadap Amerika ketika mereka diserang buat kali terakhir.[42] Akibat aktiviti dek penerbangan yang berterusan berkait dengan operasi combat air patrol dalam jam-jam sebelumnya, pihak Jepun tidak mempunyai peluang bagi menyediakan pasukan penyerang simpanan mereka untuk dilancarkan. Beberapa kapal terbang yang terdapat di dek penerbangan Jepun pada masa itu samaada pejuang CAP, atau (dalam kes Sōryū) pejuang penyerang dipasang bagi mengukuhkan CAP.[43] Walaubagaimanapun, peluang itu digunakan sebaik-baiknya oleh juruterbang pengebom Amerika.

Bermula pada 10:22, kapal terbang Enterprise menyerang Kaga, sementara di selatan, kapal terbang Yorktown menyerang Sōryū, dengan Akagi terkena beberapa bom dari pesawat pengebom Enterprise' empat minit kemudian. Serentak dengan itu, VT-3 mensasarkan Hiryū, sungguhpun kapal terbang torpedo Amerika sekali lagi gagal mengenai sebarang sasaran. Kapal terbang pengebom junam, bagaimanapun, bernasib lebih baik. Dalam tempoh enam minit, SBD melancarkan serangan mereka dan meninggalkan ketiga-tiga sasaran mereka terbakar dengan maraknya. Akagi terkena satu bom, yang sudah mencukupi; ia menembusi dek hanger atas dan meletup diantara kapal terbang bersenjata dan penuh minyak di situ. Satu hampir kena melampau turut condong ke bawah dan meletup dalam air, membengkok dek penerbangan ke atas dan menyebabkan kerosakan kemudi penting.[44] Sōryū menerima tiga hentaman bom di dek hanger; Kaga menerima sekurang-kurangnya empat dan kemungkinannya lebih lagi. Kesemua tiga kapal induk tidak mampu beraksi, dan akhirnya terpaksa ditinggalkan dan ditenggelamkan.[45]

Sejurus selepas serangan udara, kapal selam Amerika USS Nautilus .28SS-168.29 1930 (SS-168) telah melepaskan tembakan torpedo kepada apa yang dipercayai anak kapalnya sebagai Sōryū, tetapi penyelidikan kemudiannya mencadangkan sebagai Kaga. Anak kapal Nautilus mendakwa satu hentaman torpedo pada kapal induk, menyebabkan "kebakaran". Tetapi, anak kapal Kaga yang terselamat melaporkan tidak hentaman torpedo selepas serangan udara. Daripada empat torpedo yang dilancarkan, satu gagal berlepas, dua bergerak kacau bilau, dan yang keempat gagal berfungsi 'dud,' dan menghentam tengah badan kapal dan patah dua.[46]

Serangan balas Jepun sunting

 
USS Yorktown terkena hentaman torpedo udara

Hiryū, kini merupakan dek penerbangan Jepun tunggal yang terselamat, tidak membuang masa untuk menyerang balas. Penyerang pertama pengebom junam Jepun merosakkan Yorktown dengan dua hentaman bom, tetapi pasukan pengawal kerosakannya membaikinya dengan begitu berkesan sehinggakan dalam tempoh sejam pengebom penyerang torpedo kedua menyangka ia dalah kapal induk yang utuh. Sungguhpun pihak Jepun berharap untuk mengimbangi pertempuran dengan menghapuskan dua kapal induk dengan dua serangan, Yorktown menyerap kedua-dua serangan Jepun, penyerang gelombang kedua menyangka Yorktown telah ditenggelamkan dan mereka sedang menyerang Enterprise. Selepas dua hentaman torpedo, Yorktown kehilangan kuasa dan kini terkeluar dari pertempuran, memaksa Laksamana Fletcher memindahkan panji-panjinya ke penjajap berat Astoria, tetapi dua kapal induk Pasukan Petugas 16 terselamat.

Berita dua serangan, bersama lapuran bahawa setiap satu telah menengelamkan kapal induk Amerika, meningkatkan moral anak kapal Pasukan Penyerang Kapal Induk. Kapal terbang yang terselamat dari keempat kapal induk mendarat di atas Hiryū. Di sana mereka bersedia untuk menyerang apa yang mereka percayai kapal induk terakhir armada Amerika.

Apabila kapal terbang peninjau Amerika akhirnya menjumpai kedudukan Hiryū lewat petang itu, Enterprise dan Yorktown melancarkan serangan terakhir pengebom junam terhadap kapal induk Jepun terakhir yang meninggalkannya terbakar, sungguhpun dipertahankan dengan kuatnya oleh CAP sejumlah lebih sedozen pejuang Zero. Laksamana Muda Tamon Yamaguchi memilih untuk karam bersama kapalnya. Serangan Hornet, dilancarkan lewat akibat kesilapan perhubungan, mensasarkan kapal permukaan yang tinggal, tetapi gagal mengenai apa-apa.

Ketika malam berlabuh, kedua pihak menilai keadaan dan merangka rancangan bagi meneruskan beraksi. Laksamana Spruance kini memerintah taktikal bagi pasukan Amerika. Laksamana Fletcher, terpaksa meninggalkan rangka Yorktown dan merasakan dia tidak mampu memerintah dari penjajap, menyerah pemerintahan operasi kepada Spruance. Spruance mengetahui bahawa Amerika Syarikat memenangi kemenangan besar, tetapi dia masih tidak pasti pasukan Jepun yang masih tinggal, dan bertekad untuk memelihara kedua-dua Midway dan kapal induknya. Dengan itu, dia memutuskan untuk berundur ke timur pada petang, agar tidak bertembung dan bertempur dengan pasukan laut Jepun yang mungkin masih berada dikawasan tersebut. Pada awal pagi, dia kembali ke barat pada kedudukan yang boleh melindungi Midway sekiranya pencerobohan berlaku pada waktu pagi.[47]

Disebelah yang lain, Yamamoto pada mulanya memutuskan untuk meneruskan usahanya, dan menghantar baki pasukan permukaan lautnya bergerak kearah timur bagi menjejak kapal induk Amerika. Serentak dengan itu, pasukan penyerbu penjajap berpisah untuk mengebom pulau tersebut pada malam yang sama. Bagaimanapun, akhirnya, malam berlalu tanpa sebarang tanda kehadiran pihak Amerika, dan pada 02:55 Yamamoto memerintah kesemua pasukannya untuk berundur ke barat.[48]

Ketika berundur dalam baris rapat pada waktu malam, pasukan pengebom penjajap Jepun melalui peristiwa mencabar. Kemunculan kapal selam Amerika Tambor memaksa formasi penjajab memulakan pergerakan mengelak radikal. Mogami gagal menyesuaikan laluan dengan betul ketika berpusing dan menghentam bahagian belakang (port quarter) kapal Mikuma. Dua hari berikutnya, mula-mula Midway dan kemudiannya kapal induk Spruance melancarkan beberapa serangan berjaya terhadap kapal yang terlewat. Mikuma akhirnya ditenggelamkan, sementara Mogami selamat dengan kerosakan teruk untuk kembali ke Jepun. Kapten Marin US Richard E. Fleming dianugerahkan selepas kematian dengan (Medal of Honor) bagi serangannya terhadap Mikuma.

Yorktown ditenggelamkan semasa usaha kembalik (salvage), dengan tiga torpedoe dari kapal selam Jepun I-168 pada 7 Jun. Terdapat hanya sedikit kemalangan jiwa kerana kebanyakan anak kapalnya telahpun dipindahkan. Satu dari torpedo tersebut turut menenggelamkan kapal pembinasa Hammann, yang sedang membekalkan kuasa tambahan kepada Yorktown, membelahnya kepada dua menyebabkan kematian 80 orang anak kapal.

Selepas sunting

Selepas mencapai kemenangan jelas, pasukan Amerika berundur. Jepun kehilangan empat dari enam kapal induk armada (Kaga, Akagi, Sōryū, and Hiryū), termasuk sejumlah besar krew udara terlatih mereka, menghentikan pengembangan Empayar Jepun di Pasifik. Hanya Zuikaku dan Shōkaku yang ada untuk membuat serangan. Kapal induk Jepun yang lain, Ryūjō, Junyo dan Hiyo, merupakan kapal induk ringan yang membawa hanya sejumlah kecil pesawat udara dan perbandingan janga kemandiri yang rendah berbanding kapal induk armada.

Dengan Tentera laut Amerika kini secara kasar kembali setanding dari segi jumlah kapal induk armada, pihak Amerika mula menimbangkan membuat serangan buat pertama kali dalam perperangan. Tidak lama kemudian, Amerika akan menyerang Guadalcanal, memulakan pergelutan penuh lesu di Kepulauan Solomon yang akan memusnahkan secara kekal Tentera laut Jepun dan kumpulan elite Tentera laut udaranya.


Dakwaan jenayah perang sunting

Tiga ahli penerbangan U.S., Ensign Wesley Osmus (juruterbang, Yorktown), Ensign Frank O'Flaherty (juruterbang, Enterprise) dan (Aviation Machinist's Mate) B.F. (atau (B. P.) Gaido (penembak-radio SBD O'Flaherty) ditawan oleh Jepun semasa pertempuran. Osmus ditahan di di kapal pemusnah Arashi, sementara O'Flaherty dan Gaido di kapal penjajap Nagara (atau pemusnah Makigumo, sumber berlainan), dan ia didakwa bahawa mereka kemudiannya dibunuh.[49] Lapuran dibuat oleh Laksamana Nagumo menyatakan tentang Ensign Osmus; "Dia mati pada 6 Jun dan dikebumikan di laut." dan tidak menyatakan kematian mengenai tahanan perang Enterprise.[50] Kebiasaan menanam manyat musuh di laut merupakan kebiasaan dikalangan kesemua tentera laut yang terbabit.

Kesan sunting

Sungguhpun pertempuran ini sering kali digelar "titik perubahan di Pasifik", ia jelas tidak memenangi Perperangan Pasifik sekelip mata.[51] Tentera laut Jepun terus berjuang dengan gigih, dan ia akan mengambil masa beberapa bulan sebelum U.S. akan berubah dari negara tentera laut setara kepada peningkatan yang jelas menunjukkan penguasaan penuh.[52] Dengan itu, Midway bukanlah "mutlak" dalam erti kaka sama seperti Salamis atau Trafalgar. Bagaimanapun, kemenangan di Midway memberikan U.S. peluang untuk merampas percaturan strategik, melakukan kerosakan kekal pada pasukan kapal induk Jepun, dan memendekkan perperangan di Pasifik.[53]

Hanya dua bulan berikut, US memulakan serangan dan menyerang Guadalcanal, mengejutkan tentera Jepun. Sekiranya kalah di Midway, US mungkin tidak mampu menyerang seawal itu, atau mencapai tahap kejayaan sedemikian. Menjamin garis bekalan Berikat ke Australia dan Lautan India pasa tempoh ini, juga dengan kelesuan berat terhadap Jepun semasa kempen Guadalcanal, mempunyai kesan besar pada haluan perperangan. Kesannya pada tempoh perang dipertikaikan, kerana Pasukan Kapal Selam Armada Pasifik telah hampir melumpuhkan ekonomi Jepun sepenuhnya menjelang Januari 1945.[54]

Sunngguhpun Midway terbukti tidak memusnahan bahagian udara Tentera laut Jepun, ia memberikan kemusnahan teruk. Program latihan Jepun sebelum perang menghasilkan juruterbang amat berkualiti, tetapi pada kadar amat perlahan.[55] Kumpulan kecil juruterbang elit ini adalah veteran pertempuran. Di Midway, Jepun kehilangan jumlah juruterbang ini dalam satu hari yang bersamaan dengan apa yang program latihan sebelum perang hasilkan dalam satu tahun.[56] Dalam pertempuran berikut sekitar Guadalcanal pada akhir 1942, seperti Solomon Timur dan Kepulauan Santa Cruz, penerbangan Tentera laut Jepun terkandas kerana kelesuan sunggupun kedua belah pihak mengalami kerugian yang setara; pihak perancang Jepun gagal untuk mengambil kira tempoh lama perperangan yang berterusan dan akibat kegagalan pengilang mereka untuk menggantikan kapal, juru terbang, dan kelasi. Sungguhpun program masa perang Jepun menghasilkan juruterbang, mereka tidak dilatih dengan mencukupi apabila perperangan berterusan, ketidak seimbangan yang semakin buruk ketika kehadiran kapal terbang Amerika yang semakin berkualiti jelas melebihi kapal terbang Jepun yang ketinggalan. Menjelang pertengahan-1943, kehilangan di Midway dan di Solomon telah melumpuhkan penerbangan Tentera laut Jepun.[57] Lebih malang bagi pihak Jepun, tabiat mereka yang meletakkan juru terbang mahir bertugas dalam pertempuran melemahkan latihan kepada pasukan mereka. Tentera laut Amerika pula sebaliknya mengitar juru terbang terbaik mereka ketanah air secara tetap untuk mengajar juru terbang latihan teknik yang mereka gunakan untuk menewaskan Jepun.

Juga penting adalah kehilangan empat kapal induk armada Jepun yang tidak dapat diganti.[58] Kapal ini tidak akan diganti, unit demi unit, sehingga awal 1945.[59] Dalam tempoh masa yang sama, Tentera laut U.S. mentauliah lebih dari dua dozen kapal induk armada dan kapal induk ringan, dan sejumlah besar kapal pengiring.[60] Dengan itu, Midway secara kekal melumpuhkan kuasa menyerang Tentera laut Jepun, dan mengurangkan tempoh pasukan kapal induk Jepun mampu bertarung dari kedudukan kuat. Kehilangan keupayaan beroperasi pada fasa kritikal ketika kempen ini akhirnya terbukti membawa mala petaka; kuasa Imperial Jepun mampu melaksanakan gerakan operasi lebih besar, dan kemungkinannya lebih berjaya, terhadap serangan balas U.S. yang sedang dilaksanakan.

 
Mikuma sejurus sebelum ditenggelamkan.

Kepentingan Pertempuran Midway juga boleh dinilai dengan menggunakan senario hipothetikal kekalahan Amerika dan kemusnahan armada kapal induk Amerika. Dengan hanya dua kapal induk (Saratoga dan Wasp), pasukan U.S. terpaksa dalam kedudukan strategik bertahan bagi sekurang-kurangnya sepanjang bagi tahun 1942. Tentera Jepun mampu meneruskan kemaraan mereka di New Hebrides dan memutuskan hubungan dengan Australia, dan menyempurnakan penaklukkan New Guinea. Tambahan lagi, kekalahan besar di Midway mungkin menyebabkan orang penting disingkirkan dari kedudukan mereka, seperti Nimitz dan Spruance. Operasi menyerang di Pasifik mungkin tergendala sehingga selewat pertengahan-1943, apabila Essex dan Independence terdapat dalam jumlah yang besar.

Hipothetikal perang Pasifik yang berlanjutan lebih lama turut menimbulkan persoalan mengenai peranan Soviet Union dalam mengalahkan Jepun, dan samaada kehadiran USSR dalam pembahagian Jepun, sama seperti Jerman. Implikasi kekalahan sebenar Amerika tidak diketahui, tetapi tidak dapat dipersoalkan lagi bahawa kekalahan di Midway akan menghadkan pilihan Amerika dengan benyaknya, sekurang-kurangnya dalam tempoh jangka masa pendek.[61] Kekalahan di Midway, dengan jelas mengancam Hawai dan Pearl Harbor, mungkin meletakkan kepentingan polisi "Jerman Dahulu" oleh Roosevelt dan Ketua Bersama (Joint Chief) dalam ancaman politik yang hebat.[62] Sekiranya Amerika Syarikat terpaksa memusatkan usahanya pada Jepun, campurtangan Amerika di Eropah mungkin dilewatkan, dengan implikasi tidak dapat dijangka bagi Jerman dan Soviet Union.

Pencarian sunting

Kapal Amerika sunting

Kerana tekanan laut melampau di kawasan pertempuran (pada kedalaman lebih dari 5,200 [meter|m]]/ 17,000 kaki), penyelidikan medan tempur ternyata amat sukar. Bagaimanapun, pada 19 May 1998, Robert Ballard dan sepasukan pakar sains dan veteren Midway(termasuk penyertaan Jepun) menjumpai dan mengambil gambar Yorktown. Kapal tersebut ternyata masih utuh bagi kapal yang tenggelam pada 1942; kebanyakan perkakasan asal, dan malah skim warna asal masih kelihatan.

Kapal Jepun sunting

Carian berikut Ballard bagi kapal induk Jepun akhirnya tidak berjaya. Pada September 1999, ekspedisi bersama antara Nauticos Corp. dan Pejabat Laut Tentera laut Tentera laut Amerika (U.S. Naval Oceanographic Office) bagi mencari kapal induk Jepun. Menggunakan teknik maju pengemudian semula bersama log kapal kapal selam USS Nautilus, ekspedisi tersebut menjumpai sebahagian besar puing kapal, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai datang dari dek hanger atas Kaga.[63] Bahagian utama kapal pecah bagaimanapun masih belum dijumpai.

Dalam filem sunting

 
Ketika cuba kembalik Yorktown kedu-duanya dan kapal pemusnah Hammann terkena tembakan torpedoe dari I-168.

Pertempuran Midway telah ditonjolkan dalam beberapa wayang gambar. Filem pertama mengenai pertempuran ini diarah oleh John Ford, yang menggunakan filem bergerak bewarna dari Tentera laut U.S. mengenai pertempuran sebenar, menghasilkan dokumentari yang memenangi anugerah, dikenali sebagai The Battle of Midway pada tahun 1942. Berikutnya, filem Midway]], diarah oleh Jack Smight, diterbitkan pada 1976. Filem ini secara umumnya menggambarkan kejadian secara tepat, sungguhpun ia mempunyai beberapa kecacatan, termasuk ikatan asmara yang sukar dipercayai, kehadiran pejuang F4U Corsair Amerika (yang masih belum beroperasi semasa pertempuran tersebut), model kapal tidak tepat, dan kenaikan pangkat Komander Rochefort dari Hypo kepada Pejabat Risikan Armada. Tambahan lagi, filem 1976 jelas menggambarkan pendaratan kapal induk Grumman F6F Hellcat, sedangkan pertempuran itu membabitkan yang sebelumnya, Grumman F4F Wildcat, yang menyerupai Hellcat tetapi dapat dibezakan semasa pendaratan kerana gear pendaratan trak-tirus Wildcat. Hellcat tidak beroperasi sehingga 1943.

Sumber dan bacaan lanjut sunting

Buku sunting

  • Cook, Theodore F., Jr. (2000). "Our Midway Disaster". Dalam Robert Cowley (ed.) (penyunting). What if?. London: Macmillan. ISBN 0-333-75183-3. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: extra text: editors list (link) Fiksyen yang memenangkan Jepun.
  • Fuchida, Mitsuo (1955). Midway: The Battle that Doomed Japan, the Japanese Navy's Story. Annapolis, MD: United States Naval Institute Press. ISBN 0-87021-372-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) Kisah pihak Jepun dengan pandangan kemudian dan kadang kala tidak tepat.
  • Hanson, Victor D. (2001). Carnage and Culture: Landmark Battles in the Rise of Western Power. Doubleday. ISBN 0-385-50052-1.
  • Hara, Tameichi (1961). Japanese Destroyer Captain. ISBN 0-345-27894-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Kisah langsung dari kapten Jepun, sering tidak tepat.
  • Kahn, David. The Codebreakers: The Comprehensive History of Secret Communication from Ancient Times to the Internet. Scribner. ISBN 0-684-83130-9. Significant section on Midway
  • Kernan, Alvin (2005). The Unknown Battle of Midway. Yale University Press. ISBN 0-300-10989-X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan) Kisah mengenai kesilapan yang membawa kepada kemusnahan hampir menyeluruh skuarden torpedo Amerika, dan apa yang pengarangnya katakan sebagai penyembunyian oleh pegawai tentera laut selepas pertempuran.
  • Lord, Walter (1967). Incredible Victory. Burford. ISBN 1-58080-059-9. Mefokos pengalaman manusia semasa pertempuran.
  • Lundstrom, John B. (2005 (New edition)). First Team And the Guadalcanal Campaign: Naval Fighter Combat from August to November 1942. Naval Institute Press. ISBN 1-59114-472-8. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)
  • Lundstrom, John B. (2005 (New edition)). The First Team: Pacific Naval Air Combat from Pearl Harbor to Midway. Annapolis, Maryland, U.S.A.: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-471-X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)
  • Morison, Samuel E. (1949). Coral Sea, Midway and Submarine Actions: May 1942–August 1942. (Sejarah Tentera laut Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II (History of United States Naval Operations in World War II, Volume 4) official US history.
  • Parshall, Jonathan (2005). Shattered Sword: The Untold Story of the Battle of Midway. Dulles, VA: Potomac Books. ISBN 1-57488-923-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) Sumber Jepun baru digunakan.
  • Prange, Gordon W. (1982). Miracle at Midway. McGraw-Hill. ISBN 0-07-050672-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) Sejarah akademik piwaian mengenai pertempuran berdasarkan penyelidikan menyeluruh dari sumber Jepun dan Amerika.
  • Weinberg, Gerhard L. (1994). A World at Arms: A Global History of World War II. Cambridge U P.
  • Wilmott, H.P. (1983). The Barrier and the Javelin. United States Naval Institute Press. Sejarah meluas berkenaan pertempuran laut dengan kisah terperinci mengenai aturan pertempuran dan kedudukan.

Notes sunting

  1. ^ Lundstrom, Guadalcanal Campaign, p. 92.
  2. ^ Dull, The Imperial Japanese Navy: A Battle History, p. 166; Willmott, The Barrier and the Javelin, pp. 519-523; Prange, Miracle at Midway p. 395; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 416-430
  3. ^ H.P. Willmott, Barrier and the Javelin; Lundstrom, First South Pacific Campaign; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 19-38
  4. ^ Untuk perbincangan lebih lanjut mengenai jangkaan operasi Hawai, lihat Parshall & Tully, pp. 43-45, & Stephan, Hawaii under the Rising Sun.
  5. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 33
  6. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 13-15, 21-23; Willmott, The Barrier and the Javelin, pp. 39-49; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 22-38
  7. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 33; Prange, Miracle at Midway, p.23
  8. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 22-26
  9. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 33
  10. ^ Willmott, Barrier and the Javelin, pp. 66-67; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 33-34
  11. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 375-379, Willmott, Barrier and the Javelin, pp. 110-117; Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 52
  12. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 53, derived from Japanese War History Series (Senshi S?sh?), Volume 43 ('Midowei Kaisen'), p. 118
  13. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 51, 55;
  14. ^ Willmott, Barrier and the Javelin
  15. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 43-45, derived from Senshi S?sh?, p. 196
  16. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 43-45, derived from Senshi S?sh?, pp. 119-121.
  17. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 80-81; Cressman et al., A Glorious Page in Our History, p. 37
  18. ^ Cressman et al., A Glorious Page in Our History, pp. 37-45; Lord, Incredible Victory, pp. 37-39
  19. ^ Lord, Incredible Victory, p.39
  20. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 65-67
  21. ^ Willmott, Barrier and the Javelin, p. 351; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 98-99
  22. ^ Lord, Incredible Victory, pp. 37-39; Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 99; Holmes, Double-Edged Secrets
  23. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 102-104
  24. ^ Holmes, Double-Edged Secrets; Willmott, Barrier and the Javelin.
  25. ^ Lord, Incredible Victory; Willmott, Barrier and the Javelin.
  26. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 107-112; 132-133
  27. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 200-204
  28. ^ Lord, Incredible Victory, p. 110; Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 149
  29. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 207-212; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 149-152
  30. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 130-132
  31. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 216-217; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 159-161
  32. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 165-170
  33. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 121-124
  34. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 217-218, 372-373; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 170-173
  35. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 231-237; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 170-173; Willmott, Barrier & the Javelin; Fuchida & Okumiya, Midway.
  36. ^ Cressman et al., A Glorious Page in Our History, pp. 84-89; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 215-216; 226-227
  37. ^ Cressman et al., "A Glorious Page in Our History," pp. 91-94
  38. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 215-216; 226-227
  39. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 226-227
  40. ^ Prange, Miracle at Midway, pp. 259-261, 267-269; Cressman et al., A Glorious Page in Our History, pp. 96-97; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 215-216; 226-227
  41. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 250
  42. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 229-231. Derived from (Senshi S?sh?), Volume 43, pp. 372-378, and the tabulated air group records (k?d?ch?shos) of the Japanese carriers contained in "Midway Operation: DesRon 10,Mine Sweep Div 16,CV Akagi, CV Kaga, CVL S?ry?, and CVL Hiry?." Extract Translation from DOC No.160985B—MC 397.901.
  43. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 231, derived from Senshi Sosho, pp. 372-378.
  44. ^ Sumber lain menyatakan hentaman digeladak depan (stern), tetapi Shattered Sword, p. 253-354; 256-259 membina kes bagi letupan air akibat bom (bukan penembus perisai) HE.
  45. ^ Penyelidik kini menunjukkan bahawa kesemua empat kapal induk Jepun di tenggelamkan oleh Jepun sendiri, bukan sekadar Akagi dan Hiryū. Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 330-353
  46. ^ Lord, Incredible Victory p. 213; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 302-303
  47. ^ Prange, Miracle at Midway, p. 324
  48. ^ Prange, Miracle at Midway, p. 320; Parshall & Tully, Shattered Sword, p. 345
  49. ^ Robert E. Barde, "Midway: Tarnished Victory", Military Affairs, v. 47, no. 4 (December 1983), pp. 188-192
  50. ^ Nagumo's Midway report from ibiblio.org
  51. ^ Dull, p. 166; Prange, p. 395
  52. ^ Willmott, Barrier and the Javelin, pp. 522-523; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 416-430
  53. ^ U.S. Naval War College Analysis, p. 1; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 416-430
  54. ^ Blair, Silent Victory.
  55. ^ Peattie, Sunburst: The Rise of Japanese Naval Air Power, 1909-1941, pp. 181-184, 191-192
  56. ^ Peattie, Sunburst, pp. 131-134
  57. ^ Peattie, Sunburst, pp. 176-186; Eric Bergerud, Fire in the Sky, p. 668.
  58. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 416-421
  59. ^ Shinano, ditempah pada 19 November 1944, merupakan kapal induk keempat ditempah oleh Jepun semasa perang, selepas Taih?, Unry?, and Amagi.
  60. ^ Lihat http://www.hazegray.org/danfs/carriers/ bagi senarai kesemua kapal induk Amerika yang ditauliah semasa perang. Juga rujuk kepada http://www.combinedfleet.com/economic.htm bagi penjumlahan bagi aras kapal induk dan kapal terbangnya berperingkat antara USN dan IJN sekiranya U.S. kalah di Midway.
  61. ^ Willmott, Barrier and the Javelin, pp. 519-523; Prange,Miracle at Midway 396-397; Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 424-430
  62. ^ Weinberg, World at Arms p. 339
  63. ^ Parshall & Tully, Shattered Sword, pp. 491-493

Lihat juga sunting

Sumber dan bacaan lanjut sunting

Buku sunting

Pautan luar sunting

Dokumen sejarah sunting

Fiksyen sunting

Lain-lain sunting