Pertempuran Opis, berlaku pada bulan September 539 SM, adalah satu pertempuran besar di antara tentera Parsi di bawah Cyrus Agung dan Empayar Babylon Baru di bawah Nabonidus semasa serangan Parsi ke atas Mesopotamia. Pada masa itu, Babylonia merupakan kuasa terakhir di barat Asia yang belum di kuasai oleh Parsi. Pertempuran ini berlaku berhampiran atau di dalam kota di tebing sungai yang strategik bernama Opis, di utara ibu kota Babylon. Ia membawa kekalahan muktamad bagi Babylon. Beberapa hari kemudian, kota Sippar menyerah diri kepada Parsi dan tentera Cyrus akhirnya memasuki Babylon tanpa sebarang tentangan. Cyrus seterusnya diistiharkan sebagai raja Babylonia dan wilayahnya, dan dengan itu menamatkan kemerdekaan Babylon dan menggabungkan empayar Babylon ke dalam Empayar Parsi.

Pertempuran Opis
Sebahagian daripada the Kempen-kempen Cyrus Agung
Tarikh25 September - 28? September, 539 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Parsi.
Perubahan
wilayah
Empayar Babylon Baru diilhak oleh Parsi.
Pihak yang terlibat
Empayar Babylon Baru Empayar Achaemenid
Komandan dan pemimpin
Nabonidus dari Babylonia,
Belshazzar dari Babylonia? ?,
Lain-lain tidak diketahui
Cyrus Agung,
Gobryas dari Gutium,
Lain-lain tidak diketahui
Kekuatan
tidak diketahui tidak diketahui
Kerugian dan korban
Besar?[1] tidak diketahui

Rujukan sunting

  1. ^ Boardman, John "Nabonidus: Babylonia from 605-539 B.C.", in The Cambridge Ancient History vol. 3.2, p. 249. Contributor John Boardman. Cambridge University Press, 1991. ISBN 0521227178