Pertempuran Perimeter Pusan

Pertempuran Perimeter Pusan adalah pertempuran berskala besar antara tentera Bangsa-Bangsa Bersatu dan Korea Utara yang berlangsung dari 4 Ogos hingga 18 September 1950. Ia merupakan salah satu pertembungan besar yang pertama dalam Perang Korea. Tentera darat PBB berjumlah 140,000 askar, yang berada di ambang kekalahan, telah dikumpulkan untuk membuat pertahanan terakhir menentang serangan tentera darat Korea Utara, dengan kekuatannya 98,000 anggota.

Pertempuran Perimeter Pusan
Sebahagian daripada Perang Korea
Men sit in foxholes watching over a lower terrain feature
Askar dari Infantri Ke-27 A.S. menunggu serangan Korea Utara di seberang Sungai Naktong dari kedudukan di Perimeter Pusan, 4 September 1950.
Tarikh4 Ogos – 18 September 1950
Lokasi
Keputusan Kemenangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pihak yang terlibat

 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

 Korea Selatan
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Douglas MacArthur
Amerika Syarikat Walton Walker
Korea Selatan Chung Il-Kwon
Korea Selatan Shin Sung-Mo
Amerika Syarikat George Stratemeyer
Amerika Syarikat Arthur Dewey Struble
Choi Yong-kun
Kim Chaek
Kim Ung
Kim Mu Chong
Unit terlibat
Amerika Syarikat Tentera Darat Kelapan U.S.
Amerika Syarikat Tentera Udara Kelima A.S.
Amerika Syarikat Armada Ketujuh A.S.
Korea Selatan Tentera Darat ROK
Korea Selatan Tentera Laut ROK
(Main article)

Tentera Darat Rakyat
Tentera Laut Rakyat
Tentera Udara Rakyat

(Main article)
Kekuatan
141,808 askar (92,000 kombat)[1] 98,000 (70,000 kombat)[2]
Kerugian dan korban
Korea Selatan: 40,000?+[3]
Amerika Syarikat:
4,599 terbunuh
12,058 cedera
2,701 hilang
401 ditawan[4]
60 kereta kebal
United Kingdom: 5 terbunuh, 17 cedera
India: 1 terbunuh
2 wartawan perang
60,504 jumlah kasualti
63,590 jumlah kasualti
3,380 ditawan[5]
239 kereta kebal T-34
74 meriam gerak sendiri SU-76

Angkatan PBB, yang berkali-kali dikalahkan oleh Korea Utara, telah dipaksa berundur ke "Perimeter Pusan", iaitu garis pertahanan sepanjang 140-batu (230 km) yang mengelilingi sebuah kawasan di tenggara hujung Semenanjung Korea termasuk pelabuhan Pusan. Askar PBB, yang kebanyakannya terdiri daripada pasukan-pasukan Republik Korea (ROK), Amerika Syarikat dan Komanwel British, melancarkan pertahanan terakhir disekeliling perimeter, menangkis serangan berkali-kali Korea Utara selama enam minggu sewaktu mereka bertempur di sekitar bandaraya Taegu, Masan, dan P'ohang, dan Sungai Naktong. Serangan besar-besaran Korea Utara gagal memaksa tentera PBB berundur jauh dari perimeter, walaupun terdapat dua penyerangan besar pada bulan Ogos dan September.

Tentera Korea Utara, dihalang oleh kekurangan bekalan dan kerugian yang besar, menyerang secara berterusan ke atas pasukan PBB dalam usaha untuk menembusi perimeter dan meruntuhkan garisan. Bagaimanapun, pihak PBB menggunakan pelabuhan itu untuk mengumpulkan kekuatan tentera, kelengkapan, dan logistik, dan tentera laut dan tentera udaranya kekal tidak dicabar oleh Korea Utara semasa pertempuran itu. Selepas enam minggu, pasukan Korea Utara tumbang dan berundur dengan kekalahan selepas pasukan PBB melancarkan satu serangan balas di Inchon pada 15 September. Pertempuran ini menjadi kemaraan paling jauh yang dapat dicapai oleh tentera Korea Utara dalam peperangan, manakala pertempuran seterusnya hanya mampu menghasilkan jalan buntu.

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ Fehrenbach 2001, m/s. 113.
  2. ^ Appleman 1998, m/s. 395.
  3. ^ Appleman 1998, m/s. 605.
  4. ^ Ecker 2004, m/s. 32.
  5. ^ Appleman 1998, m/s. 546.

Sumber sunting

Sumber online

Koordinat: 35°06′N 129°02′E / 35.10°N 129.04°E / 35.10; 129.04