Pertempuran di Slim River

(Dilencongkan dari Pertempuran Slim River)

Pertempuran di Slim River merupakan salah satu pertempuran yang singkat yang terkenal dalam Penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pertempurtan ini terkenal kerana kejutan sepenuhnya oleh sejumlah kecil tentera pejalan kaki dan kereta kebal tentera Jepun‎ terhadap tentera British. Secara tidak langsung, pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu, akibat korban yang tinggi dan kehilangan sejumlah besar peralatan ketenteraan dalam pertempuran tersebut. Pertempuran ini bermula dengan kepantasan tentera Jepun mengatasi pertahanan di Trolak, lima batu di utara Slim River, yang menonjolkan kecemerlangan penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II.

Pertempuran di Slim River
Sebahagian daripada the Pertempuran Malaya, Perang Dunia Kedua

Tentera India di Singapura, November 1941. Dua brigade India hampir binasa sepenuhnya di Slim River.
Tarikh6–8 Januari 1942
Lokasi
Keputusan Kemenangan jepun
Pihak yang terlibat
India Division Infantri India ke-11 Jepun 5th Division (Imperial Japanese Army)
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Archibald Paris Jepun Hajime Shimada
Kerugian dan korban
500 terbunuh
3,200 Ditawan[1]
(Anggaran pihak Jepun)
17 terbunuh
60 tercedera[1]
(Anggaran pihak Jepun)

Sejumlah sedozen kereta kebal Jepun dan sepasukan 100 orang tentera dalam lori kemudiannya menyerbu ke arah jambatan Slim River bagi merampas jambatan tersebut sebelum ia dimusnahkan oleh tentera British yang sedang brundur. Dalam perjalanan mereka itu, tentera Jepun terserempak dan mengejutkan tentera British yang sedang berehat akibat kepenatan, antaranya termasuk Lt Hartley dan Bateri 501.

Tentera British tidak menjangkakan Trolak akan tewas dengan begitu pantas dan tiada amaran diterima bahawa tentera Jepun akan tiba. Payne merakamkan bahawa seorang pegawai Jepun, Leftenan Watanabe, melompat keluar daripada kereta kebal dan menghunus pedang lalu memotong fius bagi peletup pemusnah di jambatan. Burt-Bnggs teringat berjumpa dengan Leftenan Watanabe, di Tarsoa pada tahun 1943.

Kereta kebal Jepun tersebut memeranjatkan tiga batalion Brigade ke 12 - dua Gurkha dan satu Regiment Punjab 5/14 - berbaris sepanjang jalan dan menembak mereka. Tentera Jepun juga memeranjatkan Bateri 501 dan 349 bersarapan di tepi jalan di ladang getah Cluny, dan menembak mereka dengan meriam dan mesingan sebelum mereka sempat menyediakan kedudukan meriam mereka.

Kolonel Harrison, pegawai tentera British yang tiba di ladang Cluny selepas kereta kebal Jepun beredar menggambarkan keadaan sebagai:

"Lori peluru dan tundaan (limbers) marak terbakar, peluru meriam meletup dan peluru meletup dimerata tempat. Saya lihat sebuah ambulan terhoyong-hayang di jalan sehingga melanggar pokok dan terbalik.

"Seorang sub-leftenan (Lt Hartley?) kemudiannya melapurkan bahawa mereka sedang bersarapan di bawah pokok Getah 200 ela dari jalan apabila seseorang tiba dan memberitahu bahawa kereta kebal Jepun sedang mara. Major Drought meluru bagi menyiapkan dua meriam untuk menembak di jalan tetapi . . . lima kereta kebal Jepun tiba, berhenti di jalan dan menembak tempat berlindung. . ."

Harold Payne mengingati keputusan bagi memusnahkan meriam - "satu perkara yang dahsyat yang perlu dilakukan bagi pegawai artileri". Mereka meninggalkan kesemua 13 meriam yang mereka telah bawa dengan bersusah-payah dari Jitra.

Tentera Jepun merampas jalan jambatan Slim River pada 0830 pagi sebelum ia sempat dimusnahkan, memintas laluan mereka yang terselamat untuk lari keselatan.

Apabila CO bagi Regimen 137, Kolonel Holme, pegawai pemerintah Lt Hartley, diberitahu mengenai pertempuran ladang Cluny, dia berkeras untuk kembali bagi membantu. Dia melompat diatas motorsikal dan tidak pernah dilihat lagi.

Kekalahan di Slim River, dilakukan oleh sejumlah kecil tentera Jepun dengan penguasaan udara sepenuhnya, secara berkesan menghapuskan harapan bagi mempertahankan Malaysia dan Singapura.

Pautan luar sunting

Notakaki sunting

  1. ^ a b Warren, Alan (2006). Britain's Greatest Defeat: Singapore 1942 (ed. Illustrated). Continuum International Publishing Group. ISBN 1-85285-597-5.

Buku sunting

  • Colin Smith (2006). Singapore Burning. England: Penguin Books. ISBN 978-0-14-101036-6.
  • Alan Warren (2006). Britain's Greatest Defeat-Singapore 1942. Continuum International Publishing Group. ISBN 1852855975.
  • Alan Jeffreys, Duncan Anderson (2005). British Army in the Far East 1941-45. Osprey Publishing. ISBN 1841767905.