Pertempuran Thermopylae

Dalam Pertempuran Thermopylae bertarikh 480 SM, suatu persekutuan negeri-negeri kota Yunani pimpinan Leonidas dari Sparta bertarung melawan Empayar Parsi yang datang menakluk di genting Thermopylae di tengah Yunani. Dengan bilangan jauh lebih kecil, tentera Yunani menahan bala tentera Parsi dalam pertahanan ketitisan darah terakhir antara yang paling terkenal di dunia, sungguhpun akhirnya jatuh kepada Parsi. Pasukan Leonidas menyekat satu-satunya jalan yang boleh dilalui oleh bala tentera Xerxes I. Selepas dua dan setengah hari pertempuran, seorang penduduk tempatan yang bernama Ephialtes dipercayai berpaling tadah pada pihak Yunani dan mendedahkan denai kambing yang membawa kepada belakang barisan tentera Yunani yang bertahan.

Pertempuran Thermopylae
Sebahagian daripada the Perperangan Yunani-Parsi

Tapak pertempuran masa kini.
Tarikh480 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan Parsi
Pihak yang terlibat
Negara-bandar Greek Parsi Achaemenid
Komandan dan pemimpin
Leonidas  Xerxes Agung
Kekuatan
300 Spartans
700 Thespiae[1]
6,000 sekutu Yunnai lain*
150,000 to 250,000
(Modern Consensus),
(See below)
Kerugian dan korban
299 orang Spartas
900 orang Helot
1,000 orang Phokia
700 orang Thespia[1]
400 orang Thebes
20,000 (Herodotus)[2]
* Out of the initial 7,000-strong Greek army, all but 2,300 were dismissed on the third day.[1]

Tentera Yunani diwakili oleh "tiga ratus Spartan bersenjata; satu ribu dari Tegea dan Mantinea, separuh dari setiap tempat; seratus lima puluh dari Orkhomenos di Arkadia dan seribu dari Arkadia yang lainnya; sejumlah Arkadia yang sama banyak, empat ratus dari Corinth, dua ratus dari Phlius, dan lapan puluh dari Mykenai. Terdapat juga dari Peloponnesos; dari Boeotia terdapat tujuh ratus Thespiae dan empat ratus Thebes."[3] Dalam pertempuran akhir, ketika kemenangan Parsi tidak dapat dielakkan, kebanyakan tentera Yunani berundur tetapi Leonidas dan sesetengah yang lain kekal untuk bertarung. Sungguhpun mereka "tahu bahawa mereka akan mati di tangan orang Persia, mereka menunjukkan kekuatan teragung yang dimiliki mereka"[4]

Tentera Parsi berjaya menawan genting tersebut tetapi mengalami kemalangan jiwa yang besar, jauh lebih besar berbanding pihak Yunani. Tentangan sengit oleh tentera diketuai oleh Spartan memberikan masa berharga bagi Athens bagi persiapan pertempuran laut mutlak yang akan menentukan keputusan perperangan tersebut.[5] Kemenangan Yunani berikut dalam Pertempuran Salamis membawa kepada kemusnahan besar tentera laut Parsi dan Xerxes terpaksa berundur kembali ke Asia, meninggalkan sebahagian tenteranya di Yunani di bawah kepimpinan Mardonius, yang akan bertemu dengan tentera Yunani dalam satu lagi pertempuran buat kali terakhir. Spartan berkumpul pada kekuatan penuh dan mengetuai tentera Yunani sejagat (pan-Greek) yang mengalahkan tentera Parsi dengan mudah dalam Pertempuran Plataea, mengakhiri Perperangan Yunani-Parsi (Greco-Persian War) dan dengannya pengembangan Empayar Parsi ke Eropah. Prestasi pasukan bertahan dalam pertempuran Thermopylae sering kali digunakan sebagai kelebihan latihan, peralatan, dan penggunaan muka bumi yang baik sebagai pengganda kekuatan (force multipliers),[6] dan menjadi simbol keberanian menangani halangan yang menggunung.[6]

Persediaan Yunani sunting

Pertempuran Thermopylae merupakan kejadian utama dalam apa yang secara umumnya dikenali sebagai Perperangan Persia Kedua. Asal politiknya boleh dilihat dalam kejadian Perperangan Persia Pertama,[7] apabila ayahanda Xerxes, Raja Darius I dari Persia menjajah Yunani buat kali pertama tetapi dikalahkan oleh Athens dalam Pertempuran Marathon pada 490 SM. Sejurus sebelum pertempuran tersebut, Darius telah menghantar utusan (heralds) sekitar negara Yunani bagi menawarkan peluang bagi menyerah,[8] yang akan mengelakkan perperangan dan membolehkan mereka layak bagi pujian (blandishments) dari Raja. Sebagaimana kebiasaan, ini diwakili dengan menyerahkan "tanah dan air", bagi melambangkan taat setia mereka, yang akan disimpan dengan teliti oleh pihak birokrat Empayar Persia. Orang-orang Athen bertindak balas dengan melontar perwakilan tersebut ke dalam lubang, dan orang-orang Spartan pula melontar perwakilan yang lain ke dalam telaga, sambil mencadangkan mereka sendiri mengalinya.[9]

Disebabkan itu, apabila Xerxes menghantar perwakilannya sekali lagi[10] sejurus sebelum Pertemuran Thermopylae dia meninggalkan Athen dan Sparta. Sokongan terbentuk dibelakang kedua negara utama ini. Satu perhimpunan kongres di Corinth pada akhir musim luruh pada 481 SM,[11] dan pembentukan persekutuan dan perikatan persekutuan (confederate alliance) bagi negara bandar Yunani. Ia mempunyai kuasa bagi menghantar perwakilan (envoys) meminta bantuan dan menghantar tentera dari negara ahli ketitik pertahanan selepas perbincangan bersama. Herodotus tidak membentuk sebarang nama abstrak bagi polity, seperti "kongres" atau "perikatan", tetapi sekadar memanggil mereka "ןἱ Ἕככחםוע" (Yunani) dan "Yunani yang bersumpah perikatan" (terjemahan Godley) atau "Yunani yang menggabung diri mereka sendiri" (terjemahan Rawlinson).[12] Sparta dan Athens memainkan peranan utama dalam kongres[13] tetapi kepentingan kesemua negara memainkan peranan dalam menentukan strategi pertahanan. Hanya sedikit yang diketahui mengenai fungsi dalaman kongres atau perbincangan semasa persidangannya. Hanya 70 dari sekitar 700 negara kota Yunani menghantar perwakilan.

Tentera Parsi pertama kali berhadapan dengan pasukan gabungan 10,000 orang hoplites Athens dan Sparta diketuai Euanetus dan Themistocles di lembah Tempe. Apabila mendengar berita ini, Xerxes menghantar tenteranya melalui selat Sarantaporo, yang mana tidak dikawal, dan mengelakkan mereka. Hoplites tersebut, diberi amaran oleh Alexander I dari Macedon, mengosongkan laluan tersebut.[14] Perikatan Yunani menimbang strategi titik penyumbat berikut di mana pasukan Parsi boleh dihentikan adalah di Thermopylae.[15] Mereka memutuskan bagi mempertahankannya dan menghantar armada ke Artemision, titik sumbat laut, kerana tentera Xerxes dibekalkan dan disokong melalui laut. Menggunakan armada laut, bala tentera Xerxes mungkin menyeberangi teluk Maliacos dan memintas tentera Yunani sekali lagi; dalam kata George Grote: "... penjajahan bahagian utara selat Euboean adalah penting bagi menghalang armada Parsi dari mendaratkan tentera dibelakang pasukan bertahan di Thermopylae."[16]

Strategi umum Yunani disahkan melalui ucapan berikutnya pada abad yang sama:[17]

Tetapi sementara Yunani menunjukkan kecenderungan ini [untuk menyertai Parsi], pihak Athen, sebaliknya, menaiki kapal mereka dan tergesa-gesa mempertahankan Artemisium; sementara Spartan dan sesetengah penyokong mereka bergerak bagi mempertahankan Thermopylae, menilai keadaan muka bumi yang sempit mampu membolehkan mereka menguasai laluan.

Herodotus menulis:[18]

Tentera termasuk Leonidas dihantar kehadapan oleh Spartan mendahului pasukan utama mereka, agar kehadiran mereka mungkin menggalakkan pasukan perikatan untuk berjuang, dan menghalang mereka dari menyertai Medes, sebagaimana yang mungkin dilakukan mereka sekiranya mereka melihat Sparta kekal di baris belakang. Mereka akhirnya turut serta, selepas selesai merayakan Perayaan Carneia, yang melambatkan mereka di situ, setelah meninggalkan satu garison di Sparta, mereka dengan tergesa-gesa menyertai tentera hadapan dengan kekuatan penuh. Anggota perikatan yang lain bermaksud melakukan perkara yang sama; kerana ia berlaku semasa Perayaan Olympik jatuh pada tempoh yang sama. Tidak siapa antara mereka menduga bahawa pertarungan di Thermopylae berakhir dengan sebegitu pantas; dengan itu mereka berpuas hati hanya sekadar menghantar pengawal hadapan sahaja. Begitulah niat pasukan berikat tersebut.

Semasa perayaan Carneia, aktiviti ketenteraan dilarang oleh undang-undang Spartan. Pada Pertempuran Marathon, pasukan Spartan tiba terlalu lambat disebabkan peraturan ini. Pada kali ini, ephor memutuskan kepentingan cukup besar bagi membenarkan ekspedisi hadapan awal di bawah salah seorang rajanya (Leonidas), yang boleh digunakan bagi menentukan secara kasar masa dalam tahun. Perayaan Carneia berlaku pada akhir musim panas (Julai, Ogos atau September) dari 7th hingga 15th berakhir dengan bulan penuh.[19]

Lagenda Thermopylae sebagaimana diceritakan oleh Herodotus mengatakan bahawa Sparta merujuk Oracle di Delphi sebelum keluar bertemu tentera Parsi. Oracle di Delphi dikatakan membuat ramalan berikut dalam rangkap hexameter:[20]

Oh lelaki yang tinggal di jalan yang lebar Lacedaemon!
Samaada bandar hebat anda dijarah oleh anak-anak Parsi
Atau, sebagai tukaran, seluruh negara Laconian perlu,
Menangisi kehilangan Raja, keturunan Herkules agung.
O ye men who dwell in the streets of broad Lacedaemon!
Either your glorious town shall be sacked by the children of Persia,
Or, in exchange, must all through the whole Laconian country
Mourn for the loss of a king, descendant of great Heracles.


Ketua pemimpin keseluruhan pasukan Yunani merupakan Leonidas, yang dihormati ramai.[21] Herodotus menulis bahawa dia merasa pasti akan pergi menemui ajalnya, kerana pasukannya tidak cukup untuk menang, dan dengan itu hanya memilih lelaki dengan anak yang masih hidup untuk menyertainya.[22] Plutarch menyebut dalam Pembunuhan Wanita Sparta - Sayings of Spartan Women bahawa, selepas menyokongnya, isteri Leonidas Gorgo bertanyakan apa yang perlu dilakukannya selepas dia pergi. Dia menjawap, "Kawin dengan lelaki yang baik, dan dapatkan anak yang baik."[23]

Ketibaan tentera Parsi sunting

Herodotus menyatakan (attests) bahawa berlaku perbualan pada awal ekspedisi antara Xerxes dan Demaratus, raja Spartan yang telah disingkir yang bekerja dengannya. Xerxes menanyai Demaratus samaada dia fikir orang Yunani akan melawan, kerana pada pendapat Xerxes tidak Yunani atau keseluruhan Eropah mampu menahannya kerana mereka berpecah-pecah.[24] Demaratus menjawap:[25]

Pertama, mereka tidak akan menerima syarat dari anda yang membawa perhambaan kepada Hellas; dan kedua, mereka akan bertempur dengan anda sungguhpun kesemua Yunani menyokong anda. Jangan tanya berapa ramai orang yang akan melakukannya; mereka akan berjuang menentang anda samaada mereka mempunyai tentera seribu orang, atau lebih dari itu, maupun kurang.

Xerxes tertawa mendengar jawapan ini, mendakwa bahawa "orang bebas" dalam sebarang jumlahpun tidak mampu bertahan melawan bala tenteranya yang disatukan di bawah satu pemimpin, dan ketaatan kepada satu tuan manjadikan tenteranya amat berani, atau mereka akan dipimpin kedalam pertempuran "melalui cemeti" sungguhpun melawan tentera sebesar manapun. Dia menambah bahawa "sungguhpun Yunani mempunyai jumlah yang lebih besar berbanding anggaran kita, kita masih melebihi mereka pada nisbah 100 pada 1". Dia menegaskan bahawa tenteranya mempunyai orang yang gembira melawan tiga orang Yunani serentak dan Demaratus hanya merepek.[26] Mendengarkan ini Demaratus menjawab:[27]

I akan sungguh gembira melawan dengan seseorang yang mendakwa setiap satu setanding dengan tiga orang Yunani. Begitu juga dengan Lacedaemonians; berjuang bersendirian mereka setara dengan orang paling berani, dan bersama mereka merupakan pejuang terbaik di dunia. Mereka adalah bebas, tetapi tidak bebas sepenuhnya: undang-undang adalah tuan mereka, yang mereka patuhi lebih dari orang anda patuh kepada anda. Mereka lakukan apa sahaja yang disuruhnya; dan suruhannya sentiasa sama, bahawa mereka tidak boleh lari dari pertempuran apabila berhadapan dengan apa juga jumlah musuh, tetapi hendaklah kekal pada kedudukan mereka dan menang atau mati.

Dengan ketibaan tentera Parsi di Thermopylae, tentera Yunani memulakan persidangan majlis (council meeting). Sesetengah pihak Peloponnesos mencadangkan pengunduran ke semenanjung Corinth dan menghalang laluan ke Peloponnesos. Mereka menyedari bahawa tentera Persia akan melalui Athens untuk sampai ke sana. Phocians dan Locrians, yang negara mereka berdekatan, merasa diperkecilkan, dan menasihat agar mempertahankan Thermopylae dan meminta bantuan. Leonidas dan keseluruhan Spartan bersetuju mempertahankan Thermopylae.[28]

Sementara itu, tentera Persia melalui laluan dan menghantar peninjau berkuda bagi meninjau. Orang Yunani membiarkannya menghampiri kem mereka dan memantau mereka dan pergi. Apabila peninjau melaporkan kepada Xerxes jumlah tentera Yunani dan orang-orang Spartan sedang melakukan calisthenics, mensisir rambut panjang mereka, melicinkan badan mereka dan meminyakkan badan dan tombak mereka, Xerxes mendapati lapuran itu menggelikan hati. Sekali lagi mendapatkan nasihat Demaratus, Xerxes diberitahu bahawa Spartan sedang bersiap untuk bertempur dan ia menjadi adat mereka untuk menyisir tambut apabila mereka akan mempertaruhkan nyawa mereka. Demaratus menggelar mereka "orang paling berani di Yunani" dan memberi amaran kepada Raja Agung bahawa mereka berniat untuk mengadang laluan itu. Dia menegaskan bahawa dia telah cuba memberi amaran kepada Xerxes awal kempen tersebut, tetapi Raja enggan mempercayainya. Dia menambahkan bahawa sekiranya Xerxes mampu menundukkan Spartan, "tidak akan ada sebarang negara lain di seluruh dunia yang akan mengangkat senjata mempertahankan diri mereka" (terjemahan Rawlinson).[29]

Xerxes masih tidak percaya, mendapati ia sukar dipercayai bahawa tentera sekecil itu mencabar tenteranya. Plutarch memberitahu bahawa Xerxes kemudian menghantar utusan kepada tentera Yunani. Pada mulanya, dia mengajak Leonidas untuk menyertainya dengan menawarkan menjadi raja seluruh Yunani. Leonidas menjawab: "Sekiranya anda mempunyai sebarang pengetahuan tentang perkara murni dalam kehidupan, anda akan berhenti menigini milik orang lain; tetapi bagi saya untuk mati bagi Yunani adalah lebih baik dari menjadi pemimpin tunggal kepada bangsa saya."[30]

Sungguhpun jauh lebih kecil, semangat tentera Yunani adalah tinggi. Herodotus menulis bahawa apabila Dienekes, tentera Spartan, diberitahu bahawa panah Parsi amat banyak sehingga "menutup matahari", dia menjawab dengan kenyataan berciri lakonik, "Lebih baik begitu, kita akan bertempur bawah redup."[31]

Pertempuran sunting

Kegagalan serangan langsung sunting

Xerxes menunggu selama empat hari bagi tentera Yunani untuk berundur. Pada hari kelima dia menghantar Medes dan Cissia, bersama mereka yang mempunyai saudara yang telah mati sepuluh tahun dahulu dalam pertempuran Marathon, untuk mendapatkan tahanan Yunani dan membawa mereka kehadapannya.[32][33] Mereka kemudiannya mendapati diri mereka berada dalam serangan berhadapan.[32] Pihak Yunani telah berkemah pada kedua belah dan membina semula tembok Phocian. Tembok itu dikawal dan tentera Yunani bertempur dihadapannya.[34]

Perincian mengenai taktik amat kurang. Diodorus menyatakan "mereka berdiri bahu ke bahu" dan Yunani adalah "lebih baik dalam keberanian dan saiz perisai mereka."[35] Formasi yang digambarkan merupakan piwaian bagi formasi phalanx Yunani piwaian, dinding perisai bertindih dan lapisan mata lembing, yang hanya boleh berkesan sekiranya ia menyeberangi keluasan laluan itu. Herodotus menyatakan bahawa setiap unit bagi setiap negeri duduk bersama.[21] Perisai kecil dan lembing pendek Persia tidak dapat menandingi persenjataan hoplites Yunani yang lebih baik.[35][36] Pihak Yunani membunuh sebegitu banyak tentera Medes Parsi sehinggakan Xerxes dikatakan telah berdiri daripada kerusi yang didudukinya bagi menyaksikan pertempuran itu sebanyak tiga kali.[37] Menurut Ctesias, gelombang pertama "dihancurkan" dengan hanya dua atau tiga Spartan yang mati.[38]

Menurut Herodotus dan Diodorus, raja Xerxes, melihat musuh tersebut, menghantarkan tentera terbaiknya dalam gelombang kedua pad ahari yang sama: Abadi Parsi, pasukan elit 10,000 orang.[35][36] Ctesias menceritakan cerita yang berbeza, bahawa Xerxes menghantar tambahan 20,000 tentera menentang Yunani, selepas 10,000 pertama di bawah pimpinan Artapanus dikalahkan. Mereka juga turut gagal membuka laluan tersebut sungguhpun mereka disebat oleh pemimpin mereka untuk terus mara.[38] Sungguhpun begitu, ia hanya berhadapan dengan 10,000 Medes, pasukan Abadi hanya 10,000 dan sebagai tentera elit a tidak perlu bagi menyebat mereka. Pada hari kedua menurut Ctesias, Xerxes menghantar tambahan 50,000 orang bagi menyerang laluan tersebut, tetapi sekali lagi mereka gagal. Xerxes pada akhirnya menghentikan serangan dan berundur ke kemah, keliru sepenuhnya.[38]

Pengepungan Yunani sunting

Lewat pada petang hari kedua pertempuran, ketika raja Persia memikirkan langkah berikutnya, dia mendapat durian runtuh: seorang pengkhianat Yunani dari puak Malians bernama Ephialtes dari Trachis memberitahu kepadanya mengenai laluan memintas Thermopylae dan menawarkan untuk memandu tentera Persia. Ephialtes didorong oleh keinginan mendapatkan hadian.[39] Bagi tindakan ini, nama Ephialtes menerima stigma selamanya, melambangkan "mimpi ngeri" dan menjadi istilah contoh kemuncak (archetypal) bagi "pengkhianat" bagi Yunani.[40]

Menurut Herodotus, Xerxes menghantar komandernya Hydarnes untuk memintas laluan tersebut dengan pasukan dibawah pemerintahannya, tetapi Herodotus tidak menyatakan siapa yang membentuk pasukan tersebut.[41] Hydarnes memerintah pasukan Abadi, tetapi mereka kalah teruk semalam. Ctesias memberitahu cerita berlainan, menyatakan bahawa 40,000 tentera telah dihantar memintas laluan tersebut dibawah pimpinan Trachinians.[38] Cerita ini boleh diimbangkan dengan menganggap bahawa Hydarnes diberikan pemerintahan pasukan yang diperkukuh termasuk sisa pasukan Abadi, tetapi ini hanyalah satu jangkaan. Laluan bermula dari timur kem Persia sepanjang rabung Gunung Anopaea di belakang tebing yang merentasi laluan. Ia bercabang dengan satu laluan menghala ke Phocis dan yang lain menghala ke Teluk Malis di Alpenus, bandar pertama Locris. Leonidas telah meletakkan 1,000 sukarelawan Phocian ditebing bagi mengawal laluan tersebut.[42]

Amaran pertama mereka mengenai kemaraan tentera Persia pada subuh pagi adalah gemersikan daun oak. Herodotus menyatakan mereka melompat bangun dan amat terkejut.[43] Hydarnes juga mungkin terkejut melihatkan mereka tergesa-gesa melengkapi senjata sama seperti mereka melihat mereka dan pasukan Persia. Dia bimbang bahawa mereka adalah Spartan, tetapi dijelaskan oleh Ephialtes dan mula menghujani mereka dengan hujan panah. Pasukan Phocians kemudiannya berundur ke puncak gunung bagi bertahan, tetapi pasukan Persia mengambil laluan kiri ke Alpenus dan dengan itu berpusing kebelakang pasukan utama Yunani.[43]

Pertahanan terakhir Yunani sunting

Mendapat tahu bahawa Phocians gagal bertahan Leonidas mengadakan majlis perang pada subuh pagi. Sesetengah Yunani menyeru untuk berundur, sementara yang lain untuk bertahan. Keputusan majlis, ramai dari pasukan Yunani memilih untuk berundur.[44] Herodotus percaya bahawa Leonidas bersetuju dengan pengunduran mereka dengan mengeluarkan arahan, tetapi dia turut memberikan sudut pandangan lain bagi pasukan lain yang berundur tanpa arahan rasmi.[45] Pasukan Spartan telah berjanji untuk berjuang sehingga ketitisan darah terakhir. Bagaimanapun, satu kontigen sekitar 700 Thespians, di bawah pimpinan Jeneral Demophilus, anak kepada Diadromes, enggan berundur bersama pasukan Yunani lain, tetapi mencebur nasib mereka bersama-sama pasukan Spartan.[46]

Dikatakan, bahawa pasukan Spartan mematuhi sumpah mereka dan mematuhi ramalan oracle Delphi (lihat di atas dibawah persediann Yunani). Bagaimanapun, ia mungkin juga strategi yang dipilih bagi melewatkan kemaraan Persia dan melindungi pengunduran tentera Yunani. Sebaik sahaja melepasi laluan gunung, pasukan Persia mampu menggunakan pasukan berkuda mereka untuk mengejar dan menghentikan pengunduran infantri Yunani di permukaan muka bumi terbuka. Pasukan infantri berat Yunani tidak mampu lari dari pasukan berkuda Persia; dan sebaik sahaja berhenti di kawasan terbuka, pasukan Yunani boleh ditumpasi oleh jumlah lebih besar dan rempuhan pasukan berkuda. Malah, dengan pasukan Persia begitu hampir, keputusan untuk kekal dan berjuang kemungkinannya keperluan taktikal yang dijadikan lebih mudah diterima oleh ramalan oracle.[47] Pada waktu subuh, Xerxes berehat, berhentu bagi membenarkan pasukan Abadi Persia masa yang mencukupi bagi menuruni gunung, dan kemudian memulakan kemaraannya.Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref>

Menerima perisikan bahawa Ephialtes dan pasukan Abadi sedang mara kebelakang mereka, tentera Yunani berundur dan bertahan di bukut di belakang tembok. Pasukan Theban "berpisah dari sekutu mereka, dan dengan tangan diangkat, maju kearah orang gasar (barbarians)..." (terjemahan Rawlinson), tetapi beberapa orang dibunuh sebelum mereka diterima menyerah diri. Raja Persia kemudiannya mengecap tahanan Theban dengan tanda di raja.[48] Mengenai baki yang bertahan, Herodotus berkata: "Di sini mereka bertahan sehingga titisan darah terakhir, mereka yang masih memiliki pedang menghayunkannya, dan yang lain melawan menggunakan gigi dan kuku mereka; ...."[49] Meruntuhkan sebahagian dari tembok tersebut, Xerxes memerintah bukit itu dikepong dan Persia menghujani mereka dengan panah sehingga tentera Yunani terakhir terbunuh.[49] Pada 1939 seorang pakar cari gali purba (archaeologist), Spyridon Marinatos, membongkar Thermopylae menjumpai sejumlah besar mata panah Parsi di Bukit Kolonos, mengenal pasti bukit itu sebagai di mana tentera Yunani terbunuh dan bukannya dari bukit yang lebih kecil yang lebih hampir dengan tembok.[50]

Selepasnya sunting

Apabila mayat Leonidas dapat diambil oleh Persia, raja Xerxes, amat marah dengan Leonidas telah memerintah agar kepala Leonidas dipenggal dan tubuhnya disalib. Herodotus mengulas bahawa tindakan ini amat luar biasa bagi Persia, kerana mereka mempunyai tabiat melayan "pahlawan berani" dengan penuh kemuliaan[51] (sebagai contoh tahanan Pytheas yang ditawan lebih awal di Skyros turut menunjukkan itu[52]). Bagaimanapun, Xerxes terkenal dengan panas barannya, sebagaimana dia memerintah Hellespont disebat kerana ia tidak mematuhinya.[53]

Xerxes hairan apa yang hendak dilakukan oleh tentera Yunani (kerana jumlah mereka yang kecil) dan mengarah beberapa orang Arkadian yang melarikan diri disoal di hadapannya. Jawapannya adalah semua yang lain sedang mengambil bahagian dalam Sukan Olympic. Apabila Xerxes bertanyakan apakah hadian bagi pemenangnya, ia dijawab dengan "dahan zaiton". Sementelah mendengar ini, Tigranes, Jeneral Parsi, berkata: "Demi Dewa, Mardonius, manusia jenis apa yang anda adukan dengan kami? Ia bukannya wang yang mereka rebutkan tetapi demi kemuliaan pencapaian!" (terjemahan Godley).[54]

Selepas tentera Parsi berlalu, tentera Yunani yang dikalahkan mengumpul mayat mereka dan mengebumikan di bukit. Patung batu singa diletakkan bagi mengingati Leonidas.[49] Empat puluh tahun selepas pertempuran, rangka Leonidas dikembalikan ke Sparta di mana dia dikebumikan sekali lagi dengan penuh kehormatan dan perlawanan pengkebumian diadakan setiap tahun bagi memperingatinya.[55]

Pertempuran Artemisium di laut berakhir dengan seri, di mana tentera laut Athen berundur. Tentera laut Parsi kini menguasai Laut Aegean dan semua semenanjung Yunani sejauh keselatan sehingga Attica. Tentera Spartans bersedia untuk mempertahankan Segenting Corinth dan Peloponnesos, sementara Xerxes mara dan menjarah Athens, yang penduduknya telahpun melarikan diri ke Pulau Salamis. Pada September, tentera Yunani mengalahkan Persia dalam Pertempuran Salamis di laut, yang mendorong kepada pengunduran pantas Xerxes. Baki tentera Parsi, ditinggalkan di bawah pemerintahan Mardonius, kemudiannya ditewaskan dalam Pertempuran Plataea oleh gabungan tentera Yunani yang sekali lagi dipimpin oleh Spartans, di bawah regent Pausanias.[56]

Muka bumi medan pertempuran sunting

Pada masa itu, laluan Thermopylae terdiri daripada laluan sempit sepanjang pantai Teluk Malis yang hanya mampu dilalui oleh satu pedati pada satu masa.[57] DI sebelah selatan laluan terseregam tebing tinggi, sementara di utara terletak teluk. Sepanjang laluan terdapat tiga halangan, atau "pintu pagar" (pylai), dan pada pintu pagar tengah tembok pendek telah didirikan oleh Phocians pada abad sebelumnya bagi membantu pertahanan mereka dari penjarahan Thessalian.[57] Nama "Pintu Pagar Panas" datangnya dari mata iar panas yang terdapat di situ.

Hari ini, laluan itu tidak terletak berhampiran pantai tetapi di daratan disebabkan oleh mendakan Teluk Malis. Laluan silam kelihatan di kaki bukit sekitar padang, diapit oleh jalan moden. Contoh teras kini menunjukkan bahawa laluan itu hanya seluas 100 meter dan air naik sehingga ke pintu pagar. Kata Lyn Dore: "Para pelawat tidak menyedari bahawa pertempuran berlaku diseberang jalan dari mana berdirinya batu peringatan."[58] Laluan ini masih merupakan kedudukan pertahanan semulajadi bagi tentera moden dan Yunani ketika Perang Dunia II ia menjadi salah satu pertahanan terhadap penjajahan Nazi beberapa meter dari medan pertempuran asal.

Tugu Leonidas sunting

Tambahan lagi, terdapat tugu moden pada tapak ini, dikenali sebagai "Tugu Leonidas" sebagai penghormatan kepada raja Spartan. Ia bercirikan patung gangsa Leonidas. Plag, di bawah patung, tertulis ringkas: "ּןכ‏ם כבג" ("Datang dan ambilnya!"). Metope di bawah menggambarkan gambaran pertempuran. Dua patung marmar di kiri dan kanan tugu, mewakili sungai Eurotas dan kuda Taygetos, tanda bagi Sparta.

Tugu Thespians sunting

Pada 1997, tugu kedua dirasmikan oleh kerajaan Greek, sebagai penghormatan kepada 700 Thespians yang berjuang di sisi Spartans. Tugu tersebut diperbuat daripada patung marmar menggambarkan dewa Eros, yang disembah semasa Thespiae silam. Di bawah patung, papan tanda tertulis"Dalam ingatan bagi tujuh ratus Thespians".

Plak di bawah patung menjelaskan simbolnya :

  • Patung tanpa kepala melambangkan pengorbanan tanpa nama 700 Thespians kepada negeri mereka.
  • Dada menonjol melambangkan pergelutan, keberanian, kekuatan, semangat dan keberanian.
  • Sayap terdapang melambangkan kejayaan, kehormatan, semangat, jiwa dan kebebasan.
  • Sayap patah melambangkan pengorbanan dan kematian yang direlakan.
  • Tubuh bogel melambangkan Eros, dewa paling penting bagi Thespians silam, sebagai dewa pencipta, kecantikan dan kehidupan.

Tugu Thespians diletakkan bersebelahan dengan Spartans.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Green, Peter (1996). The Greco-Persian Wars. University of California Press. m/s. page 140. ISBN 0-520-20313-5. |pages= has extra text (bantuan)
  2. ^ Herodotus VIII, 24
  3. ^ Herodotus VII, 202
  4. ^ Herodotus VII, 223
  5. ^ Bury, J. B.; Meiggs, Russell (Editor) (July 2000), A History of Greece to the Death of Alexander the Great (ed. 4th Revised), Palgrave Macmillan, ISBN 978-0-333-15493-9CS1 maint: extra text: authors list (link). Page 271.
  6. ^ a b Eikenberry, Lt. Gen. Karl W. (Summer 1996). "Take No Casualties". Parameters: US Army War College Quarterly. XXVI (2): pages 109-118. Dicapai pada 2007-10-17. |pages= has extra text (bantuan)
  7. ^ A discussion of the advantages and disadvantages of these historial terms may be found in Sekunda, Nick (2002). Marathon 490 Bc: The First Persian Invasion of Greece. Osprey Publishing. m/s. page 7. ISBN 1-84176-000-5. |pages= has extra text (bantuan)
  8. ^ Herodotus VI, 48
  9. ^ Herodotus VII, 133
  10. ^ Herodotus VII, 32
  11. ^ Herodotus VII,145. Dia tidak menggunakan istilah "kongres" atau sebarang perkataan silam setara. Dia hanya menyatakan mereka bertukar-tukar janji dan berbincang bersama.
  12. ^ Herodotus, VII, 148
  13. ^ Herodotus VII, 161
  14. ^ Herodotus VII,173
  15. ^ Herodotus VII,175
  16. ^ Grote, George. A History of Greece: Part II: Chapter XL Battles of Thermopylae and Artemisium.. Sepanjang beberapa dekad banyak edisi Grote telah diterbitkan. Muka surat bergantung kepada edisi. Petikan ini terletak pada permulaan bab.
  17. ^ Lysias, Funeral oration II, Section 30, translated by W.R.M. Lamb. The orations of Lysias can also be found at Lysias. "II. Funeral Oration" (ascii text). The Orations of Lysias. Project Gutenberg. Dicapai pada 2007-10-27.
  18. ^ Herodotus VII, 206 entire. The translation is Rawlinson's. The Godley translation can be found at [1]
  19. ^ Hari sebenar pertempuran tidak dapat diketahui dengan jelas maupun pengkaji bersetuju mengenainya. Ringkasan mengenai apa yang diketahui mengenai Carneia boleh didapati dalam Burkert, Walter (1985). Greek Religion: Archaic and Classical. Blackwell Publishing. m/s. pages 234-236. Text "id-ISBN 0-631-15624-0" ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  20. ^ Herodotus (2005). "The History of Herodotus: Polymnia". Greek Texts. Greek-Texts.com & Greece Http Ltd. m/s. page 50. Diarkibkan daripada yang asal (html) pada 2018-03-21. Dicapai pada 2007-10-18. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  21. ^ a b Herodotus VII.204
  22. ^ Herodotus VII, 205
  23. ^ Plutarch. "Gorgo" (html). Moralia: Apophthegmata Lacaenarum: as published in Vol. III of the Loeb Classical Library Edition, 1931. Bill Thayer. Dicapai pada 2007-10-26. Paragraph 240E, Saying 6.
  24. ^ Herodotus VII, 101
  25. ^ Herodotus VII, 102
  26. ^ Herodotus VII, 103
  27. ^ Herodotus VII, 104
  28. ^ Herodotus VII, 207
  29. ^ Herodotus VII, 209
  30. ^ Plutarch. "Leonidas, Son of Anaxandridas" (html). Moralia: Apophthegmata Laconica: as published in Vol. III of the Loeb Classical Library Edition, 1931. Bill Thayer. Dicapai pada 2007-10-26. Paragraph 225C, Saying 10.
  31. ^ Herodotus. Ketika mendengar bahawa panah akan menutup matahari, Dioneces, jeneral Spartan, berkata, "Baiklah itu. Kita ada teduhan untuk bertempur." VII, 226. "Bawah teduhan" digunakan oleh Division Perisai XX Tentera Hellenic sebagai moto mereka.
  32. ^ a b Herodotus VII, 210
  33. ^ Diodorus Siculus XI, 6
  34. ^ Herodotus VII, 208
  35. ^ a b c Diodorus Siculus XI, 7
  36. ^ a b Herodotus VII, 211
  37. ^ Herodotus VII, 212
  38. ^ a b c d Ctesias. "Persica" (html). Bibliotheca or Myriobyblon: Codex 72. The Tertullian Project. Dicapai pada 2007-10-25. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  39. ^ Herodotus VII, 213
  40. ^ Tegopoulos, G. (1988). Elliniko Lexico (Greek Dictionary). Armonia. Text "location-Athens" ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) Word: ֵציכפחע.
  41. ^ Herodotus VII, 215
  42. ^ Herodotus VII, 217
  43. ^ a b Herodotus VII, 218
  44. ^ Herodotus VII, 219
  45. ^ Herodotus VII, 220
  46. ^ Herodotus VII, 222
  47. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IEE tidak disediakan
  48. ^ Herodotus, VII 233
  49. ^ a b c Herodotus, VII, 225
  50. ^ Crawford, Osbert Guy Stanhope (1955). Said and Done: The Autobiography of an Archaeologist. Weidenfeld and Nicolson. m/s. page 302. |pages= has extra text (bantuan)
  51. ^ Herodotus VII, 238
  52. ^ See Herodotus VII,181
  53. ^ Herodotus VII, 35
  54. ^ Herodotus, VIII, 26
  55. ^ Pausanias Book III Ch. XIV Sect. 1
  56. ^ Herodotus book IX
  57. ^ a b Herodotus VII,176
  58. ^ Dore, Lyn (2001), "Once the War Is Over", dalam Freeman, P.W.M.; Pollard, A. (penyunting), Fields of Conflict: Progress and Prospect in Battlefield Archaeology, David Brown Book Co., m/s. pages 285-286, ISBN 978-1-84171-249-9 |pages= has extra text (bantuan). Rencana ini boleh dilihat di [2]

Bacaan lanjut sunting

  • Barkworth, Peter R. (1993). "The Organization of Xerxes' Army" (PDF). Iranica Antiqua. XXVII: pages 149-167. Dicapai pada 2007-10-18. |pages= has extra text (bantuan)
  • Bradford, Ernle (2004). Thermopylae: The Battle for the West. Da Capo Press. ISBN 0-306-81360-2.
  • Cartledge, Paul (2006). Thermopylae: The Battle That Changed the World. Woodstock, New York: The Overlook Press. ISBN 1-58567-566-0.
  • Matthews, Rupert (2006). The Battle of Thermopylae: A Campaign in Context. Stroud, Gloucestershire, UK: Tempus Publishing. ISBN 1-86227-325-1.
  • Morris, Ian Macgregor (2000). "'To Make a New Thermopylae': Hellenism, Greek Liberation, and the Battle of Thermopylae". Greece & Rome. 47 (2): pages 211–230. |pages= has extra text (bantuan)

Pautan luar sunting