Pertempuran Thymbra

Pertempuran Thymbra adalah satu pertempuran mukmatad di antara Croesus dari empayar Lydia menentang Cyrus Agung yang berlaku dalam bulan-bulan terawal tahun 547 SM. Cyrus, yang mengejar Croesus sehingga ke Lydia berikutan seri dalam Pertempuran Pteria, berjumpa dengan sebahagian sisa-sisa tentera Croesus di dalam satu pertempuran di dataran di utara Sardis. Meskipun tentera Croesus diperkuat dengan ramai tentera baru, Cyrus berjaya menewaskan mereka, walaupun jumlah nisbah kadar tentera yang lebih atau kurang 2:1.

Pertempuran Thymbra
Sebahagian daripada Kempen Cyrus Agung
TarikhDisember, 547 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan muktamad Parsi.
Perubahan
wilayah
Lydia diilhak oleh Parsi.
Pihak yang terlibat
Empayar Lydia,
tentera upahan Arabia,
tentera upahan Babylon,
tentera upahan Mesir
Empayar Achaemenid,
tentera upahan Arabia
Komandan dan pemimpin
Croesus dari Lydia,
Artacamas dari Phrygia,
Aribaeus dari Cappadocia,
Aragdus dari Arabia,
Gabaedus dari Hellespont,
lain-lain tidak diketahui
Cyrus Agung,
Arsames dari Parsi,
Hystaspes dari Parsi,
Artabazus,
Aglaitadas,
Chrysantas,
Madates,
Megabyzus,
Abradates dari Susia,
Andamyas dari Media,
Araspas,
Harpagus,
Rambacas,
Tanaoxares,
Tigranes dari Armenia,
Embas,
Artouchas dari Hyrcania,
Datamas dari Cadusia,
Alceuna,
Rhathines,
Gubaru dari Babylonia,
Gadates,
Amorges atau Thambradas dari Sacia,
Euphratas,
Dauchas
Carduchas,
Artaozus,
Artagerses,
Pharnuchus,
Asiadatus,
Adousius,
lain-lain tidak diketahui
Kekuatan
100,000+ [1]
420,000, (simpanan)?
300 rata
(Xenophon)
105,000
(bancian moden)
30,000 [2] to 50,000, [3]
196,000, (simpanan)?
300 kavalri unta,
700? rata
(300 engaged),
5-6 menara pengepungan
(Xenophon)
49,000
(bancian moden)
Kerugian dan korban
Besar Kecil

Gambaran sunting

Pada 612 BCE satu gabungan tentera Medes, Babylonian, dan Scythians membinasakan bandar Nineveh, menjatuhkan Empayar Assyrian. Orang Babylonian menguasai bahagian selatan bekas empayar Assyrian, sementara Medes mengawal bahagian utara. Medea ketika itu menduduki kawasan masa kini barat laut selatan Iran di selatan Laut Kaspian dan sebahagian Armenia. Medes turut meluaskan penguasaan mereka di sebelah barat ke sempadan Asia Kecil dan timur Afghanistan.

Pada 553 BCE Cyrus, anak kepada raja Astyages dari Medes, memberontak menentang ayahnya. Cyrus disokong oleh bangsawan berkuasa yang tidak suka dengan polisi kuku besi Astyages. Perang saudara itu berlangsung selama empat tahun dan hanya pada 550 Cyrus memenangi Pertempuran Pasargadai di mana dia menawan ibu kota Parsi. Dia kemudian menawan ibu kota Medean iaitu Ecbatana pada 550–549 dan kemudian menghabiskan masa selama beberapa tahun mengukuhkan kuasanya, mendapatkan sokongan ramai bekas musuhnya dengan memberikan mereka kedudukan dalam tentera dan kerajaan. Dia kemudian memerintah sebagai Cyrus II dan dikenali sebagai Cyrus yang Agung, dia menjadi salah seorang pemerintah Parsi yang penting.

Kebangkitan kuasa Parsi membimbangkan Raja Croesus dari Lydia di Asia Kecil, yang meminta bantuan dari Mesir, Babylon, dan Sparta. Lydia terkenal dengan pasukan berkudanya yang baik, yang dianggap oleh Cyrus sebagai ancaman pada kedudukannya. Pada 547 Croesus menghantar tenteranya menyeberangi sungai Halys ke Medea, dan Cyrus mengumpul tenteranya untuk menghadapinya. Tenteranya bergerak ke sebelah barat sepanjang sempadan antara Medea dan Babylonia, menyeberangi Sungai Tigris di Arbela. Cyrus kemudiannya mengumpulkan tentera tambahan di Armenia dan Kurdistan, Cyrus sampai ke lapangan Cappadocian di Medea pada akhir 547.

Kedua pihak bertempur dalam musim sejuk berhampiran Pteria tanpa hasil yang jelas. Disebabkan pasukannya telahpun menghabiskan kebanyakan makanan di Cappadocia, Croesus memutuskan untuk berundur bagi musim sejuk ke ibu kotanya di Sardis sebelah barat Anatolia. Di sana dia melepaskan tentera upahan Yunaninya dan menghantar perutusan pada sekutunya, memberitahu sekutunya pasukan yang diperlukannya bagi kempen musim bunga. Penasihat Cyrus menasihatinya untuk pulang bersama tenteranya dan meneruskan pertempuran pada musim bunga. Cyrus menolak apa yang kelihatannya nasihat yang baik dan sebaliknya memutuskan untuk menyerang ketika Croesus ketiadaan tentera upahan. Cyrus juga tahu bahawa pihak sekutu Croesus tidak dapat membantunya untuk selama beberapa bulan lagi.

Selepas memberikan masa yang mencukupi bagi Croesus untuk kembali ke Sardis dan membubarkan pasukan tenteranya, Cyrus menurutinya, berarak merentasi Anatolia. Sungguhpun Croesus menerima laporan mengenai kemaraan tentera Parsi, dia tidak mengindahkannya sebagai khabar angin. Tidak sehingga Cyrus tiba dengan tenteranya di hadapan Sardis barulah Croesus menyedari apa yang berlaku. Croesus masih memiliki alasan untuk berasa yakin kerana pasukannya jauh lebih besar berbanding tentera Cyrus, yang berjumlah kemungkinannya 20,000 hingga 50,000 orang.

Pada awal 546 kedua pasukan berhadapan di Lapangan Thymbra di luar kota Sardis. Cyrus mengatur tenteranya dalam kedudukan segi empat sama yang besar, menyimpan pasukan pedati dan pasukan berkudanya di baris belakang, sementara Croesus mengatur tenteranya dalam barisan memanjang tradisi. Croesus memulakan pertempuran dengan menghantar tentera berkudanya untuk mengepong segi empat Parsi. Ini mencipta ruang dalam barisan Lydian, dan Cyrus menghantar tentera menunggang unta untuk menyerang pasukan berkuda musuh. Salah seorang Jeneralnya telah mengulas bahawa di Pteria, kuda Lydian takutkan unta Parsi yang digunakan bagi mengangkut bekalan, dan Cyrus kini cuba mengambil peluang kelebihan ini. Apabila mencium bau unta menghampiri kuda-kuda Lydian lari. Sungguhpun pasukan berkuda Lydian turun, mereka tidak dapat berjuang dengan berkesan untuk menggunakan tombak mereka sacara berdiri. Sementara itu pasukan pemanah tentera Parsi yang terletak dalam formasi segi empat sama Parsi memanah pada barisan Lydian, memecahkannya dengan lebih lanjut. Cyrus kemudian memerintah pasukan berkuda dan pejalan kakinya untuk menyerbu melalui ruang tersebut, mengundurkannya. Sisa tentera Lydian mengundur ke dalam kota Sardis, yang segera dikepung oleh Cyrus.

Selepas 14 hari, pasukan Parsi mengambil peluang pada kedudukan lemah pada dinding kota dan menawan sebahagian tembok termasuk Croesus. Sardis menyerah pada hari berikutnya. Kemenangannya di Thymbra membolehkan Cyrus mendapatkan sumber Lydia yang besar. (Croesus merupakan sekutu tentera penting yang membantu Cyrus untuk mengalahkan Empayar Babylon Baru pada tahun 539.)


Nota sunting

  1. ^ Davis, Paul
  2. ^ Campbell, Alexander
  3. ^ Kindersley, Dorling

Rujukan sunting

  • Spencer C. Tucker, Battles that Changed History - An Encyclopedia of World Conflict, 2011
  • Cook, J. M. The Persian Empire. New York: Schocken Books, 1983.
  • Lamb, Harold. Cyrus the Great. Garden City, NY: Doubleday, 1960.
  • Xenophon. Cyropaedia. Translated by Walter Miller. Cambridge: Harvard University Press, 1979.
  • Paul K. Davis (1999). 100 Decisive Battles: From Ancient Times to the Present. Santa Barbara, California. ISBN 1-57607-075-1.
  • Alexander Campbell (1830). The Millennial Harbinger, Vol. I, No. IX.
  • Dorling Kindersley (2005). Grant, R.G Battle, a Visual Journey Through 5000 Years of Combat pg 19. London, England.

Pautan luar sunting