Pertempuran Tigranocerta

Pertempuran Tigranocerta (Bahasa Armenia: Տիգրանակերտի ճակատամարտ, Tigranakerti tchakatamart) tercetus pada 6 Oktober 69 Sebelum Masihi (SM) antara tentera Republik Rom dan Kerajaan Armenia yang dipimpin oleh Tigranes Agung. Tentera Rom yang diketuai oleh konsul Rom iaitu Lucius Licinius Lucullus telah menewaskan Tigranes dan hasilnya beliau dapat menawan ibu kota Tigranes, Tigranocerta.[2]

Pertempuran Tigranocerta
Sebahagian daripada Perang Mithridates Ketiga

Peta Pertempuran Tigranocerta.
Tarikh6 Oktober 69 SM
Lokasi
Keputusan Kemenangan Rom
Pihak yang terlibat
Republik Rom Kerajaan Armenia
Komandan dan pemimpin
Lucullus
Legatus Fannius
Legatus Sextilius
Legatus Hadrianus
Tigranes Agung
Taxilés
Mancaeus
Mithrobarzanes
Kekuatan

11,000–40,000 tentera


10,000–24,000 infantri
1,000–3,300 Rom, 10,000 kavalri Galatia dan Thracia
infantri Bithynia

70,000–100,000 tentera


Adiabenia, Corduenia, Iberia, Medes
20,000–25,000 Armenia
Kerugian dan korban
Tidak diketahui kemungkinannya tinggi

Tidak diketahui dan anggarannya dari 10,000 hingga mencecah 100,000[1]


5,000 terkorban
5,000 ditawan

Latar belakang sunting

Selepas Pertempuran Cyzicus, Lucullus terus mara untuk menentang Mithridates apabila kedua-dua pihak meraih kemenangan dan kekalahan dalam beberapa siri pertempuran kecil. Mithridates terpaksa mencari perlindungan ke Armenia di timur bersama dengan hanya 2,000 kavalri manakala tentera Rom dapat menawan beberapa kota penting di Kerajaan Pontus sebelum mereka akhirnya menguasai ibu kota Pontus, Sinope beberapa minggu kemudian. Pada tahun 71 SM, sebahagian besar kawasan Anatolia berada di bawah pemerintahan Rom.

Pada tahun yang sama, Lucullus telah menghantar utusan damai kepada anak lelaki Mithridates, Machares yang juga merupakan Raja Bosphorus. Machares telah mengkhianati bapanya sendiri dan beliau bersetuju untuk dijadikan naungan Rom. Beliau juga mendesak Tigranes supaya menyerahkan bapa mentuanya tetapi ditolak. Raja Armenia itu telah menguasai kawasan timur Anatolia, Cilicia, sebahagian daripada Syria, Iran dan Caucasus menjadikan beliau berasa amat yakin. Jeneral Rom pula telah menghabiskan masa pada tahun 70 SM untuk membina dasar pemerintahan dan barisan ketenteraan Rom di Anatolia. Pada tahun 69 SM, beliau akhirnya mara untuk menentang Tigranes bersama dengan kekuatan tentera seramai 35,000 infantri dan 10,000 kavalri. Sementara itu, Tigranes yang disokong oleh Raja Iberia dan Albania mempunyai lebih daripada 80,000 tentera di bawah pimpinannya. Beliau sangat bersungguh-sungguh untuk bertempur dengan Lucullus serta mengabaikan nasihat Mithridates untuk mengelakkan daripada bertempur dengan Rom di pertempuran terbuka.

Pertempuran sunting

Semasa Tigranes masih lagi merekrut tentera, Lucullus telah mara menuju ke Tigranocerta sebelum mengepungnya. Tidak lama kemudian, tentera Armenia turut menghampiri kota itu dan menyebabkan tentera Rom berundur. Sebatang sungai menjadi pemisah antara kedua-dua pihak ini. Tigranes mula menyusun tenteranya di hadapan kawasan bukit. Pasukan phalanx Armenia mengisi jantung pasukan yang dikelilingi oleh tentera pejalan kaki dan tentera bermisil di hadapan. Kavalri berat atau kataphract Armenia telah ditempatkan di sayap kanan manakala kumpulan besar pemanah berkuda mengemudi sayap kiri. Lucullus tahu bahawa jumlah tentera musuh mengatasi bilangan tenteranya. Jadi, beliau menyusun kebanyakan tenteranya dalam satu barisan supaya tidak dapat dipintas tentera musuh. Beliau mempunyai pasukan legiun di bahagian tengah bersama dengan jumlah tentera sayap yang sama di kedua-dua bahagian. Terdapat juga sekumpulan pasukan tentera dari Bithynia yang melindungi infantri yang lain.

Pada mulanya, Lucullus berhasrat ingin melancarkan serangan terhadap tentera Armenia melalui unit infantrinya untuk memastikan misil milik Armenia tidak mempunyai banyak masa untuk menghalang pergerakan infantri Rom yang pantas. Namun akhirnya, beliau menarik semula tenteranya untuk mencuba rancangan lain pula. Lucullus tahu bahawa senjata karaphract Armenia merupakan ancaman paling berbahaya untuk infantrinya. Jadi, Rom telah mengirim pasukan kavalri untuk menentang tentera Armenia tetapi mereka kemudiannya berundur perlahan-lahan tanpa melakukan pertempuran. Taktik pura-pura berundur ini telah mengumpan tentera Tigranes manakala Lucullus telah memimpin dua pasukan infantri bergerak menyeberangi sebatang sungai sebelum mereka menduduki sebuah kawasan bukit di belakang tentera Armenia. Dengan berada di puncak, komander Rom itu dapat memerhatikan barisan tentera musuh yang tidak berdisiplin dan formasi mereka menjadi tidak teratur semasa sedang memburu kavalri Rom yang lain. Lucullus memutuskan inilah masanya dan beliau bersama pasukannya menuruni bukit dan melancarkan serangan dari arah belakang kataphract Armenia. Kavalri Armenia terus terkejut dan cuba untuk melepaskan diri tetapi mereka telah melanggar pasukan infantri sendiri. Perkara ini sama sekali telah mencetuskan panik yang besar di bahagian tengah pasukan Armenia sebelum barisan tentera itu menjadi musnah dengan serta merta. Tigranes pula melarikan diri dengan menaiki kereta bagasi.

Angka korban bagi pertempuran ini telah dipertikaikan tetapi tentera Rom hanya menghadapi sedikit angka korban. Di pihak tentera Armenia pula, hampir keseluruhan tenteranya telah terkorban manakala ibu kota mereka, Tigranocerta telah menyerah kepada Rom.

Kesan sunting

Lucullus meneruskan kempennya dan beliau terus menekan Tigranes hingga ke timur. Pada tahun 68 SM, tentera Rom memenangi pertempuran lain di Artaxata. Malangnya bagi Lucullus apabila Mithridates telah meninggalkan Tigranes dan kembali kepada kerajaannya pada tahun 67 SM. Tentera Rom hanya berjumlah kurang daripada 10,000 tentera telah mempertahankan kawasan itu dan Mithridates secara muktamadnya mengalahkan mereka di Zela. Lucullus terpaksa berundur dari Armenia untuk mengelakkan dirinya daripada dikepung. Tentera Lucullus pula telah melancarkan pemberontakan dan pada tahun 66 SM, beliau telah digantikan oleh Gnaeus Pompey. Pada masa ini, jumlah tentera Rom mengatasi bilangan tentera Mithridates dan permintaan Mithridates untuk berdamai telah diabaikan. Pompey mengalahkan Raja Pontus itu dalam Pertempuran Lycus. Pada masa yang sama, Rom telah bekerjasama dengan Parthia. Apabila Parthia menyerang Armenia, Tigranes telah dipaksa untuk menjadi naungan Rom.

Mithrades terpaksa berundur menuju ke utara iaitu Colchis pada tahun 65 SM manakala Pompey juga mengekori rapat di belakang. Tentera Rom telah menewaskan Iberia dan Albania di sepanjang laluan itu. Perkara ini membolehkan Mithridates sedikit masa untuk membunuh anaknya yang merupakan seorang pembelot, Machares. Mithridates menyasarkan untuk menyerang Rom lagi tetapi gagal disebabkan oleh rakyatnya yang letih untuk berperang serta pengaruh anak bongsunya yang besar iaitu Pharnaces sehingga ia mencetuskan pemberontakan pada tahun 63 SM. Pengkhianatan ini merupakan sedutan yang terakhir sebelum Mithridates cuba untuk membunuh diri dengan meminum racun. Namun, racun tersebut tidak berkesan dan akhirnya pengawal peribadinya membunuh Mithridates.

Perang Mithridates Ketiga telah pun berakhir. Pompey meneruskan kemepennya di timur dan konfliknya dengan Pontus telah tamat dengan pastinya.

Catatan sunting

  1. ^ Sherwin-White, Adrian N. (1994). "Lucullus, Pompey, and the East". Dalam J. A. Crook; Andrew Lintott; Elizabeth Rawson (penyunting). The Cambridge Ancient History Volume 9: The Last Age of the Roman Republic, 146-43 BC. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 241. ISBN 0-521-25603-8.
  2. ^ name="SovArm"

Bacaan tambahan sunting

  • Armen, Herant K. (1940). Tigranes the Great: A Biography. Detroit: Avondale.
  • Manandyan, Hakob. Tigranes II and Rome: A New Interpretation Based on Primary Sources. Trans. George Bournoutian. Costa Mesa, CA: Mazda Publishers, 2007.
  • (dalam bahasa Armenia) Manaseryan, Ruben. Տիգրան Մեծ՝ Հայկական Պայքարը Հռոմի և Պարթևաստանի Դեմ, մ.թ.ա. 94-64 թթ. (Tigran the Great: The Armenian Struggle Against Rome and Parthia, 94-64 B.C.). Yerevan: Lusakan Publishing, 2007.

Pautan luar sunting