Pertempuran Tinchebray


Ralat Lua pada baris 42 di Modul:Location_map: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Normandy Perancis" does not exist.

Pertempuran Tinchebray (ejaan pilihan: Tinchebrai atau Tenchebrai) merujuk pada sebuah pertempuran yang berlaku pada 28 September 1106, di Tinchebray (kini diOrne département di Perancis), Normandy, antara tentera penyerang yang diketuai oleh Raja Henry I dari England, dengan tentera Norman yang diketuai oleh abang baginda Robert Curthose, Duke Normandy.[2] Kesatria Henry mendapat kemenangan muktamad: di mana mereka berjaya menawan Robert, dan Henry memenjarakan beliau di England (di dalam Istana kota Devizes) dan kemudian di Wales sehingga kematian Robert (di dalam istana kota Cardiff) pada tahun 1134.[3]

Prelude sunting

Henry menceroboh Normandy pada tahun 1105 di sebabkan pertikaian pewarisan yang terjadi dengan abng baginda. Baginda menawan Bayeux dan Caen, tetapi menghentikan kempen baginda ekoran masalah-masalah politik yang timbul dari sebuah kontroversi pengurniaan jawatan.[4] Setelah masalah ini selesai, baginda kembali semula ke Normandy pada musim luruh pada tahun 1106.[4] Selepas berjaya menawan sebuah "abbey" yang diperkukuh di Saint-Pierre-sur-Dives (berdekatan Falaise), Henry menuju ke selatan dan mengepung Istana kota Tinchebray, yang terletak di sebuah bukit di atas bandar.[2] Tinchebray terletak di sempadan kaunti Mortain, tenggara Normandy, dan dipertahankan oleh William, Count Mortain, yang merupakan salah seorang daripada beberapa para baron Norman yang penting yang setia kepada Robert.[5] Duke Robert kemudian memimpin tentera beliau untuk memecahkan kepungan. Selepas beberapa rundingan yang gagal, Duke Robert memutuskan bahawa satu pertempuran di kawasan terbuka merupakan pilihan terbaik buat beliau.[5]

Pertempuran sunting

Tentera Henry disusun kepada tiga buah kumpulan.[6] Ranulf of Bayeux, Robert de Beaumont, Earl Leicester Pertama, dan William de Warenne, Earl Surrey Kedua mengetuai dua buah pasukan utama.[6] Sebuah pasukan simpanan yang diketuai oleh Elias I dari Maine, berada di luar penglihatan di bahagian rusuk.[6] Alan IV, Duke Brittany, William, Count Évreux, Ralph dari Tosny, Robert dari Montfort, dan Robert dari Grandmesnil juga berjuang bersama-sama Henry. William, Count Mortain, dan Robert dari Bellême, Earl Shrewsbury Ketiga menyokong Robert Curthose.[7]

Pertempuran ini berlangsung selama saju jam.[8] Henry turun dari kuda dan memerintahkan hampir kesemua kesatria baginda berbuat perkara yang sama. Ini merupakan perkara yang berlaku di luar kebiasaan taktik pertempuran Norman, dan bermakna infantri akan memainkan peranan utama.[9] William, Count Évreux, menyerbu barisan hadapan, dengan tentera daripada Bayeux, Avranches dan Cotentin.[10]

Selepas kejadian sunting

Kebanyakan tentera Robert ditawan atau terbunuh. Antara yang ditawan termasuk Robert, Edgar Atheling (pakcik kepada isteri Henry), dan William, Count Mortain.[11] Robert de Bellême, yang memimpin pengawal belakang Duke, mengetuai pengunduran, menyelamatkan diri beliau dari ditawan atau mati.[12] Kebanyakan tawanan dibebaskan, tetapi Robert Curthose dan William dari Mortain menghabiskan sisa-sisa hidup dalam tahanan.[13] Robert Curthose mempunyai seorang anak lelaki sah, William Clito (1102-1128), yang menuntut takhta Duchy Normandy dan memimpin beberapa pemberontakan yang berlangsung sepanjang pemerintahan Henry.[14][memerlukan petikan untuk diperiksa] (Henry memerintah England dan Normandy sehingga kematian baginda pada tahun 1135.)

Dalam fiksyen sunting

Sebuah novel fiksyen-sejarah karya Rosemary Sutcliff pada tahun 1960 bertajuk Knight's Fee menggambarkan pertempuran ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Heath, Ian (2016). Armies of Feudal Europe 1066-1300 (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2nd). m/s. 113. ISBN 9781326256524. Dicapai pada 7 September 2019.
  2. ^ a b C. Warren Hollister, Henry I, ed. Amanda Clark Frost (New Haven; London, Yale University Press, 2003), p. 199
  3. ^ David Crouch, The Normans; The History of a Dynasty (London. New York: Hambledon Continuum, 2007), pp. 178-79
  4. ^ a b David Crouch, The Normans; The History of a Dynasty (London. New York: Hambledon Continuum, 2007), pp. 176-77
  5. ^ a b Charles Wendell David, Robert Curthose (Cambridge: Harvard University Press, 1920), p. 172
  6. ^ a b c H. W. C. Davis, 'A Contemporary Account of the Battle of Tinchebrai', The English Historical Review, Vol. 24, No. 96 (Oct., 1909), p. 731
  7. ^ Charles Wendell David, Robert Curthose (Cambridge: Harvard University Press, 1920), p. 174
  8. ^ H. W. C. Davis, 'A Contemporary Account of the Battle of Tinchebrai', The English Historical Review, Vol. 24, No. 96 (Oct., 1909), p. 729
  9. ^ H. W. C. Davis, 'A Contemporary Account of the Battle of Tinchebrai', The English Historical Review, Vol. 24, No. 96 (Oct., 1909), pp. 731-32
  10. ^ Matthew Strickland, Anglo-Norman Warfare: Studies in Late Anglo-Saxon and Anglo-Norman Military Organization and Warfare (Woodbridge: Boydell Press, 1993), p. 187
  11. ^ Charles Wendell David, Robert Curthose (Cambridge: Harvard University Press, 1920), p. 175
  12. ^ Kathleen Thompson, 'Orderic Vitalis and Robert of Bellême', Journal of Medieval History, Vol. 20 (1994), p. 137
  13. ^ Charles Wendell David, Robert Curthose (Cambridge: Harvard University Press, 1920), p. 179
  14. ^ Neveux, François; Ruelle, Claire (2008) [2006]. A brief history of the Normans: the conquests that changed the face of Europe. Abho Series. Diterjemahkan oleh Curtis, Howard. London: Robinson. m/s. 177. ISBN 9781845295233. Dicapai pada 1 Februari 2019.