Pertempuran Tripoli 2011

Pertempuran Tripoli
Sebahagian daripada Perang saudara Libya 2011

Kawalan NTC/NLA (merah), kawalan Gaddafi (hijau) dan kawasan dipertikai (kuning).
Tarikh20 Ogos 2011 – kini
Lokasi
Tripoli, Libya
Keputusan

Masih berlangsung

Pihak yang terlibat

Libya Majlis Peralihan Negara (NTC)


NATO NATO

  • Sokongan udara[1]
  • Kepungan laut

Libya Penyokong setia Gaddafi

Komandan dan pemimpin

Libya Abu Oweis (Briged Tripoli)


NATO Charles Bouchard
Libya Muammar Gaddafi
Libya Saif al-Islam Gaddafi
Libya Saadi al-Gaddafi
Libya Muhammad al-Gaddafi
Libya Khamis Gaddafi
Libya Al-Mu'tasim-Billah al-Gaddafi
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Kerugian dan korban
100[2]–133[3] terbunuh (sehingga 20 Ogos) 31 terbunuh, 42 ditawan[4] (sehingga 20 Ogos)
1,676 terbunuh, 5,900 cedera (termasuk orang awam; dakwaan kerajaan Gaddafi)[5]
400 terbunuh, 2,000 cedera (termasuk orang awam; dakwaan NTC)[6]
Templat:Campaignbox 2011 Libyan civil war

Pertempuran Tripoli (Arab: معركة طرابلس ma‘arakat Ṭarābulus) ialah suatu konfrontasi ketenteraan kini yang berlaku di antara pengikut setia pemimpin Libya Muammar Gaddafi dan Tentera Pembebasan Kebangsaan di Tripoli, ibu negara Lubnan. Pertempuran ini bermula pada 20 Ogos 2011, enam bulan selepas perang saudara Libya 2011 bermula, dengan kebangkitan di dalam bandar. Angkatan pemberontak di luar bandar kemudian menyerang dan bergabung dengan unsur di dalam Tripoli, hingga akhirnya menguasai sebahagian besar bandar itu.

Serangan ini diberi nama "Operasi Fajar Duyung" (Arab: عملية فجر عروسة البحر ‘amaliyyat fajr ‘arūsat el-baḥr) oleh para pemberontak. Namanya sempena nama gelaran Tripoli "Duyung" (Arab: عروسة البحر ‘arūsat el-baḥr) (harfiahnya "pengantin laut").[7]

Perjalanan pertempuran sunting

Kebangkitan dalam Tripoli bermula sejurus masuknya iftar (إفطار) pada 20 Ogos (bersamaan 20 Ramadan)[8] dengan senjata yang telah diseludup masuk sebelum ini.

Keesokan harinya, para pemberontak mula menyerang dan menguasai beberapa kawasan kejiranan di sekitar Tripoli. Mereka memasuki bandar dari arah barat pada petang itu.[9]

Pada 22 Ogos, para pemberontak menyatakan yang 90 peratus Tripoli telah ditawan, termasuk Medan Hijau.[10]

Pada 23 Ogos, serangan terhadap kubu Gaddafi Bab al-Azizia bermula. Mereka berjaya menakluki kompleks tersebut dan menaikkan bendera.[11] Bagaimanapun Gaddafi dan keluarganya tiada di situ dan lokasi mereka tidak diketahui.[12]

Status keluarga Gaddafi sunting

Pada 21 Ogos, pengerusi NTC mendakwa Saif al-Islam Gaddafi telah ditangkap[13][14] hingga menyebabkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan kenyataan akan menghubungi NTC untuk membuat persiapan mengambil alih, supaya beliau dapat dibicarakan untuk kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.[15][16] Namun, awal 23 Ogos, Saif al-Islam muncul bebas di hotel Rixos Al Nasr di mana beberapa wartawan asing bertapak dan menawarkan lawatan ke kawasan yang dikawal kerajaan.[17]

Al Jazeera juga melaporkan yang Muhammad al-Gaddafi telah menyerah kepada angkatan pemberontak pada 21 Ogos.[18] Bagaimanapun, Muhammed melarikan diri daripada tahanan rumah keesokan harinya dengan bantuan pengikut setianya.[19]

Rujukan sunting

  1. ^ Peter Apps (21 Ogos 2011). "Analysis: Libya Rebels Seek To Avoid Tripoli Battle". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-22. Dicapai pada 21 Ogos 2011.
  2. ^ Karin Laub (21 Ogos 2011). "Libyan Rebels Say They Are Closing In on Tripoli". Reuters (via The Atlanta Journal-Constitution). Dicapai 22 Ogos 2011.
  3. ^ "August 20th Updates" Diarkibkan 2011-08-24 di Wayback Machine. libyafeb17.com. Dicapai 22 Ogos 2011.
  4. ^ Dina Zayed (21 Ogos 2011). "Rebels Kill 31 Gaddafi Fighters in Tripoli – TV" Diarkibkan 2012-07-25 di Wayback Machine. Reuters. Dicapai 22 Ogos 2011.
  5. ^ "Scenes of Joy as Libya Rebels Enter Central Tripoli". BBC News. 22 Ogos 2011. Dicapai pada 22 Ogos 2011.
  6. ^ Al Jazeera Live Blog 24 Ogos 2011.
  7. ^ "Libyan Rebels in 'Final Push' for Capital". Al Jazeera English. Dicapai pada 21 Ogos 2011.
  8. ^ Missy Ryan (22 Ogos 2011). "Gaddafi Tanks Emerge After Rebels Sweep into Tripoli" Diarkibkan 2011-12-12 di Wayback Machine. Reuters. Dicapai 22 Ogos 2011.
  9. ^ BBC live report 1839 entry. BBC News. Dicapai 22 Ogos 2011.
  10. ^ Andrew Malone; Chris Slack (22 Ogos 2011). "'They're Shooting Inside My House, I've Got To Go': What Gaddafi's Eldest Son Said on the Phone as Rebels Stormed His Home – Mohammed Gaddafi Was Speaking with Al Jazeera When He Heard Rebels Open Fire". Daily Mail. Dicapai 23 Ogos 2011.
  11. ^ Douglas Stanglin (23 Ogos 2011). "Rebels Storm Gadhafi Compound, Raise Flag". USA Today. Dicapai 23 Ogos 2011.
  12. ^ "Rebels Overun Gadhafi Compound". BBC News. 23 Ogos 2011. Dicapai pada 23 Ogos 2011.
  13. ^ Ramadan al-Fatash (21 Ogos 2011). "Gaddafi's Sons Arrested – Report". Independent Online. Dicapai 23 Ogos 2011.
  14. ^ Olivia Katrandjian (21 Ogos 2011). "Libyan Rebels Control Much of Tripoli, Gadhafi Whereabouts Unknown". ABC News. Dicapai 23 Ogos 2011.
  15. ^ Imed Lamloum (21 Ogos 2011). "Libyan Rebels Take Tripoli's Green Square". Agence France-Presse (via National Post). Dicapai 23 Ogos 2011.
  16. ^ "Muammar Gaddafi's Son Has Been Arrested, and Will Face Charges of Crimes Against Humanity". Agence France-Presse (via The Australian). 22 Ogos 2011. Dicapai pada 23 Ogos 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  17. ^ Thomas Erdbrink; Liz Sly; Leila Fade (23 Ogos 2011). "Appearance by Gaddafi's Son Tempers Rebel Hopes of Victory". The Washington Post. Dicapai 23 Ogos 2011.
  18. ^ "Libya Live Blog: Ahad, 21 Ogos 2011 – 23:04". Al Jazeera. Dicapai 23 Ogos 2011.
  19. ^ "Libya Live Blog: Isnin, 22 Ogos 2011 – 18:22". Al Jazeera. 22 Ogos 2011. Dicapai pada 22 Ogos 2011.