Pertempuran Ugeumchi

Pertempuran Ugeumchi ialah pertempuran penentu semasa Revolusi Petani Donghak. Pertempuran antara kaum petani Donghak Korea dan gabungan Tentara Jepun-Joseon, ia mengakibatkan kejatuhan Pemberontakan Donghak dan kenaikan Imperialisme Jepun di Korea.

Pertempuran Ugeumchi
Sebahagian daripada Revolusi Petani Donghak‎‎
Tarikh22 Oktober hingga 10 November 1894
Lokasi
Ugeumchi, Gongju, Korea
Keputusan Kemenangan pihak bersekutu
Pihak yang terlibat
Tentera Petani Donghak

Kerajaan Joseon

 Empayar Jepun

Komandan dan pemimpin
Jeon Bong-jun
Son Byeong-hui
Korea Shin Jeong-hui
Heo Jin
Yi Du-hwang
Yi Gyu-tae
Yi Gi-dong
Jo Byeong-hwan
Minami
Morio Masaichi
Kekuatan
Kira-kira 20,000 Korea 3,200 Tentera Joseon
200 Tentera Jepun
Kerugian dan korban
500 tinggal Minimum

Latar Belakang sunting

Apabila kerajaan Korea mengalami kesukaran untuk mematahkan pergerakan Donghak, seorang utusan dihantar ke empayar Qing untuk meminta penghantaran pasukan segera. Istana Qing membalas dengan mengirimkan tentara yang diperlukan. Jepun juga menghantar tentera atas alasan melindungi warga Jepun di Korea. Ketika tentera-tentera Cina dan Jepun menyeberang ke semenanjung, Jeon Bong-jun, ketua petani Donghak, mengumpulkan petani Korea dan memimpin mereka untuk memberontak menentang pemerintahan Joseon dan mengusir "dajal-dajal" asing.

Pertempuran sunting

Pada peringkat awal pertempuran, pasukan petani mendapat kejayaan awal mengatasi tentera Joseon. Walau bagaimanapun, mereka mula berundur apabila tentera Jepun tiba untuk menguatkan tentera kerajaan Joseon. Apabila tentera Donghak mara buat kedua kali, orang Jepun, bersenjata dengan senapang Murata moden dan meriam, petani dengan mudah dikalahkan akibat hanya bersenjatakan tombak buluh. Sewaktu mangsa-mangsa petani semakin banyak terkorban, Jeon mengarahkan tenteranya berundur dan tentera Donghak lari bertaburan.

Kesannya sunting

Selepas pertempuran, para petani Donghak melarikan diri ke selatan dan berjuang dalam Pertempuran Taein. Selepas kekalahan di Gumiran, Jeon Bongjun memerintahkan para petani Donghak untuk bertebaran. Jeon sendiri digantung sampai mati pada Mac 1895.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting