Pertempuran Vercellae

Pertempuran Vercellae atau Pertempuran Dataran Raudine, tercetus pada 30 Julai 101 SM di dataran berhampiran Vercellae di Gallia Cisalpina (kawasan moden utara Itali). Gabungan puak Jermanik-Celt di bawah pimpinan Raja Cimbri, Boiorix telah ditewaskan oleh tentera Rom yang diketuai oleh Gaius Marius dan Quintus Lutatius Catulus. Pertempuran ini telah menandakan pengakhiran ancaman Jermanik ke atas Republik Rom.[2][3]

Pertempuran Vercellae
Sebahagian daripada Perang Cimbri
Tiepolo Vercellae.jpg
Pertempuran Vercellae daripada Ca' Dolfin Tiepolos, 1725-1729
Tarikh 30 Julai 101 SM
Lokasi Vercellae di Cisalpine Gaul, utara Itali
Hasil Kemenangan muktamad Rom
Pihak yang terlibat
Republik Rom Cimbri
Komander
Gaius Marius
Quintus Lutatius Catulus
Lucius Cornelius Sulla
Boiorix  
Lugius  
Claodicus  #
Caesorix  #
Kekuatan
52,000-54,000 tentera (legiun dan auxilia) 120,000–180,000 pahlawan termasuk 15,000 kavalri (termasuk 400,000 orang awam)
Korban
1,000 terkorban[1]160,000 terkorban (Livy)
60,000 ditawan
140,000 terkorban (Orosius)
60,000 ditawan
120,000 terkorban (Plutarch)
60,000 ditawan
100,000 terkorban atau ditawan (Paterculus)
65,000 terkorban (Florus)

Latar belakangSunting

Walaupun Rom berjaya menewaskan Cimbri dalam Pertempuran Aquae Sextiae, kedudukan Cimbri masih lagi kukuh. Konsul bersama Gaius Marius iaitu Quintus Lutatius Catulus ditugaskan untuk mempertahankan laluan Alps. Dengan menerima tekanan hebat daripada Cimbri, beliau terpaksa meninggalkan Genting Brenner. Percubaan kedua yang dilakukan oleh beliau untuk mempertahankan Sungai Adige juga menemui kegagalan apabila Cimbri cuba mengepung kedudukannya dan memaksa beliau untuk berundur hingga ke Sungai Po yang lebih selamat dan kukuh. Hal ini membolehkan Cimbri dapat menjarah wilayah yang kaya yang terletak antara Alps dan Sungai Po. Pada masa itu, Cimbri sudah pun mengembara hampir setahun dari Sepanyol ke Itali dan keletihan. Jadi, mereka tidak terkejar-kejar untuk menyerang kedudukan Rom semasa musim sejuk melanda. Marius mengambil peluang ini untuk kembali semula ke Itali. Beliau telah dilantik menjadi konsul sekali lagi.

Pada musim bunga tahun 101 SM, Marius bergerak menuju ke Lembah Po bersama dengan kekuatan seramai 32,000 tentera dan ditambah lagi dengan 20,000 tentera Catulus. Sejarawan moden percaya bahawa Cimbri yang diketuai oleh Boiorix mempunyai 60,000 tentera manakala sejarawan Rom pula mendakwa jumlah mereka mencecah sehingga 200,000 tentera. Cimbri telah mengelak daripada bertembung dengan Marius sepanjang musim bunga dan pada awal musim panas. Marius terus menekan Boiorix hingga ke arah barat laut dalam percubaan untuk memerangkap mereka di sepanjang laluan Alps. Dengan itu, Cimbri tidak dapat lagi melepaskan diri daripada Rom.

PertempuranSunting

Pada penghujung bulan Julai, kedua-dua pihak tiba di sebuah tempat yang dikenali sebagai Vercellae. Tentera Rom yang diketuai oleh Marius dan Catulus mempunyai lebih 50,000 legiun manakala Cimbri pula mampu memuatkan tenteranya antara 60,000 hingga 80,000 tentera. Tentera Marius mempunyai kelebihan pada tentera kavalri oleh kerana tentera Cimbri banyak bergantung kepada tentera pejalan kaki. Sebaik sahaja pertempuran tercetus, kavalri Rom di kedua-dua belah sayap berentap dengan pasangan musuh mereka masing-masing. Barisan Cimbri pula mara untuk bertempur dengan legiun. Apabila barisan infantri sedang berlawan, tentera Rom yang bertahan terpaksa untuk berundur. Sementara itu, pasukan kavalri Maius berjaya memenangi pertempuran menentang pasukan berkuda Boiorix dalam jangka masa yang pendek. Kavalri Rom itu kemudiannya beralih dan menyerang barisan infantri Cimbri dari arah belakang. Infantri Jermanik itu telah dikepung sebelum hampir daripada mereka semua telah disingkirkan. Pertempuran ini berlarutan selama beberapa jam dan hampir seluruh puak Cimbri terbunuh dan diperhambakan. Pertempuran ini sekali gus menjadi titik noktah kepada kancah Perang Cimbri.

KesanSunting

Pihak Rom akhirnya dapat menamatkan ancaman yang terbesar semenjak ancaman oleh Hannibal. Namun, retakan baru yang terbentuk dalam masyarakat Rom sebelum ia menjerumuskan kepada beberapa siri perang saudara di Rom yang akan meletus pada masa akan datang.

CatatanSunting

  1. ^ name=LTS65>Lynda Telford, Sulla: A Dictator Reconsidered, p. 65.
  2. ^ A Dictionary of Arts, Sciences, Literature and General Information. The Encyclopædia Britannica (ed. 11). Pennsylvania State University: The University Press. 1911.
  3. ^ Dawson, Edward. "Cimbri & Teutones". The History Files. Kessler Associates. Dicapai pada 18 May 2016.

SumberSunting

  • Sampson, Gareth (2010). The Crisis of Rome: The Jugurthine and Northern Wars and the Rise of Marius. Pen & Sword Military. ISBN 978-1-84415-972-7.
  • Mommsen, Theodor, History of Rome, Book IV "The Revolution", pp 71–72.
  • Florus, Epitome rerum Romanarum, III, IV, partim
  • Todd, Malcolm, The Barbarians: Goths, Franks and Vandals, pp 121–122.