Pertempuran di Hutan Teutoburg

Pertempuran di Hutan Teutoburg ([Schlacht im Teutoburger Wald atau Varusschlacht] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) merujuk kepada pertempuran di antara tiga Legion Romawi bersama-sama pasukan sokongan di bawah pimpinan Publius Quinctilius Varus dan askar-askar Jermanik di bawah pimpinan Arminius (Jerman: Hermann), seorang pemimpin puak Cherusci. Pertempuran ini, yang direkodkan berlaku pada musim luruh dalam tahun 9 M, menyaksikan kekalahan Jeneral Varus, sekaligus juga dikenali di dalam bahasa Latin sebagai clades Variana. Hampir satu perlapan daripada tentera Rom terkorban dalam pertempuran ini yang menamatkan usaha-usaha Rom untuk menakluki kawasan-kawasan Germania di sebelah kanan sungai Rhine hingga ke sungai Elbe. Kedudukan Hutan Teutoburg yang menjadi tempat pertempuran sebenarnya masih kabur dan pelbagai tempat di utara Jerman dan bahagian timur Belanda telah dicadangkan. Bukti-bukti terbaru menunjukkan bahawa sebahagian daripada pertempuran itu mungkin berlaku di kawasan hutan sekitar Osnabruck dalam negeri Niedersachsen.[1]

Pertempuran Hutan Teutoburg
Sebahagian daripada the Perang Jermanik
Tarikh9 September hingga 11 September 9 M
Lokasi
Keputusan Kemenangan mutlak Jermanik.
Pengunduran strategik Empayar Rom dari Germania.
Pihak yang terlibat
Puak-puak Jermanik (Cherusci, Marsi, Chatti, Bructeri, Chauci dan Sicambri) Empayar Rom
Komandan dan pemimpin
Arminius Publius Quinctilius Varus
Kekuatan
17,000-25,000 3 legion Romawi,
3 ala dan
6 kohort bantuan, mungkin 20,000 - 25,000
Kerugian dan korban
Tidak diketahui; tetapi tidak sebanyak angkatan Rom lebih 20,000

Pertempuran ini kemudiannya mempunyai pengaruh kuat terhadap gerakan nasionalisme di negeri-negeri Jerman sekitar abad ke-19. Di samping itu, penemuan rekod sejarah yang ditulis oleh Tacitus pada abad ke-15 sebelumnya membawa kepada idea yang melambangkan puak-puak Jermanik sebagai asal usul kepada bangsa Jerman, sekaligus meningkatkan sokongan terhadap usaha-usaha penyatuan Jerman yang pada ketika itu berpecah mengikut negeri.

Rujukan sunting

  1. ^ "How the eagles were tamed". The Spectator. March 27, 2004. Dicapai pada January 16, 2015. Mommsen referred to the Battle of the Teutoburg forest as a turning-point in world history.