Pertikaian Gaza–Israel (Mei 2019)

Ketegangan konflik Gaza–Israel bermula pada 3 Mei 2019, selepas dua orang tentera Israel cedera disebabkan tembakan oleh penembak tepat daripada arah Genting Gaza semasa bantahan mingguan di sempadan Gaza–Israel. Tentera Udara Israel bertindak balas dengan melakukan satu serangan udara dan membunuh dua orang penduduk Palestin. Selepas serangan ini, beratus-ratus roket dilancarkan daripada Gaza ke Israel, sementara Tentera Udara Israel melakukan pelbagai sasaran ke atas Genting Gaza. Selain itu, Israel juga meningkatkan jumlah anggota tenteranya berdekatan dengan sempadan Gaza–Israel.

Pertikaian Gaza–Israel (Mei 2019)
Sebahagian daripada Konflik Gaza–Israel
Tarikh3–6 Mei 2019[1][2] (3 hari)
Lokasi
Keputusan Gencatan senjata
Pihak yang terlibat

 Genting Gaza

Israel Israel
Komandan dan pemimpin
Yeyha Al-Sinwar[3]
Hamed Ahmed Abed Khudri   [4]
Israel Benjamin Netanyahu
Unit terlibat
Briged Izzuddin Al-Qassam
Briged Al-Nasser Salah al-Deen

Pasukan Pertahanan Israel

Kerugian dan korban
Berdasarkan pihak berkuasa Palestin, 25 mati, sekurang-kurangnya 10 orang adalah pejuang,[5]
154 wounded[6]
4 orang awam terbunuh,[5]
123 orang awam cedera,[6]
2 tentera cedera[7]

Satu gencatan senjata telah dilakukan melalui Mesir yang berkuat kuasa pada 6 Mei.

Berbalas tembakan sunting

Jumaat, 3 Mei sunting

Pada 3 Mei, semasa bantahan mingguan di sempadan Gaza–Israel, dua tentera Israel telah cedera dalam satu serangan oleh seorang penembak tepat Gaza di mana berdasarkan pada Pasukan Pertahanan Israel (IDF), mempunyai hubungan dengan Jihad Islamik Palestin (PIJ).[8][9] Ekoran peristiwa ini, Tentera Udara Israel melakukan satu serangan udara dengan menyasarkan sebuah pos Hamas yang berdekatan, membunuh dua orang dan mencederakan dua orang yang lain. Antara yang terbunuh adalah Abdullah Ibrahim Mahmoud Abu Salouh, 33 dan Alaa Ali Hasan al-Boubli, 29. Hamas berjanji akan bertindak balas atas "serangan Israel".[10] Selain itu, dua orang penduduk awam Palestin terbunuh dan 60 orang cedera,[7] 36 orang darinya disebabkan tembakan Israel.[11]

Tindak balas antarabangsa sunting

Perwakilan Tertinggi Kesatuan Eropah, Federica Mogherini mengesa pihak bersenjata Palestin di Genting Gaza untuk menghentikan serangan roket ke arah wilayah Israel, kerana serangan ini akan membawa kerosakan kepada kedua belah pihak, dan Kesatuan Eropah ingin melihat kestabilan dan keselamatan di wilayah ini. Beliau juga menyokong Mesir yang memainkan peranan penting menjadi orang tengah dalam usaha gencatan senjata.[12] Presiden A.S. Donald Trump menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri. Beliau mengumumkan bahawa Hamas dan Jihad Islamik adalah "kumpulan pengganas" dan mengesa penduduk Gaza untuk "menamatkan keganasan".[13]

Rujukan sunting

  1. ^ "Gaza–Israel hostilities flare with rocket attacks, air strikes". Thomson Reuters Foundation. 4 Mei 2019. Dicapai pada 5 Mei 2019.
  2. ^ CNN, Oren Liebermann, Ibrahim Dahman and Andrew Carey. "Ceasefire appears to take hold in Gaza, ending deadly weekend of hostilities". CNN.
  3. ^ Reuters (4 Mei 2019). "Four Palestinians dead, two Israeli soldiers wounded in Gaza clashes" – melalui www.theguardian.com.
  4. ^ "Israel kills Hamas commander in first targeted strike in years". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 2019. Dicapai pada 5 Mei 2019.
  5. ^ a b Press, The Associated (6 Mei 2019). "Gaza Quiet After Israel, Hamas Agree to Cease-Fire" – melalui NYTimes.com.
  6. ^ a b "234 Israelis injured in latest round of Gaza border violence - Arab-Israeli Conflict - Jerusalem Post". www.jpost.com.
  7. ^ a b "Hostilities flare up as rockets hit Israel from Gaza". BBC (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 2019. Dicapai pada 5 Mei 2019.
  8. ^ Kershner, Isabel (4 Mei 2019). "Gaza Militants Fire 250 Rockets, and Israel Responds With Airstrikes" – melalui NYTimes.com.
  9. ^ "Gaza-Israel border falls quiet as ceasefire takes hold". 6 Mei 2019 – melalui www.reuters.com.
  10. ^ "Two soldiers wounded by gunfire on Gaza border; IDF hits Hamas post, killing 2". Times of Israel. 3 Mei 2019. Dicapai pada 5 Mei 2019.
  11. ^ Magid, Jacob. "Two soldiers wounded by gunfire on Gaza border; IDF hits Hamas post, killing 2". www.timesofisrael.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mei 2019.
  12. ^ "Statement by High Representative/Vice-President Federica Mogherini on the continuing Gaza escalation". EEAS – European External Action Service – European Commission (dalam bahasa Inggeris). 5 Mei 2019. Dicapai pada 6 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ "Possible Cease-fire Between Israel, Palestinian Militants". Possible Cease-fire Between Israel, Palestinian Militants (dalam bahasa Inggeris). Voice of America. 6 Mei 2019. Dicapai pada 6 Mei 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)