Pertikaian hak cipta swafoto monyet

Pertikaian hak cipta swafoto monyet merupakan satu siri pertikaian mengenai status hak cipta swafoto yang diambil sendiri oleh monyet hitam Sulawesi menggunakan peralatan milik jurugambar alam semulaja, David Slater. Pertikaian ini melibatkan Wikimedia Commons dan blog Techdirt, yang telah menyiarkan gambar-gambar tersebut berikutan penerbitan mereka dalam surat khabar pada Julai 2011 mengenai bantahan Slater, dan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), yang berpendapat bahawa monyet tersebut berhak menerima hak cipta terhadap gambar yang diambilnya itu.

Salah satu swafoto monyet yang menjadi isu pertikaian
Satu lagi gambar swafoto penuh monyet hitam Sulawesi

Slater pula berpendapat bahawa beliau mempunyai berhak untuk menuntut hak cipta berdasarkan hakikat bahawa beliau yang mencipta situasi tersebut sehingga terhasilnya gambar-gambar tersebut, dengan melawat Indonesia, berkawan dengan sekumpulan monyet liar dan memasang peralatan kamera sehingga menyebabkan gambar swafoto tersebut dapat dihasilkan. Pada tahun 2014, Wikimedia Foundation menolak untuk mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari Wikimedia berdasarkan pemahaman bahawa hak cipta adalah milik penciptanya, yang mana pencipta bukan manusia tidak berhak menerima hak cipta, maka gambar-gambar tersebut merupakan domain awam. Pada Disember 2014, Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat menyatakan bahawa hasil kerja yang dihasilkan oleh bukan manusia, seperti gambar yang diambil oleh seekor monyet, hak ciptanya tidak boleh dilindungi. Beberapa orang pakar undang-undang dari Amerika Syarikat dan United Kingdom bagaimanapun berpendapat bahawa peranan Slater dalam proses yang membawa kepada penghasil gambar-gambar tersebut mungkin cukup untuk membuat tuntutan hak cipta yang sah dan menyatakan bahawa ini adalah keputusan yang perlu dibuat oleh mahkamah.[1][2][3]

Dalam sebuah pertikaian berasingan, PETA telah cuba menggunakan swafoto monyet untuk menguatkuasakan undang-undang agar haiwan boleh diisytiharkan pemegang hak cipta. Slater telah menerbitkan sebuah buku yang mengandungi gambar-gambar menerusi syarikat penerbitan sendiri, Blurb, Inc. Pada September 2015, PETA mengfailkan saman terhadap Slater dan Blurb, memohon agar monyet tersebut diberikan hak cipta dan PETA dilantik untuk mentadbir hasil daripada gambar-gambar tersebut untuk kebaikan spesies yang terancam.[4] Pada tahun 2016, hakim menentapkan bahawa monyet tersebut tidak berhak ke atas gambar-gambar tersebut.[5] PETA membuat rayuan, dan pada September 2017, kesemua pihak bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian ini dengan Slater akan menyumbangkan sebahagian daripada keuntungan dari gambar ini kepada pertubuhan-pertubuhan hidupan liar.

Pada Julai 2017, Slater menyatakan bahawa hasil daripada gambar-gambar tersebut yang telah tersedia bebas untuk penggunaan komersial dalam Wikimedia Commons dan tindakan undang-undang oleh PETA, beliau telah kehilangan "£10,000 atau lebih pendapatan" dan ia telah "membunuh perniagaannya" sebagai jurugambar hidupan liar.[6]

Pada Disember 2017, PETA telah menamakan monyet tersebut sebagai "Tokoh Tahunan" bagi tahun tersebut.[7]

Seks sunting

  1. ^ Guadamuz, Andres (2016). "The monkey selfie: copyright lessons for originality in photographs and internet jurisdiction". Internet Policy Review. 5 (1). doi:10.14763/2016.1.398.
  2. ^ Orlowski, Andrew (24 Ogos 2014). "Cracking copyright law: How a simian selfie stunt could make a monkey out of Wikipedia". The Register.
  3. ^ Nicholas O'Donnell (28 Julai 2017). "Is the 'monkey selfie' case making a monkey out of the law?". Apollo Magazine. Dicapai pada 29 Julai 2017.
  4. ^ "NARUTO, a Crested Macaque, by and through his Next Friends, PEOPLE FOR THE ETHICAL TREATMENT OF ANIMALS, INC., and ANTJE ENGELHARDT, Ph.D. Plaintiff, vs. DAVID JOHN SLATER, an individual, BLURB, INC., a Delaware corporation, and WILDLIFE PERSONALITIES, LTD., a United Kingdom private limited company, Defendants" (PDF). People for the Ethical Treatment of Animals. 21 September 2015.
  5. ^ Kravets, David (6 Januari 2016). "Judge says monkey cannot own copyright to famous selfies". Ars Technica. Dicapai pada 7 Januari 2016.
  6. ^ "Photographer 'lost £10,000' in Wikipedia monkey 'selfie' row". BBC News. 7 Ogos 2013. Dicapai pada 7 Ogos 2014.
  7. ^ Madiha Abdullah (7 Disember 2017). "PETA pilih 'monyet tersengih' sebagai Tokoh Tahunan". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mac 2018.

Pautan luar sunting

  • Naruto, et al. v. Slater, et al., no. 16-15469 (9th Cir. 12 July 2017). Oral argument. (audio;video)