Pertikaian wilayah

Pertikaian wilayah atau pertikaian sempadan ialah perselisihan pendapat mengenai pemilikan atau kawalan tanah antara dua atau lebih entiti politik.[1]

Konteks dan definisi sunting

 
Garis Kawalan membahagikan Azad Kashmir dan Gilgit-Baltistan yang dikuasai Pakistan dan wilayah kesatuan yang dikuasai India iaitu Jammu dan Kashmir dan Ladakh. Garis Kawalan Sebenar membahagikan Aksai Chin yang dikuasai China dan wilayah kesatuan Ladakh yang dikawal oleh India

Pertikaian wilayah sering dikaitkan dengan pemilikan sumber asli seperti sungai, tanah ladang subur, sumber mineral atau petroleum walaupun pertikaian itu juga boleh didorong oleh budaya, agama, dan nasionalisme etnik. Pertikaian wilayah lazimnya berpunca daripada bahasa yang kabur dan tidak jelas dalam perjanjian yang menetapkan sempadan asal.

Pertikaian wilayah ialah punca utama peperangan dan keganasan, kerana negara sering cuba untuk menegaskan kedaulatan mereka ke atas wilayah melalui pencerobohan, dan entiti bukan negara cuba mempengaruhi tindakan ahli politik melalui keganasan. Undang-undang antarabangsa tidak menyokong penggunaan kekerasan oleh satu negeri untuk menggabungkan wilayah negara lain. Piagam PBB menyatakan, "Semua Ahli hendaklah menahan diri dalam hubungan antarabangsa mereka daripada ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah atau kemerdekaan politik mana-mana negara, atau dalam apa-apa cara lain yang tidak konsisten dengan Tujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Dalam sesetengah kes di mana sempadan tidak ditandakan, seperti Selat Taiwan, dan Kashmir, pihak yang terlibat menentukan garis kawalan, yang berfungsi sebagai sempadan antarabangsa de facto.

Rujukan sunting

  1. ^ Sumner, Brian Taylor. "Territorial Disputes at the International Court of Justice". Duke Law Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 3, 2016. Dicapai pada September 6, 2015.

Pautan luar sunting