Pertubuhan Daya Masyarakat

Pertubuhan Daya Masyarakat (Singkatan: DAYA) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. DAYA diasaskan oleh Tian Chua dan dilancarkan pada 25 Julai 2020. Tujuan menubuhkan DAYA adalah untuk menyatupadukan tenaga masyarakat, membangunkan masyarakat yang berdikari, mempunyai daya upaya mengatasi masalah sosioekonomi.[1]

Pertubuhan Daya Masyarakat
Kerangka
KependekanDAYA
Jenis/bentuk sahNGO
Bahasa rasmiMelayu, Inggeris, Cina
Tapak web
Instagram: dayamalaysia Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan25 Julai 2020; 3 tahun yang lalu (2020-07-25)
PengasasTian Chua
Pengurusan
PengerusiTian Chua
Tokoh pentingDr. Halim Ali, Gan Pei Nei, Kamaruzaman Yaacob, Bah Tony[1]
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan rakyat, ia turut menjejaskan ekonomi Malaysia. Maka, DAYA bermatlamat memberikan bantuan kepada masyarakat terutamanya golongan kurang berkemampuan. Misi-misi DAYA adalah:

  1. Mewujudkan sebuah masyarakat yang menikmati kesamaan dalam hasil dan pendapatan;
  2. Mempromosikan kesepaduan dan keharmonian jaringan sosial bagi membentuk rakyat Malaysia yang bersatu dan progresif;
  3. Memastikan agar segala pembangunan adalah berdaya tahan dan bebas daripada kesan yang boleh mendatangkan kesan buruk pada iklim dan alam sekitar;
  4. Menyusun dan menggalakkan lebih banyak tindakan efektif kesukarelawanan melalui penglibatan dan kerja kolektif.[2]

Menurut Tian Chua, DAYA tiada kaitan dengan mana-mana NGO yang ditubuhkan oleh ahli politik lain sebelum ini. Beliau juga menyatakan pertubuhan DAYA bukan proses pembentukan sebuah parti politik yang baharu.[3][4]

Rujukan sunting