Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia

Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia atau PERDIM ialah sebuah pertubuhan bagi pengamal perubatan beragama Islam di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 4 Februari 2015 untuk menghubungkan doktor Muslim di Malaysia yang mengusahakan klinik persendirian bagi meningkatkan kegiatan sosioekonomi anggotanya dan menyumbang semula kepada rakyat Malaysia[1].

Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia
Kerangka
KependekanPERDIM
Cogan kataPeneraju Kesihatan Ummah
Jenis/bentuk sahpertubuhan bertaraf kebangsaan
Sejarah
Ditubuhkan4 Februari 2015 di Shah Alam, selangor
PengasasDr Ahmad Shukri Ismail (presiden pertama)
Pengurusan
PresidenDr. Boi Saidi Abdul Razak
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bagi meningkatkan penyediaan penjagaan kesihatan penting di Malaysia, PERDIM telah menjalinkan kerjasama dengan wahana kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia, DoctorOnCall. Menerusi kerjasama ini, pengamal perubatan yang menjadi ahli PERDIM mudah berhubung dengan bakal pesakit mereka dan dapat menawarkan perkhidmatan berkaitan kesihatan jarak jauh seperti telekonsultasi dan pemantauan di rumah, selain daripada membolehkan pesakit membuat tempahan untuk temu janji mereka di klinik[2].

Rujukan sunting

  1. ^ "Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia". eMed Events. Dicapai pada 17 Jun 2022.
  2. ^ "DoctorOnCall Inks MoU with (Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia) PERDIM to Bridge Healthcare Providers and Patients Through Digital Platform". Yahoo! Finance. 25 Mei 2022. Dicapai pada 17 Jun 2022.

Pautan luar sunting