Pertubuhan Iban Muslim Kuala Lumpur

Pengenalan Pertubuhan Iban Muslim telah ditubuhkan di Semenanjung Malaysia bagi menjaga kebajikan Iban yang beragama Islam. Pertubuhan ini dijalankan oleh beberapa professional berbangsa Iban. Kebanyakkan ahli pertubuhan ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kerjaya yang baik. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Iban Muslim Group Kuala Lumpur (IMG-KL)[1] yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan di Malaysia. Pertubuhan ini banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam di Malaysia yang giat beroperasi di Kuala Lumpur.

Pertubuhan ini diasaskan bagi membantu muallaf Iban untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap Islam. Kumpulan ini aktif membantu muallaf yang berada jauh di luar bandar dan sukar untuk dihubungi oleh NGO yang lain.

Aktiviti Pertubuhan sunting

  • Membantu muallaf Iban Muslim
  • Membuat terjemahan berkaitan dengan Islam dalam Bahasa Iban
  • Mengadakan Kelas Online [2]
  • Memberi sokongan moral kepada saudara baru. [3]

Rujukkan sunting