Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu

bekas parti politik di Malaysia

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu Sabah ialah sebuah parti politik di Sabah, Malaysia yang ditubuhkan semula daripada Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (1964-1967) dengan perubahan nama sedikit tetapi mengekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO pada 30 Oktober 1999 untuk membela hak-hak dan memperjuangkan pembangunan kaum Kadazandusun Murut (KDM) serta melawan diskriminasi terhadap bumiputera bukan Melayu.

Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
PresidenWilfred Madius Tangau
Ditubuhkan30 Oktober 1999
DibubarkanNovember 2019
PecahanParti Bersatu Sabah (PBS)
Didahului olehParti Demokratik Sabah (PDS)
Digantikan olehPertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
Keanggotaan (2022)350,000
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (BN) (1964-2018)
Pakatan Harapan (PH) (2018–kini)

Sejarah sunting

Penubuhan dan Pembubaran UPKO Lama (1964-1967) sunting

Pada asalnya, UPKO merupakan Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan; sebuah parti yang ditubuhkan pada Mei 1964 hasil gabungan daripada Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (United Kadazan National Organisation - UNKO, asalnya ditubuhkan oleh Ketua Menteri Sabah Pertama, Dato' Donald Stephans pada Ogos 1961), dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (United Pasok Momogun Organisation - PASOK MOMOGUN, ditubuhkan pada Januari 1962 oleh Orang Kaya Kaya Datuk G. S. Sundang); dua buah parti politik yang masing-masing memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa KDM.

Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua parti politik KDM itu terus berjuang dengan agenda masing-masing untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis-majlis Daerah 1964 yang merupakan pilihan raya kerajaan tempatan pada tahun 1964.

Setelah melihat kesan buruk dalam keputusan pilihan raya majlis daerah itu, akibat perpecahan yang disebabkan oleh kewujudan dua buah parti politik tersebut, para pemimpin UNKO dan PASOK MOMOGUN berusaha untuk bergabung pada akhir tahun 1964. UPKO ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang pertama pada April 1967. Walau bagaimanapun, UPKO ditewaskan dalam pilihan raya tersebut, dan di atas nama perpaduan bumiputera yang lebih luas, UPKO dibubarkan pada Disember dalam tahun yang sama. Akibatnya, kaum KDM tiada pilihan selain daripada menyertai pelbagai parti politik yang lain di Sabah.

Impian kaum KDM untuk memimpin pembangunan negeri Sabah seakan-akan terserlah berikutan kejayaan dua buah parti politik berbilang kaum, iaitu Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), antara tahun 1976 hingga 1994. Mungkin antara saat-saat yang paling manis dalam perjuangan politik kaum KDM ialah semasa PBS melahirkan Ketua Menteri Sabah daripada suku bangsa mereka selama dua penggal, iaitu dari tahun 1985 hingga tahun 1994.

Penubuhan PDS (1994) sunting

Kejatuhan kerajaan PBS pada tahun 1994 telah mencetuskan penubuhan Parti Demokratik Sabah (PDS), sebuah parti politik yang berasaskan semangat nasionalisme Kadazandusun Murut. Penubuhan parti ini adalah hasil satu persetujuan antara hampir kesemua Wakil-wakil Rakyat PBS pada 14 Mac 1994.

Di bawah pimpinan Presiden Tan Sri Bernard Giluk Dompok, dan berikutan pelantikan beliau kepada Kabinet Persekutuan pada tahun 1994, PDS berjaya mengerakkan Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan bahasa Kadazandusun sebagai sebuah bahasa yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mercu kejayaan PDS ialah pelantikan Tan Sri Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-11 pada tahun 1998 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.

Bagaimanapun, PDS masih gagal untuk menyatukan seluruh kaum KDM dalam sebuah parti politik. Ini terbukti apabila para pengundi KDM tidak mengundi Tan Sri Bernard Dompok dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Akibatnya, perkhidmatan Bernard Dompok sebagai Ketua Menteri Sabah terpaksa berhenti.

Kebanyakan orang KDM juga turut hampa kerana kegagalan Datuk Joseph Pairin Kitingan untuk kembali menubuhkan kerajaan Sabah, meskipun tema perjuangannya, "Koguli Tokou Wagu" ("Kita akan kembali berkuasa") begitu lantang kedengaran, terutamanya semasa kempen.

Selepas suatu post-mortem dilaksanakan, para pemimpin PDS telah mula sedar bahawa sesungguhnya, orang-orang KDM sudah jauh terpesong kerana berpecah belah dalam perjuangan mereka. Orang-orang KDM telah menjadi ahli kepada semua parti politik yang lain di Sabah, kecuali parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC). Kesedaran baru timbul dan tercetuslah seruan bangsa KDM yang menjadi tema perjuangan PDS, iaitu "Misompuru Tokou Wagu" atau "Mari Kita Bersatu Kembali".

Bagaimanapun, PDS tidak mampu mengangkat seruan tersebut. Justeru para pemimpin PDS membuat keputusan untuk mengorbankan PDS supaya dapat membolehkan UPKO, pertubuhan politik yang diasaskan untuk menyatukan bangsa KDM pada awal kesedaran politik bangsa KDM, dihidupkan kembali.

Pembubaran PDS dan Penubuhan Semula UPKO (1999) sunting

Keputusan untuk menghidupkan semula UPKO ibarat kata pepatah, "Kalau sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada 28 Julai 1999, Mesyuarat Majlis Tertinggi PDS bersetuju dengan sebulat suara untuk mengorbankan PDS bagi menghidupkan semula Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (1964-1967) dengan perubahan nama sedikit sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu tetapi mengekalkan singkatan yang sama iaitu UPKO. Dalam Kongres PDS yang ke-5 pada 8 Ogos 1999, para perwakilan juga bersetuju dengan keputusan itu. Bendera PDS kemudian diturunkan dan pada masa yang sama, bendera UPKO dinaikkan.

Majlis pelancaran pada 30 Oktober 1999 telah diadakan di Ranau kerana menurut legenda, Nunuk Ragang yang terletak di daerah Ranau merupakan asal-usul masyarakat KDM. Lagipun lambang UPKO, iaitu Gunung Kinabalu, juga terletak di Ranau. Surat-surat penghargaan juga dikirimkan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, kepada melebihi 50 pemimpin veteran UPKO, sama ada mereka masih hidup atau tidak, dan tanpa mengira ideologi politik mereka. Antara kesan pelancaran itu ialah kembalinya beberapa pemimpin veteran UPKO, termasuk Tan Sri Sufian Koroh, Toh Puan Rahimah Stephens, Kimon Anad, Paul Gurandi dan Datuk Seri Panglima Fred Jinu. Sebilangan mereka kemudiannya dilantik menjadi anggota Majlis Penasihat Adat UPKO.

Dengan pelancaran UPKO, bermula jugalah perjuangan parti ini untuk menyatukan bangsa KDM dalam satu gagasan perjuangan politik melalui Kerajaan Barisan Nasional dengan tema "Misompuru Tokou Wagu ("Mari Kita Bersatu Kembali").

Kejayaan awal UPKO adalah pada November 1999, sebulan selepas pelancaran UPKO, ketika pucuk pimpinan Barisan Nasional memberi tanggungjawab kepada UPKO untuk bertanding di empat kawasan Parlimen di Sabah, iaitu P147 Bandau, P149 Tuaran, P152 Penampang dan P156 Kinabalu.

Tan Sri Bernard Dompok, Presiden UPKO, telah diutuskan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dr. Mahathir Mohamad, untuk bertanding di Kinabalu. Beliau menang dengan 5,423 majoriti undi, satu keputusan yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana satu calon parlimen Kinabalu sebelum itu. UPKO juga memenangi dua daripada tiga kerusi yang lain. Kemenangan-kemenangan itu adalah satu restu simbolik terhadap langkah kaum Kadazandusun Murut untuk kembali ke pangkal jalan perjuangan politik.

Setakat Jun 2001, UPKO mempunyai 26 bahagian berdaftar, 1,720 cawangan, dan 100,819 ahli.

Keluar Barisan Nasional sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting