Perumahan Negara Lambak Kanan

kawasan perumahan awam di Daerah Brunei-Muara, Brunei; subbandar Bandar Seri Begawan

Perumahan Negara Lambak Kanan, juga dikenali sebagai Kampung Perpindahan Lambak Kanan, ialah sebuah kawasan perumahan awam di pinggir Bandar Seri Begawan dalam Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ia merupakan salah satu kawasan perumahan di bawah skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) iaitu skim yang memberi peluang perumahan kepada rakyat Brunei. Perumahan Negara Lambak Kanan mempunyai keluasan 720 hektar (1,800 ekar).[1]

Perumahan Negara Lambak Kanan
Kampung Perpindahan Lambak Kanan
Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan
Perumahan Negara Lambak Kanan is located in Bumi
Perumahan Negara Lambak Kanan
Perumahan Negara Lambak Kanan (Bumi)
Koordinat: 4°58′20″N 114°57′58″E / 4.972111°N 114.966083°E / 4.972111; 114.966083Koordinat: 4°58′20″N 114°57′58″E / 4.972111°N 114.966083°E / 4.972111; 114.966083
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimGadong 'B'
Sub-kawasanKampungPerumahan Negara Lambak Kanan Kawasan 1-5
Keluasan
 • Jumlah720 ha (1,780 ekar)

Geografi sunting

Perumahan Negara Lambak Kanan terletak di bahagian utara pinggir Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia dikelilingi oleh petempatan-petempatan Kampung Salambigar dan Kampung Sungai Orok di bahagian timur, Kampung Sungai Hanching dan Kampung Sungai Tilong di bahagian tenggara, Kampung Madang dan Kampung Manggis di bahagian selatan, Kampung Lambak di bahagian barat, dan Kampung Lambak Kiri dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri di bahagian barat laut.[2]

Pentadbiran sunting

Kawasan Perumahan Negara Lambak Kanan secara rasmi dipecahkan kepada lima bahagian dan mereka ditetapkan sebagai kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah. Mereka merupakan sebahagian daripada kampung-kampung dalam Mukim Berakas 'B'. Lima bahagian tersebut ialah:[3]

Sebagaimana kampung yang lain, setiap bahagian mempunyai ketua kampung sebagai ketua komuniti. Setiap bahagian juga merupakan kawasan poskod dan oleh itu mempunyai poskod sendiri.[3]

Pendidikan sunting

Pusat Pembangunan Kapasiti ialah sebuah institusi pendidikan pasca-menengah yang menyediakan kursus kemahiran kepada pencari pekerjaan dalam industri berkaitan teknikal dan vokasional.[4] Institusi ini ditempatkan di bekas bangunan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.[4]

Terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar yang menyediakan pendidikan menengah aliran biasa sehingga ke tahap kelulusan akademik Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (bahasa Inggeris: General Certificate of Education Ordinary Level atau lebih dikenali sebagai O Level). Sebelum ini terdapat sebuah lagi sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna namun sekolah tersebut telah berpindah ke Kampung Sungai Akar dan bangunan asal telah menjadi Pusat Pembangunan Kapasiti.

Perumahan Negara Lambak Kanan mempunyai beberapa sekolah rendah bagi murid-murid yang tinggal di kawasan perumahan tersebut. Terdapat juga beberapa sekolah agama di Perumahan Negara Lambak Kanan yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam iaitu pendidikan wajib bagi murid-murid beragama Islam di Brunei. Sekolah-sekolah agama itu sama ada mempunyai bangunan sendiri atau berkongsi dengan sekolah-sekolah rendah; biasanya bagi sekolah yang berkongsi kemudahan pendidikan rendah diadakan pada sesi pagi sementara pendidikan agama pada sesi petang.

Kesemua institusi-institusi pendidikan di atas merupakan institusi pendidikan kerajaan.

Kemudahan lain sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sejarah Perpindahan Tahun 1970an". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  2. ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Jun 2018.
  3. ^ a b "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
  4. ^ a b RMF, Pg Fairol (31 Julai 2017). "3,105 mendaftar di PPK". Media Permata Online. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  5. ^ "Pusat Kesihatan Berakas Mula Beroperasi 16 Mei". brudirect.com. 13 Mei 2016. Dicapai pada 1 Julai 2018.