Pesawat latihan ialah sejenis pesawat yang digunakan bagi tujuan latihan penerbangan, navigasi atau kemahiran petempuran udara yang diberi kepada anak kapal pesawat.

Slingsby T-67 Firefly digunakan oleh sekolah latihan penerbangan di UK bagi melatih juruterbang baru tentera darat dan laut.
Kokpit pesawat Aermacchi SF.260 menunjukan kedudukan kerusi diatur secara sisi, juruterbang pelatih akan duduk di sebelah kanan.

Juruterbang awam biasanya dilatih dengan menggunakan pesawat ringan, dengan 2 atau lebih tempat duduk untuk pelatih dan pengajar. Pesawat mungkin diubahsuai bagi menyesuaikan dengan keadaan penerbangan semasa latihan. Terdapat beberapa angkatan tentera udara yang mendapatkan kontrak luar bagi menjalankan aktiviti latihan daripada syarikat-syarikat swasta, atau mengatur latihan pegawai-pegawai tentera dengan pesawat yang disediakan dan diselenggara oleh perniagaan swasta.

Kedudukan selari atau sisi sunting

Konfigurasi kedudukan di dalam kokpit pesawat pelatih sama ada diatur dalam kedudukan secara selari atau sisi. Bagi kedudukan selari, biasanya pelatih akan duduk di hadapan, manakala pengajar di belakang. Konfigurasi kedudukan sisi adalah lebih baik kerana kedua-dua pelatih dan pengajar boleh melihat antara satu sam lain, dan ini membolehkan pelatih belajar daripada pengajar dan pengajar pula boleh memberi tunjuk ajar kepada pelatih. Susun atur secara selari pula menyamai keadaan kerja sebenar yang akan dihadapi oleh seorang juruterbang jet tentera.

Rujukan sunting