Pesawat pejuang-penyerang

Pesawat pejuang-penyerang (juga dikenali sebagai pejuang-pengebom dan pejuang taktikal) merupakan sejenis pesawat pejuang yang juga berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran permukaan termasuk kapal. Ia berbeza daripada pesawat serangan darat kerana pada masa yang sama pesawat ini masih dianggap sebagai sebuah pesawat pejuang yang berupaya. Dahulunya, sesuatu serangan udara ke atas sasaran-sasaran permukaan biasanya akan melibatkan pesawat pengebom, dengan dilindungi oleh pesawat pejuang. Pesawat pejuang-penyerang boleh menyerang sebarang sasaran darat tanpa bantuan, dan pada mana yang sama masih boleh mengendalikan dan dilengkapi dengan persenjataan secukupnya bagi tujuan mempertahankan diri.

Sebuah pesawat F-15E Strike Eagle sedang menggugurkan bom GBU-28.

Contoh pesawat

sunting
 
Sebuah pesawat Panavia Tornado milik Tentera Udara Diraja Britain.
  • Panavia Tornado asalnya dikenali sebagai pesawat pejuang-pengebom, dan kemudian pesawat pejuang-penyerang. Tornado diberi designasi sebagai IDS, bermakna ‘Interdiction/Strike’. IDS merupakan pesawat setanding Eropah dengan designasi pesawat F/A. Istilah pejuang-pengebom masih digunakan apabila menghuraikan pesawat Tornado.
  • Baru-baru ini, penggunaan istilah ini menjadi kabur. F-117 Nighthawk sering kali dirujuk sebagai sebuah pesawat pejuang-penyerang, meskipun begitu ia tidak memiliki keupayaan udara ke udara maka secara teknikalnya ia merupakan sebuah pesawat penyerang yang asli. F-22 Raptor telah didesignasi sebagai sebuah pesawat F/A-22 di antara tahun 2003 dan 2005, menandakan peranan Pejuang/Penyerang, walaupun begitu selepas 2005 ini kembali dirujuk sebagai sebuah pesawat pejuang.
  • Program F-35 Lightning II adalah merupakan sebuah pesawat pejuang-penyerang generasi ke-5 dengan keupayaan serangan darat.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting