Pesawat pengawasan

Pesawat pengawasan merupakan sebuah pesawat tentera yang digunakan bagi mengawasi aktiviti-aktiviti musuh, dan kebiasaannya tidak membawa senjata.

English Electric Canberra Pesawat pengawasan foto PR.9
Skuad pengawasan pertama, "les Aéreostiers", dengan belon pengawasan pertama, "l'Entreprenant", 1794. Gambaran dari lewat kurun ke-19.
Ruang kamera pada pesawat pengawasan Mirage III R.

Sebuah pesawat pengawasan tidak memerlukan sebuah pesawat yang memiliki keupayaan prestasi tinggi atau ciri-ciri halimunan. Ia mungkin merupakan sebuah pesawat awam yang diubahsuai dan kelihatan tidak berbahaya. Secara teknikal, sebarang pesawat yang boleh terbang dan melakukan pemerhatian (secara dinamik atau dengan melalui peralatan/penderia rakaman) maklumat visual atau pembebasan elektronik melayakkannya menjadi sebuah pesawat pengawasan.

Sejarah sunting

Pengawasan dari udara bermula dengan era awal penggunaan belon. Selepas Revolusi Perancis, pemerintah baru tertarik untuk menggunakan belon bagi memerhati pergerakan musuh dan melantik seorang ahli sains Charles Coutelle bagi melakukan kajian dengan menggunakan l'Entreprenant, pesawat pengawasan pertama. Belon ini pertama kali digunakan dalam konflik dengan Austria 1794, di mana maklumat-maklumat yang didapati pada Perang Fleurus dan kesan-kesan kejatuhan moral dalam pasukan Austria telah memastikan kemenangan kepada pasukan Perancis.

Misi pengawasan pertama yang menggunakan pesawat bersayap dalam keadaan pertempuran berlaku semasa Perang Balkan pada 5 Oktober 1912 oleh Greece dan pada 16 Oktober 1912 oleh Bulgaria dengan menggunakan pesawat Albatros.

Kegunaan masa kini sunting

Baru-baru ini, beberapa pesawat pengawasan tanpa pemandu kawalan jauh (UAV) telah digunakan atau masih dalam pembangunan dalam kebanyakan negara, termasuk Israel, UK, Amerika Syarikat, China, Pakistan dan India. Antara pesawat UAV yang sedang dibangunkan adalah RQ-4 Global Hawk, sebuah pesawat berkuasa jet aras tinggi yang menyamai pesawat U-2, dan sebuah UAV yang sedikit kecil iaitu, aras sederhana MQ-1 Predator. Selain itu, firma Schweizer Aircraft Corporation sedang membangunkan sebuah helikopter ringan versi kawalan jauh.

Kebanyakan angkatan tentera udara di dunia tidak memiliki pesawat pengawasan khusus, tetapi boleh memiliki keupayaan ini dengan menambah kamera-kamera pengawasan pada pesawat tempur dan pengangkut mereka.

Selain itu, terdapat sejenis lagi pesawat pengawasan yang dikenali sebagai pesawat pesawat pengawasan elektronik. Ketika pesawat tentera lain termasuk pesawat pengawasan foto, telah digunakan bagi tujuan ini, beberapa negara telah menggunakan pesawat bagi mengumpulkan perisikan elektronik (ELINT). Pesawat-pesawat seperti Beech RC-12 Super King Air dan Boeing RC-135 Rivet Joint merupakan contoh pesawat yang melakukan aktiviti ketenteraan ini. Penggunaan pesawat jenis ini akan membantu dalam mengurangkan peluang bagi serangan mengejut atau risiko-risiko kesilapan semasa latihan oleh musuh-musuh yang berpotensi.

Sepertimana pembangunan UAV, trend terkini dalam rekabentuk pesawat pengawasan adalah penambahan penderia dan peralatan pengawasan yang ringan, dalam setiap pesawat pesawat serangan darat dan pesawat pejuang yang mana berupaya untuk melakukan pengawasan secara serentak. Oleh sebab itu, pesawat F-35 Lightning II yang sedang dibangunkan akan dilengkapi dengan keupayaan pengawasan dan komunikasi terbina dalam.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting