Pesawat pengebom strategik

Pengeboman strategik merupakan sebuah medium bagi sebuah pesawat pengebom jarak jauh untuk menyusup masuk dan menggugurkan sejumlah besar senjata udara ke darat ke sasaran jauh bertujuan untuk melumpuhkan keupayaan musuh untuk berperang. Tidak seperti pengebom taktikal, penembus, pejuang-pengebom, dan penyerang, yang mana digunakan dalam operasi larangan udara untuk menyerang penempur musuh dan peralatan ketenteraan, pengebom strategik direka untuk terbnag ke dalam wilayah musuh untuk memusnahkan sasaran strategik ketenteraan seperti infrastruktur, logistik, pangkalan tentera, kilang dan bandar. Ia juga boleh digunakan untuk melaksanakan misi-misi taktikal. Amerika Syarikat, Rusia dan China masih menggunakan pesawat pengebom strategik.[1]

Sebuah pesawat pengebom milik Amerika Syarikat, dari atas ke bawah: B-52 Stratofortress, B-1 Lancer dan B-2 Spirit.

Peranan pesawat pengebom strategik muncul selepas Perang Dunia II di mana pengeboman strategik telah digunakan secara meluas, di mana bom atom telah digunakan buat pertama kali. Misi serangan nuklear seperti melancarkan peluru berpandu udara ke darat berkuasa nuklear atau pengeboman udara mungkin dilakukan oleh pesawat pengebom-pejuang dan pesawat penyerang moden, walaupun di jarak antara benua, dengan menggunakan pengisian minyak di udara. Oleh itu, mana-mana negara yang memiliki kombinasi peralatan dan teknik ini secara teorinya memiliki keupayaan ini. Pesawat utama untuk melaksanakan misi pengeboman strategik tidak semestinya adalah sebuah pesawat pengebom jenis berat, mana-mana pesawat moden yang boleh melakukan serangan nuklear pada jarak jauh secara setara mampu melakukannya. Sebagai contoh Mirage IV buatan Perancis, sekiranya sejumlah kecil pesawat yang berada dalam perkhidmatan digantikan dengan pesawat Mirage 2000N dan Rafale dipasang dengan peluru berpandu ASMP.

Senarai pesawat pengebom yang penting sunting

Perang Dunia I sunting

Perang Dunia II sunting

Perang Dingin sunting

Muatan senjata termasuk peluru berpandu bersenjata nuklear nuclear selain bom udara

 
Boeing B-52 Stratofortress
 
Avro Vulcan
 
Tupolev Tu-160

Selepas Perang Dingin sunting

 
Northrop Grumman B-2 Spirit

Akan datang sunting

  •   Northrop Grumman B-21. Sebuah cadangan bagi pesawat pengebom halimunan, bertujuan untuk menyokong sebahagian atau keseluruhan armada pesawat B-52 dan B-1. Dijangka akan diaturgerak pada tahun 202-an.[3][4]
  •   Pesawat pengebom 2037. Sebuah pesawat pengebom strategik halimunan, berkelajuan supersonik, jarak jauh dan muatan berat untuk mengantikan pesawat B-52 Stratofortress, dengan jangkaan waktu untuk diaturgerak pada tahun 2037.[5][6]
  •   PAK DA

Rujukan sunting

  1. ^ Paul, T. V.; Wirtz, James J.; Fortmann, Michael. Balance of power: theory and practice in the 21st century, Stanford University Press, 2004, p. 332. ISBN 0-8047-5017-3
  2. ^ untuk Mark III
  3. ^ New Long-Range Bomber On Horizon For 2018
  4. ^ https://www.flightglobal.com/news/articles/usaf-reveals-northrops-b-21-long-range-strike-bombe-422459/
  5. ^ Air Force Assoc. Feb. 2007, p. 11.
  6. ^ Tirpak, John A. "The Bomber Roadmap", Air Force Magazine, June 1999.
  • Brown, Michael E. Flying Blind: The Politics of the U.S. Strategic Bomber Program. Ithaca, NY: Cornell University Press, 1992.
  • Cross, Robin. The Bombers: The Illustrated Story of Offensive Strategy and Tactics in the Twentieth Century. New York: Macmillan, 1987.
  • Green, William. Famous Bombers of the Second World War. New York: Doubleday, 1959, 1960 (two vols).
  • Green, William. Warplanes of the Third Reich. New York: Doubleday, 1970.
  • Haddow, G. W., and Peter M. Grosz The German Giants: The German R-Planes 1914-1918. London: Putnam, 1969 (2nd ed.)
  • Hastings, Max. Bomber Command. New York: Dial Press, 1979
  • Jones, Lloyd S. U.S. Bombers 1926 to 1980s. Fallbrook, CA: Aero Publishers, 1980 (3rd ed.)
  • Neillands, Robin. The Bomber War: The Allied Offensive Against Nazi Germany. Woodstock, NY: Overlook, 2001.
  • Robinson, Douglas H. The Zeppelin in Combat: A History of the German Naval Airship Division, 1912-1918. Atglen, PA: Schiffer, 1994.
  • United States Strategic Bombing Survey. Over-all Report (European War). Washington: Government Printing Office, September 30, 1945.