Pesuruhjaya PAS Selangor

ketua perhubungan negeri bagi Parti Islam Se-Malaysia

Pesuruhjaya PAS Selangor ialah jawatan dan gelaran bagi pengerusi jawatankuasa perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di negeri Selangor. Jawatan ini dilantik oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia sebagaimana diperuntukkan dalam perlembagaan parti tersebut..

Pesuruhjaya PAS Selangor
Penyandang
Ab Halim Tamuri
sejak 31 Oktober 2023
Anggota bagiJawatankuasa Kerja PAS Pusat Edit the value on Wikidata
InstitusiBadan Perhubungan PAS Negeri Selangor Edit the value on Wikidata
Dilantik olehPresiden PAS
Penjawat sulungHaji Hamidon Husin (1954 – 1956)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai sunting

Berikut merupakan senarai Pesuruhjaya PAS Selangor sejak 1954[1][2]:

# Nama Tempoh khidmat Catatan
1 Mohd Yunus Taib 1955 – 1956
2 Haji Hamidon Husin 1956 - 1957
3 Ahmad Hasan 1957 – 1960
4 Ustaz Haji Abdul Jalil Safuan Ab Rahman 1960 – 1961
5 Dr Mohammad Hanif 1961 – 1967
6 Haji Yazid Jaafar 1967 – 1974
7 Tuan Guru Haji Abd Hakim Haji Abdullah 1974 – 1979
8 YB Ustaz Haji Hassan Shukri 1979 – 1982
9 Tuan Guru Haji Ismail Haji Hashim 1982 – 1994
10 YB Ustaz Haji Hassan Shukri 1994 - 2003 Merupakan Senator semasa dilantik
11 YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali 2003 - 2011 Merupakan ADUN Sungai Burong semasa dilantik
12 YB Dr Abdul Rani Bin Osman 2011 - 2013 Merupakan ADUN Meru semasa dilantik
13 YB Dato' Iskandar Bin Abdul Samad 2013 - 2017 Merupakan ADUN Cempaka semasa dilantik
14 YB Sallehen Mukhyi 2017 - 2019 Merupakan ADUN Sabak semasa dilantik
15 YB Ahmad Yunus Hairi 2019 – 31 Oktober 2023 Merupakan ADUN Sijangkang semasa dilantik
16 YB Ab Halim Tamuri 31 Oktober 2023 – kini Merupakan ADUN Paya Jaras semasa dilantik

Penubuhan sunting

Dipertengahan tahun 1952, Panglima Jihad PAS Almarhum Dato' Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad dari Batu 20 Bagan Pasir, Bagan Datoh Perak telah membawa dan memperkenalkan PAS di Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam dan kampung-kampung lain dipersekitarannya melalui jalan sungai[3]. PAS dibawa masuk ke Selangor awal tahun 1953 melalui jalan darat pula telah dibawa oleh Almarhum Tn Hj Mohamad Nor Segambut ke persekitaran Kuala Lumpur Utara.

Di akhir tahun 1953, PAS Selangor telah berjaya ditubuhkan dengan nombor pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan dengan nombor pendaftaran PPM/SEL:26/52-82. Pada peringkat awal penubuhan, PAS Selangor mempunyai beberapa buah ranting di antaranya, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam; Parit 1 Sungai Sireh, Tanjong Karang; Segambut; Simpang 3 Gombak; Kampung Baru, Kuala Lumpur; Batu 12, Tanjong Karang; Kuang dan Sg Choh, Hulu Selangor; Batu 9, Cheras dan Beranang, Hulu Langat; Sg Kandis, Kg Jawa dan Meru, Klang dan Sijangkang, Kuala Langat

Bangunan Markaz Tarbiyah PAS Selangor 

PAS Selangor mempunyai bangunan sendiri iaitu Markaz Tarbiyah PAS Selangor di Batu 6, Sementa yang telah didirikan di akhir tahun 1980 an dan kini telah berpindah di bangunan baru di Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam. Bangunan Markaz Tarbiyah PAS Selangor di Bt 6, Sementa telah serahkan kepada pentadbiran PAS Kawasan Kapar untuk mengurusknnya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://dppns.tripod.com/jubliemas/SEJARAHPASNEGERISELANGOR.htm
  2. ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah.
  3. ^ http://www.parti-pas.org/sejarah-pas-selangor