Pesuruhjaya Sukan Malaysia

Pesuruhjaya Sukan Malaysia adalah jawatan yang diwujudkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memperkemaskan semua kegiatan persatuan sukan di Malaysia. Pesuruhjaya Sukan bertanggungjawab menyediakan garis panduan dan peraturan yang difikirkan sesuai untuk mewujudkan pentadbiran sukan yang lebih tersusun. Menerusi APS, Pesuruhjaya Sukan juga berhak campur tangan mengatasi kelemahan yang terdapat dalam persatuan sukan yang bermasalah.

Peranan dipertingkatkan sunting

Pada 13 Jun 2009, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek telah berkata bahawa peranan Pesuruhjaya Sukan akan dipertingkatkan untuk menyelesaikan perbalahan dalam badan sukan yang timbul berikutan perebutan jawatan.[1]

Sejarah sunting

Pesuruhjaya Sukan Malaysia adalah jawatan yang diwujudkan apabila Akta Pembangunan Sukan(APS) 1997 dikuatkuasakan pada Januari 1998. Berikut merupakan Pesuruhjaya sukan sehingga ke hari ini:-

Pautan luar sunting

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.