Pesuruhjaya kehakiman

Pesuruhjaya Kehakiman di Malaysia dilantik berdasarkan Artikel 122AB Perlembagaan Malaysia seperti berikut: Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman. (1) Supaya segera diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,boleh melalui perintah melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu; dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya dikehendaki dilaksanakan; dan apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila bertindak mengikut pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang hakim Mahkamah itu, dan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan itu dia mempunyai kuasa yang sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia seorang hakim Mahkamah itu. (2) Peruntukan Fasal (2) dan (5) Perkara 124 hendaklah terpakai bagi seseorang pesuruhjaya kehakiman sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi hakim Mahkamah Tinggi.