Petaling Jaya City FC

Kelab Bola Sepak Bandar Petaling Jaya, atau dikenali PJ City, adalah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai MIFA, kelab ini sedang bertanding di liga utama Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh QI Group dan ditubuhkan bagi mewakili komuniti Petaling Jaya. Pada tahun 2016, kelab ini telah memenangi gelaran liga tahap ketiga, Liga FAM Malaysia dan telah dinaikkan pangkat ke liga tahap kedua bola sepak Malaysia, Liga Premier Malaysia. Kelab ini dikenali dengan nama PJ City FC sejak 2019.

Petaling Jaya City
Nama penuhKelab Bola Sepak Petaling Jaya City
Diasaskan26 April 2004; 16 tahun yang lalu (2004-04-26), (MIFA)[1]
4 Mac 2014; 6 tahun yang lalu (2014-03-04), (MISC-MIFA)
16 Januari 2019; 19 bulan yang lalu (2019-01-16), (Petaling Jaya City Football Club)
StadiumStadium Petaling Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
(Muatan: 25,000)
PemilikQI GROUP
PresidenMalaysia Datuk Seri Vijay Eswaran
PengurusMalaysia K. Rajendran
JurulatihMalaysia K. Devan
LigaLiga Super Malaysia
2019ke-8
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

SejarahSunting

Malaysia Indian Sports Council - Malaysia Indian Football Association ataupun singkatannya, MISC-MIFA merupakan sebuah kelab bola sepak yang mewakili kaum India Malaysia. Kelab ini diasaskan di Kuala Lumpur. Kelab ini bermain di liga tertinggi di dalam liga Malaysia, iaitu Liga Super Malaysia. Pada tahun 2013, kelab ini menjuarai Kejohanan India Antarabangsa Perancis. [2] Kelab ini ditaja oleh Majlis Sukan India Malaysia.

Sebagai persiapan untuk penyertaan kelab di Liga FAM Malaysia, kelab telah disediakan dengan belanjawan RM 1.3 Juta dan persediaan telah bermula enam bulan sebelum sepak mula liga. Pada musim pertama dalam kejohanan ini, kelab berjaya menduduki tempat kesembilan. Kelab ini hampir dipromosikan ke liga tahap 2 iaitu Liga Premier Malaysia selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B, Liga FAM Malaysia 2015.

Selepas dua tahun tanpa piala dalam kempen mereka, pasukan telah meningkatkan belanjawan mereka untuk musim 2016. Untuk musim ini di Liga FAM Malaysia, kelab itu telah menetapkan belanjawan RM 800,000 untuk sasaran memenangi kejohanan ini. Pada 10 Oktober 2016, kelab ini akhirnya layak untuk dipromosikan ke Liga Premier Malaysia 2017 setelah menjuarai Liga FAM Malaysia.

Pada tahun 2017, pasukan ini telah menetapkan bajet bernilai RM3.5 juta untuk musim pertama mereka pada di Liga Premier Malaysia. MISC-MIFA mengakhiri kempen Piala FA 2017 pada pusingan kedua selepas kekalahan 6-3 menentang Negeri Sembilan.

Pada musim 2018 di Liga Premier Malaysia, MISC-MIFA memperbaiki kedudukan mereka dengan menamatkan kempen liga ditempat ketiga dan melakukan kejutan pada kempen Piala Malaysia dengan mengalahkan juara bertahan Johor Darul Ta'zim FC di peringkat kumpulan. Walaupun demikian mereka gagal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam kempen ini. Pada Disember 2018, MFL mengumumkan bahawa MISC-MIFA akan dinaikkan ke Liga Super Malaysia pada tahun 2019 bagi menggantikan Felcra FC yang juga naib-juara liga dengan membuat keputusan tidak beraksi lagi dalam liga Malaysia. Pengurusan pasukan juga telah bercadang kemungkinan bagi melakukan penjenamaan dan pertukaran nama pasukan.

Pada 16 Januari 2019, kelab MISC-MIFA telah dijenamakan semula sebagai Petaling Jaya City FC. Musim ini juga kelab menamatkan kempen Liga Super Malaysia di tempat kelapan. Tewas di dengan pasukan Kedah di pusingan 3 Piala FA Malaysia dan bersaing pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Malaysia.

Logo PasukanSunting

Pemilikan dan Tajaan KewanganSunting

Petaling Jaya City FC dimiliki oleh QI Group.

PenajaanSunting

Kit pasukan Petaling Jaya City FC telah dihasilkan oleh Umbro sejak musim 2016. Pada musim 2018, kelab ini beralih tajaan kepada Puma (bekas pasukan MISC-MIFA).

Penaja utama jersi kelab ini adalah QNet.

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2014 Kappa ABNXcess / NAAM[3]
2015 NAAM / Megatech[4]
2016–2017 Umbro Mifa
2018 PUMA MAHSA University
2019—2020 QNet


StadiumSunting


PemainSunting

Skuad UtamaSunting

Sehingga 20 Februari 2020
No. Posisi Pemain
1   GK Damien Lim
2   DF Aroon Kumar
3   DF Syazwan Zaipol
5   DF Elizeu
6   FW Yugan Poobathy
7   FW Kogileswaran Raj
10   FW Safee Sali
11   FW Washington Brandão
12   MF Barathkumar Ramaloo
13   MF Thivandran Karnan
14   FW Jeremy Lim
15   DF Youwarasan Maniom
17   DF Rajes Perumal
18   FW Mahali Jasuli
19   MF Christie Jayaseelan
No. Posisi Pemain
20   FW Demba Camara
21   GK Ahmad Syihan Hazmi
22   GK Kalamullah Al-Hafiz
23   MF Salomon Raj
25   GK Mohd Aqil Abdul Razak
26   DF Mohd Amer Saidin
27   DF Filemon Anyie
30   DF D Kugan
33   DF P. Gunalan
35   MF Mark Hartmann
36   DF Mohd Fitri Omar
77   MF K. Gurusamy
89   MF M YojaRaj
90   MF Kim Bong-jin
96   DF K. Kannan
  DF Anawin Jujeen

Organisasi PasukanSunting

Pegawai dan Staf KejurulatihanSunting

Jawatan Nama
Presiden   Datuk Seri Vijay Eswaran
Pengurus   K. Rajendran
Penolong Pengurus   S. Vinodkana
Jurulatih   K. Devan
Penolong Jurulatih   P. Maniam
Penolong Jurulatih   Rajan Koran
Jurulatih Penjaga Gol   Megat Amir Faisal
Jurulatih Penjaga Gol   V. Murugan
Jurulatih Kecergasan   Arulchelvan
Fisioterapi   R. Dervan
Jurulatih B21   K. Gunalan
Penolong Jurulatih B21   Lingeswaran a/l Muniyani
Jurulatih Penjaga Gol B21   G. Jeevananthan
Jurulatih Kecergasan B21   G. Mahathevan
Fisioterapi B21   Ahmad Muiz Noor Esa
Jurulatih B19  
Penolong Jurulatih B19  
Jurulatih Penjaga Gol B19  
Jurulatih Kecergasan B19  
Fisioterapi B19   Dheeneesh Raj

Pengurus PasukanSunting

Tahun Pengurus
2014   S. Chandrasekaran
2015   J. Dhinagaran
2016   S. Arumugam
2017—   K. Rajendran

JurulatihSunting

Tahun Jurulatih
2014   K. Thaiyananthan
2015—2017   Jacob Joseph
2017—   K. Devan


PencapaianSunting

DomestikSunting

Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 3/Piala FAM Malaysia 2016


RekodSunting

Nota:

  • P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt = Mata, Pos = Posisi

      Juara       Naib-Juara       ke-3       Promosi       Tersingkir

Musim Liga Piala Asia
Divisyen P M S K J B Mt Pos Sumbangsih FA Malaysia Kejohanan Keputusan
2014 Liga FAM 22 6 5 11 28 37 23 ke-9
2015 Liga FAM 16 11 3 2 33 17 36 ke-2 (Kumpulan B) Pusingan ke-2
2016 Liga FAM 22 15 4 3 41 18 48 Juara Pusingan Awal
2017 Liga Premier 22 4 2 16 36 51 14 ke-10 Pusingan ke-2
2018 Liga Premier 20 9 5 6 36 26 32 ke-3 Pusingan ke-2 Peringkat Kumpulan
2019 Liga Super 22 8 2 12 22 29 26 ke-8 Pusingan ke-3 Peringkat Kumpulan

RujukanSunting

  1. ^ "History of MIFA". www.mifa.org.my. Dicapai pada 19 July 2018.
  2. ^ "MIFA emerge champs in international Indian footie meet". The Star. 23 August 2013. Dicapai pada 23 August 2013.
  3. ^ http://www.thestar.com.my/news/community/2014/04/10/sacrifices-not-forgotten-company-committed-to-giving-sportsmen-and-sportswomen-job-opportunities-in/ Company committed to giving sportsmen and sportswomen job opportunities in industry
  4. ^ http://www.hmetro.com.my/node/46603 Selesa underdog

Pautan LuarSunting