Pete Buttigieg

ahli politik Amerika Syarikat

Peter Paul Montgomery Buttigieg[1] (/ˈbtəə/ BOOT-ə-jəj;[a][2][3] lahir 19 Januari 1982) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat dan bekas pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang berkhidmat semasa Perang di Afghanistan pada tahun 2014. Beliau merupakan Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat ke-19 dan terkini sejak 2 Februari 2021. Beliau pernah menyandang jawatan Datuk Bandar South Bend, Indiana ke-32 dari tahun 2012 hingga 2020.

Pete Buttigieg
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat
ke-19
Memegang jawatan
3 Februari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanPolly Trottenberg
Didahului olehElaine Chao
Datuk Bandar South Bend ke-32
Dalam jawatan
1 Januari 2012 – 1 Januari 2020
Didahului olehSteve Luecke
Digantikan olehJames Mueller
Butiran peribadi
LahirPeter Paul Montgomery Buttigieg
(1982-01-19) 19 Januari 1982 (umur 42)
South Bend, Indiana, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganChasten Glezman (k. 2018)
Ibu bapa
  • Joseph Buttigieg
  • Jennifer Anne Montgomery
PendidikanUniversiti Harvard
Kolej Pembroke, Oxford
Tandatangan
Laman web rasmi
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan2009–2017
Pangkat Leftenan
UnitRizab Tentera Laut Amerika Syarikat
PertempuranPerang di Afghanistan
AnugerahPingat Kepujian Perkhidmatan Bersama

Pada April 2019, Buttigieg mencalonkan diri sebagai calon presiden pada pilihan raya 2020 bagi Demokrat tetapi menarik diri pada bulan Mac 2020.

Buttigieg ialah lulusan Kolej Harvard dan Universiti Oxford yang mengikuti pengajian di bawah program Beasiswa Rhodes. Beliau ialah perunding di firma perunding pengurusan McKinsey dari tahun 2007 hingga 2010.[4] Dari tahun 2009 hingga 2017, beliau ialah seorang pegawai perisikan di Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkat leftenan. Pada tahun 2014, beliau dimobilisasi dan dikerahkan ke Afghanistan selama tujuh bulan.

Sebelum mencalonkan diri, Buttigieg menguruskan kempen politik bagi ahli parti Demokrat yang lain seperti Jill Long Thompson, Joe Donnelly dan John Kerry. Buttigieg muncul sebagai gay pada tahun 2015.[5] Beliau menjadi orang gay pertama melancarkan kempen presiden. Walaupun pada awalnya harapannya rendah, beliau mendapat momentum yang signifikan pada pertengahan 2019 ketika beliau menyertai dalam beberapa mesyuarat balai kota dan perbahasan. Buttigieg berjaya memenangi kaukus Iowa dan menduduki tempat kedua di New Hampshire.[6][7][8] Dengan memenangi Iowa, beliau menjadi calon gay pertama yang memenangi pemilihan jawatan presiden atau kaukus. Buttigieg menarik diri pada 1 Mac 2020 dan menyokong Joe Biden pada hari berikutnya.[9]

Setiausaha Pengangkutan (2021–kini) sunting

Pada 15 Disember 2020, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa beliau telah mencalonkan Buttigieg untuk menjadi Setiausaha Pengangkutan.[10] Pencalonnya telah disahkan oleh Senat pada 2 Februari 2021 dengan 86 senator menyokong dan 13 senator menentang.[11]

Catatan sunting

  1. ^ Kadangkala disebut /-ɛ/ --jej atau /-ʌ/ --juj, tetapi bukan oleh Buttigieg sendiri.

Rujukan sunting

  1. ^ "Phi Beta Kappa elects 92 seniors to Harvard chapter". Harvard Gazette. June 10, 2004. Dicapai pada January 28, 2017.
  2. ^ Stracqualursi, Veronica (January 23, 2019). "How to pronounce Pete Buttigieg". CNN Politics (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 15, 2020.
  3. ^ Aggeler, Madeleine (March 25, 2019). "Wait, Sorry, How Do You Pronounce Buttigieg?". The Cut. Dicapai pada April 26, 2019.
  4. ^ "Secretary of State: Elections Division: Election Foundation Wide". Indiana State Government official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-10. Dicapai pada January 10, 2012.
  5. ^ Buttigieg, Pete (June 16, 2015). "South Bend mayor: Why coming out matters". South Bend Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada December 14, 2019.
  6. ^ Astor, Maggie; Stevens, Matt (February 1, 2020). "How Will the Winner of the Iowa Caucuses Be Chosen? Here's What You Should Know". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada February 9, 2020.
  7. ^ Nilsen, Ella (February 11, 2020). "Bernie Sanders just won the all-important New Hampshire primary". Vox. Dicapai pada February 15, 2020.
  8. ^ Hickey, John Haltiwanger, Walt (February 7, 2020). "Why Bernie Sanders won Iowa's popular vote, but Pete Buttigieg may win the state's Electoral College". Business Insider Australia. Dicapai pada February 21, 2020.
  9. ^ Epstein, Reid J.; Gabriel, Trip (March 2, 2020). "Buttigieg and Klobuchar Endorse Biden, Aiming to Slow Sanders". The New York Times. Dicapai pada March 2, 2020.
  10. ^ Merica, Dan (December 15, 2020). "Joe Biden picks Pete Buttigieg to be transportation secretary". CNN. Dicapai pada December 15, 2020.
  11. ^ O'Connell, Oliver (2 February 2021). "Pete Buttigieg becomes first openly gay cabinet member after historic Senate vote". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 February 2021.

Pautan luar sunting