Datuk Peter Anthony (lahir pada 24 Februari, 1971) merupakan Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah (2018-2020) dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi N.35 Melalap dalam Parlimen Tenom, Sabah.

YB Datuk

Peter Anthony

DIMP (Pahang); PGDK (Sabah)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Melalap
Memegang jawatan
11 Jun 2018
Didahului olehRadin Malleh
Presiden
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat
Memegang jawatan
22 Februari 2022
TimbalanJuil Nuatim
Naib Presiden
Parti Warisan Sabah
Dalam jawatan
17 Oktober 2016 – 28 Disember 2021
Berkhidmat dengan
Jaujan Sambakong
Junz Wong
Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah
Dalam jawatan
11 Jun 2018 – 29 Julai 2020
Didahului olehHajiji Noor
Digantikan olehBung Moktar Radin
Butiran peribadi
LahirPeter Anthony
(1971-02-24) 24 Februari 1971 (umur 53)
Tenom, Sabah (2016-2021)
Bebas (2021-)
Parti politikParti Warisan Sabah (-2022)
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (sejak 2022)
PekerjaanAhli politik

Parti Warisan Sabah sunting

Di awal penglibatan beliau di dalam bidang politik, Peter Anthony telah dilantik oleh Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden (2016-sekarang) bersama-sama dengan Junz Wong dan Jaujan Sambakong.[1]

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) sunting

Pada tahun 2012, Peter Anthony telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan KDMM yang baru menggantikan John Ambrose.[2]

Antara kejayaan terbesar beliau sepanjang menggalas jawatan Presiden KDMM ialah mengasaskan Liga Bola Sepak KDMM (2014-sekarang) yang akhirnya membawa kepada penubuhan Kelab Bola Sepak KDMM (KDMM FC) pada tahun 2016.

KDMM FC dibarisi oleh Ian James Wong, Rezuan Radzy, Zuraindey Jumai, dan Peter Anthony sendiri pernah beraksi di Liga FAM Divisyen 3 (2016-2017).

Liga Bola Sepak KDMM di sepanjang penganjurannya telah berjaya menyatupadukan ratusan ribu rakyat Sabah di setiap pelusuk daerah selain daripada mencungkil bakat-bakat baru belia negeri di bawah bayu itu.

Pertubuhan KDMM dilihat lebih progresif sejak berada di bawah kepimpinan Peter Anthony pada tahun 2012 hingga ke hari ini melalui gerak kerja pembangunan masyarakat di pedalaman Sabah khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti kaum Kadazan, Dusun, dan Murut.

Sabah Football Association (SAFA) sunting

Peter Anthony telah diberi mandat sebagai Presiden Sabah FA yang baru pada Ogos 2018 berikutan perletakan jawatan oleh presiden sebelumnya, Alijus Sipil. Pada 09 Julai 2019, pasukan Sabah di bawah naungan beliau telah menjuarai saingan Liga Premier Malaysia 2019 selepas meninggalkan JDT II dengan 7 mata.[3]

Setelah Parti Warisan Sabah tewas pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau meletakkan jawatan dan digantikan oleh Datuk Wetrom Bahanda.

Persatuan Komposer & Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE) sunting

Persatuan yang ditubuhkan bagi menjaga hak dan kebajikan pemain industri muzik Sabah ini dinaungi oleh Peter Anthony (2018 – sekarang) dan dipengerusikan oleh Asmin Mudin.

Darjah kebesaran sunting

  •   Pahang
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2009)
  •   Sabah
    •   Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)

Kontroversi sunting

Peter pernah disiasat atas tuduhan pembelian ladang kelapa sawit di Tongod bernilai RM155 juta. Beliau juga disiasat atas tuduhan penggubahan wang haram yang membabitkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) antara 2012 dan 2013 lalu.[4]

Rujukan sunting